Tuesday, June 23, 2009

Pelajar ditemui mati di kolej UKM

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Pelajar ditemui mati di kolej UKM
23/06/2009 3:01pm

KUALA LUMPUR 23 Jun — Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.

“Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis.

“Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat.

Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan.

Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat sarjana jurusan Sains Kimia. - Bernama

Utusan Malaysia Online


* Innalillah.. Al-Fatihah buat saudara kita..


p/s: Buat adik2 baru yg akan mendaftar di UKM.. Slamat datang dan jgn takut dgn berita nih ye.. =)



2 comments:

LegendZ said...

Berita kata dia dikejar 'lembaga'..
Wallahu'alam.

Just_me said...

Wallahua'lam..
Hnya Allah yg tahu..
kite tggu laporan siasatan penuh dr polis..