Thursday, June 18, 2009

Subhanallah.. =D Allahu Akbar!!

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. Dalam mengisi masa lapang yg terluang, ana suka surf2 tenet. Bila mbuka firefox, perkara pertama yg ana lihat adalah Yahoo! Homepage. Hari ni seperti hari2 yg sebelumnya, ana mbuka firefox ana. Then, ana terlihat sesuatu yg menarik perhatian ana utk membacanya. Dibahagian featured ada satu tajuk yg berbunyi “Transparent frog discovered.” Mesti shbat2 tertanya2, ape yg menarik sgt. Ape tak nye, baru pertama kali ana tgk katak yg transparent badannya menampakkan organ2 di dlmnya. Subhanallah.. Meluncur laju perkataan tersebut dr mulut.


Dengan penuh tertariknya, ana pun melayari google utk cari lebih byk gambar mengenai transparent frog nih. Sbb gambar dr artikel Yahoo! Td kurang jelas dan kecil. Dengan menaip “Transparent frog”, keluarlah bermcm2 jenis gambar katak yg transparent. Yg tak transparent pun ade je yg keluar. Sebenarnye geli gak dgn katak nih, nak2 plak yg transparent. Tp perasaan trsebut ana ketepikan. Ana katakan pada diri, “nape nak geli, cuba tgk betapa indahnya dan uniknya ciptaan Allah nih,” Hmm.. betul gak kan?

Sebenarnya apa yg ana nk kongsikan ialah utk kita sama2 merenung keindahan ciptaan Allah s.w.t. Walaupun nmpk pelik mcm katak td, tp sbnrnye trsembunyi nilai yg unik disebaliknya. Menunjukkan betapa Maha Berkuasanya Allah s.w.t itu. Tu baru katak. Then ana pun type la “deep sea creature”. Kat bwh ana ade sertakan gamba2 yg ana jumpe.
















Menarik kan gambar2 di atas? Ana teringat lg shbat ana penah menyebut, sbnrnye, lagi dlm kite selam lautan2 Allah kat muka bumi nih, lg bermcm2 jenis haiwan yg pelik2 dan x pernah kita lihat kita akan jumpe. Maha Berkuasa Allah.

Penah tak tertanye2, knape ye haiwan2 sebegini hidupnya jauh di dasar lautan, jauh dr manusia? Ia mengingatkan ana pada satu soalan dr cikgu ana. Soalannya, knpe Dinosor dah pupus? Knape dinosor x hidup zaman kite skrg? Satu je jwpn yg trlintas dlm fikiran ana, klu dinosor hidup zaman skrg nih, mesti habis manusia2 kene makan. Btul x? Sbb tak sesuai dgn keadaan hidup kita skrg. Namun bukti2 kewujudannya masih ada dgn penemuan2 tulang dinosor trsebut. Betapa cantiknya aturan Allah s.w.t yg Maha Bijaksana. Dan bukti2 ini menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. Bukti Allah Maha berkuasa dlm menciptakan sesuatu mengikut kehendak-Nya..


Sekarang mari kita lihat pada tubuh badan kita plak. Bagi yg mempelajari sains, lebih mudah utk kita melihat kekuasaan Allah swt. Tp kita tgk bende yg basic dlm tubuh badan kita nih. Seperti yg kita semua tahu tubuh badan kita terdiri drpd unit2 asas yg di panggil sel. Btul tak? Berbillion2 sel ada pd tubuh bdn kita ni yg membentuknya. Itu blum kita tgk pelbagai jenis sel cthnye sel darah, sel2 neuron dn sbgainya yg tiap satunya mempunyai fungsi2 yg tersendiri.


Jom kita selam plak ke dlm sel2 ni. Kita akan dapat lihat terdapat di dalamnya pelbagai jenis organel. Bayangkanlah satu sel pun dah terlalu kecil, bagaimana pula wujudnya organel2 di dalamnya? Subhanallah, x terjangkau oleh pemikiran kita. Hanya satu sj jawapannya, adanya satu kuasa yg menciptakannya. Sudah pastinyalah Yang Maha Berkuasa itu Allah s.w.t.




"Indahnya dunia ciptaan Yang Esa
Tidak terjangkau Oh pandangan minda
Segala yang ada tercipta dengan sempurna
Tiada yang dapat menandinginya"

Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah.. Allahu Akbar!! Itu baru kita lihat hanya setitis daripada keindahan dan kekuasaan Allah s.w.t.. Klu kita pandang di sekeliling kita, terlalu byk yg boleh kita lihat. Ana selalu memikirkan kejadian air. Ya! Air. 2 atom hidrogen yg bergabung dgn satu atom Oksigen. Dalam setitis air, terdapat berjuta2 molekul di dalamnya. Menakjubkan, btul tak? Subhanallah... Kembali semula kita kpd betapa Maha Berkuasanya Allah s.w.t.



Oleh itu, marilah shbat2 kita cuba renungkan keindahan alam ciptaan Allah ini. Terlalu agung untuk ditandingi. InsyaAllah kita akan beroleh pahala darinya. Sekadar ini shj perkongsian dr ana kali ini. Semoga ianya memberikan manfaat dan faedah buat kita bersama.

Untuk gambar2 yg lebih menarik layari Deep Sea Photography
Wallahua'lam..
Wassalam..

No comments: