Tuesday, June 2, 2009

Album Terhangat ~ =D

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Dlm entry ini, ana ingin ketengahkan sebuah album nasyid pula. Lagu-lagu yang ditampilkan amat menarik bg ana. Album yg ana maksudkan ialah Album Inteam Allahu Rabbi. Album ini menyerlahkan lagi kematangan Inteam. Teringat lg album yg pertama kumpulan ini, yg dikeluarkan semasa ana masih di tingkatan satu. Dgn lagu2nya yg kebanyakannya lebih kpd keremajaan. Namun album yg trbaru ini bukan shj membawa kelainan dgn penampilan semula anggota asal kumpulan ini, malah lagu2nya lebih segar dan matang yang boleh diterima oleh semua peringkat umur dan lebih kpd konsep ketuhanan.

Terdapat 10 buah lagu dimuatkan di dalam album ini. Lagu2nya ialah:

1.Allahu Rabbi
2.Asma' Allah
3.Hamzah Asadullah
4.Hanya takdir (Untuk Palestin)
5.Kasih Sayang (feat. Ust Asri Rabbani)
6.Kemuliaan Al-Quran
7.Kepastian
8.Redha
9.Dia Muhammad
10.Asy-Syafi'e

Lagu2 dlm album kali ini bg ana bakal menaikkan lg nama Inteam, InsyaAllah. Lagu2nya sungguh sayu seperti lagu Kepastian, Redha, Hanya takdir dan Hamzah Asadullah. Terdapat juga lagu2 yg berirama rancak dan memberikan kesegaran kpd pendengarnya. Bagi yg belum berkesempatan mendengarkannya, Jgn ketinggalan utk memilikinya. Untuk mendgr antara lagu2nya, bolehlah ke playlist ana di dlm blog ini. InsyaAllah anda tidak akan pernah menyesal. =)

Wallahua'lam..
Wassalam..=)

No comments: