Saturday, June 13, 2009

Gugurnya sebutir permata~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. Semasa ana sedang lena, ana dikejutkan dengan satu mesej dr sahabat ana mengenai pemergian Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. Pada mulanya ana agak terkejut dan kurang percaya mengenainya. Bimbang mesej2 sebegini tidak benar. Dek kerana terlalu keletihan, ana terus melelapkan mata. Ana bercadang untuk memeriksanya di dalam internet keesokan harinya.


Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan

Usai Solat subuh, ana terus membuka laptop ana untuk melakukan rutin harian ana setelah seharian tidak melakukannya kerna terlibat dgn sebuah kem kepimpinan. Apabila ana membuka blog ini, rata-rata sahabat ana menukilkan mengenai perginya sebutir permata seperti mesej yg ana terima semalam.

Terbuktilah bahawa Allah telah menjemputnya pergi bertemu dengan-Nya. Semoga rohnya dicucuri Allah dan ditempatkan bersama orang2 soleh.. Amiin..

Ia mengingatkan ana mengenai kata2 drpd seorang pendengar IKIM.fm pd jumaat yg lepas yg menyebut di akhir zaman ini, Allah akan mengambil nyawa para Ulama' bersama2 dgn ilmunya. Jika kita tidak merebut peluang untuk menimba ilmu drpd mereka, maka akan lenyaplah ilmu2 tersebut bersama perginya Ulama'-Ulama' tersebut.

Semoga segala peninggalan ilmu2 daripada beliau yg sempat dibukukan dapat digunakan sebaiknya oleh kita semua.

Al-Fatihah buat Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan..

Wallahua'laam..
Wassalam..


No comments: