"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
Di kala tidak ramai yang memperjuangkan isu saudara kita di selatan Thai, kita mesti ke depan. Apa yang saya lihat, masyarakat di Malaysia termasuk parti-parti politik tidak kira kerajaan atau pembangkang masih sejuk dalam isu pembantaian saudara-saudara kita di selatan Thai. Justeru, adalah wajar mahasiswa dan anak muda turun esok untuk menyatakan bantahan kita kepada kerajaan Thailand agar mereka serius mengembalikan hak kepada saudara-saudara kita di sana.
Jika kita boleh turun beramai-ramai demi saudara kita di Palestin, mengapa tidak kepada saudara-saudara kita di Thai? Adakah aqidah mereka tidak sama dengan rakyat Palestin? Adakah mereka hanya adik beradik tiri kita? Ayuh, bangkitlah anak-anak muda!
Jika dulu kita marahkan Hosni Mubarak yang menyekat bantuan kepada saudara kita di Palestin, tidak mustahil seluruh dunia akan bangun membantah Malaysia yang seolah-olah memejam mata dalam isu ini. Mungkin ada, tetapi sedikit. Esok kita buktikan sensitiviti kita dengan turun ke :
Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur
Jumaat ( 26 Jun 2009)
2.00 petang
* tema pakaian : putih
Dipetik dr blog Ust. Mohd Idris, Presiden ISIUKM
No comments:
Post a Comment