Sunday, June 7, 2009

Mari tonton dan berfikir sejenak.. =)

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. Entry kali ni ana nk kongsi satu lagu yg best, sayu dan menyentuh perasaan. Lagu ni dah agak lama, cuma masih fresh bg ana dan lagunya boleh mendatangkan keinsafan. Ana teringin nk kongsi lagu nih bila ana menonton Daurah Nasyid Minggu Ini pada jumaat yg lps. Semoga ada manfaat darinya. Sama2 kita hayatinya wahai sahabat2ku.. Klu shabt2 nk tahu apa lagunya, tontonlah vid kat bwh nih ye..=)



Epilog Silam
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Bila mendengarkan lagu ni, membuatkan ana berfikir sejenak. Wahai sahabat2, mari sama2 kita renung kembali.. Persoalan pertama ialah sudah brapa lama kita dikurniakan ni'mat umur oleh Allah s.w.t? Bila ana fikir balik, rupanya sedar x sedar sudah 21 tahun ana hidup di dunia ini. Adakah 21 tahun itu satu tempoh yg sekejap??

Ia membuatkan ana mengingat kembali perjalanan hidup ana yg bergelar hamba-Nya. Setiap detik dan ketika. Jatuh dan bangun. Selama 21 tahun ana bernafas dibumi Tuhan ini, apakah amalanku sudah mencukupi untuk menampung segala dosa2 yg telah ku lakukan? Ataukah dosa ku terlalu byk dr pahalaku sehingga tak tertanggung lagi?

Sudahkah kita tunaikan segala hak2-Nya? Bagaimana pula dgn segala larangannya yg telah kita langgar? Mari shbat2 kita muhasabah semula diri kita. Sesungguhnya kita cuma hamba yg hina. Selalu melakukan dosa dan apabila kita tersedar adakah kita bertaubat kpd-Nya? Kadangkala kita sering mengulangi dosa2 yg lalu. Namun betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah s.w.t itu, diampunkannya jua kita sekiranya benar2 kita bertaubat kpd-Nya.

Tapi kadang2 kita terlupa dan mengulangi kembali perkara yg sama. Betapa lemah dan hinanya diri kita ini. Ayuh shbat2ku, kita tanamkan tekad di dalam hati kita. Semoga kita menjadi hamba-Nya yg diredhai dan bersyukur. Kerna kita tidak tahu bilakah pengakhiran kita di muka bumi Tuhan ini. Mungkin sebentar lg, mgkin telah ditetapkan oleh Allah s.w.t bhwa umur kita hanya setakat ini shj. Bagaimana jika tiba2 nafas kita terhenti di saat ini? Ya Allah...

Apa yg teramat di bimbangkan ialah bagaimana kah keadaan kita bila maut menjemput kita. Adakah kita pulang di dlm keadaan yg diredhai atau sebaliknya? Na'uzubillah.. Mmg diakui diri kita hanyalah seorang hamba yg sering melakukan kesilapan dan dosa. Namun jgnlah ianya dijadikan alasan utk tetap terus-terusan melakukan dosa. Sesungguhnya pintu taubat-Nya sentiasa terbuka utk hamba2-Nya yg benar2 bertaubat.

Oleh itu shbat2ku, mari kita sama2 berfikir sejenak. Sesungguhnya hamba2-Nya yg hidup didlm keredhaan-Nya akan merasakan betapa manis dan indahnya hidup ini dan melahirkan rasa kerinduan yg teramat dalam utk bertemu dgn Kekasihnya. Semoga kita pulang sbg yg dinanti bukan sbg yg dimurkai..

Semoga perkongsian yg teramat sdkit dr hamba yg fakir ini dapat mendatangkan walau hanya sedikit manfaat kpd kita semua..InsyaAllah..


6 comments:

aviation said...

lagu nie mmg best.. mmg ada terasa keinsafan kalo menghayatinya.. kalo dgr suka2 tak dpt pape.. dulu first time dgr dah terasa.

"Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari"

Just_me said...

Btul tuh aviation.. Smg kita dpt manfaat drnya..InsyaAllah.. =)

LegendZ said...

Adakah nasyid sebegini boleh dan masih diterima oleh masyarakat khususnya kepada remaja zaman kini..kebanyakan penasyid2 memcari-cari uslub dan pendekatan dakwah yg sesuai utk diserasikan dengan selera masyarakat kini..sebab itu keluarnya pelbagai versi nasyid, dengan nasyid rentak kotemporarinya, dengan pelbagai instrument musik..itu tak tengok lagi dari segi liriknya....

Persoalan utk kita menjawabnya bersama-sama..masing2 ada pandangan trsendiri..W'A

Just_me said...

Syukran ust Aizat atas pandgn yg bernas.. Bg ana mmg ada benarnye apa yg ustaz katakan. Ana sokong kenyataan trsebut sbb klu nk berdakwah dgn gol2 remaja zmn skrg kita kene ikut rentak diorang jugak..

Pd pendapat ana pula, mungkin kita x dpt nk berdakwah kpd gol2 terutama remaja zmn skrg dgn lagu2 sbgini, tp InsyaAllah dlm rmai2 gol remaja ni, masih ada mereka2 yg bersih hatinya, yg masih boleh kita dakwahkan dgn lagu2 sbgini. Sbb mereka ada keinginan tp kdgkala keadaan sekeliling atau cara hidup yg tidak mengizinkan. Mereka sntiasa mencari2 kebenaran. sbb mmg fitrah manusia sukakan benda2 yg baik2.. btul x? =)

andai lagu2 sbgni x dpt nk sentuh sebahagian besar hati gol2 remaja dn masyarakat masa kini, sekurang2nya masih ada mereka2 yg bisa disentuh hatinya dgn lagu2 sebegini. InsyaAllah..

dan andai ianya mampu membw mereka mengingati Allah, mendekatkan diri mereka dgn Allah, dan membantu mereka memuhasabahkan diri, ana rasa itu sesuatu yg baik..

Bg yg sukar utk disentuh hatinya dgn lagu2 sbgini, mgkin ada alternatif lain.. Dan kita doakan semoga terbuka hati2 ini utk disentuh dgn sentuhan2 yg bisa mengembalikan mereka mendekatkan diri kpd Allah s.w.t..

ini sekadar pandgn ana..
Wallahua'lam..=)

LegendZ said...

yup..musik sebagai wasilah dakwah..ianya salah satu bentuk hiburan, dan mustahil manusia boleh hidup tanpa hiburan..cuma hiburan yang bagaimana tu persoalannya..

Harap2 nasyid menjadi pilihan kedua kita ataupun pilihan seterusnya selepas Al-Quran dan Selawat Nabi s.a.w. Wallahu'alam..

Just_me said...

Semoga kita pandai memilih hiburan yg bermanfaat buat diri kita yg akan mendekatkan lg kita kpd Allah..

Al-Quran dan Selawat adalah perkara yg lebih utama..

Wallahua'lam..=)