"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
Di maklumkan demontrasi bantahan terhadap konflik Selatan Thailand yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada jam 2.30 petang ini selepas solat Jumaat DITUNDA ke tarikh lain atas alasan berlaku suasana tegang di kampus-kampus tertentu.
Penundaan tersebut bagi memberi tempoh bertenang berikutan isu protes terhadap Wanita Pertama Negara, Datin Seri Rosmah Mansor yang berlaku di Universiti Malaya tempoh hari.
Dalam pada itu, GAMIS dan SMM akan meneruskan usaha mengumpul dana dan bantuan kepada mangsa-mangsa konflik Selatan Thailand. Selain itu, beberapa delegasi rombongan ke Selatan Thailand akan dihantar bagi meninjau dan menghulurkan bantuan.
Seluruh mahasiswa diingatkan supaya tidak luntur semangat dalam menyatakan protes terhadap kekejaman yang berlaku di Selatan Thailand di samping kelembapan Kerajaan Thailand dalam menyelesaikan konflik yang berlaku.
Mohd Shazni Munir Ithnin
Speaker Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS)
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
petikan dr Mahasiswakini.com
No comments:
Post a Comment