Thursday, February 18, 2010

Hal-hal yang menguatkan Ukhuwwah~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Sabda Nabi Saw bermaksud:"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia menyintai saudaranya seperti menyintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari & Muslim)

1. Menyatakan kecintaan kpd orang yg kita cintai kerana Allah

Hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahwa Rasulullah bersabda: “ Ada seseorang berada di samping Rasulullah lalu salah seorang sahabat berlalu di depannya. Orang yang disamping Rasulullah tadi berkata: ‘Aku mencintai dia, ya Rasullah.’ Lalu Nabi menjawab: ‘Apakah kamu telah memberitahukan kepadanya?’ Orang tersebut menjawab: ‘Belum.’ Kemudian Rasulullah bersabda: ‘Beritahukan kepadanya.’ Lalu orang tersebut memberitahukan kepadanya seraya berkata: ‘ Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.’ Kemudian orang yang dicintai itu menjawab: ‘Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.”


2. Memohon didoakan bila berpisah
“Tidak seorang hamba mukmin berdo’a untuk saudaranya dari kejauhan melainkan malaikat berkata: ‘Dan bagimu juga seperti itu” (H.R. Muslim)

3. Menunjukkan kegembiraan dan senyuman bila berjumpa
“Janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa saja yang dating dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kegembiraan.” (H.R. Muslim)

4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali non muhrim)
“Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabatan tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (H.R Abu Daud dari Barra’)

5. Sering bersilaturahmi (mengunjungi saudara)
6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu
7. Memperhatikan saudaranya dan membantu keperluannya
8. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya
9. Mengucapkan selamat berkenaan dengan saat-saat keberhasilan

Pemergian yang tak diduga~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali-Imran:185)

Tanggal 14 februari 2009, rata-rata orang ramai mengingati tarikh ini sbg satu tarikh keramat kononnya tarikh utk berkasih sayang yang juga dikenali sbg Valentine day. Namun bagi diri ini dah seluruh ahli keluarga, tarikh ini merupakan satu tarikh keramat di mana perginya seorang insan yang dikasihi. Arwah Pak Lang yang dikasihi telah dijemput oleh Allah s.w.t pada jam 10.10 malam. Pada waktu itu, aku dan keluarga dalam perjalanan pulang dari perak ke Melaka setelah menerima panggilan dari M.ndak dari Melaka mengatakan Pak Lang sudah dalam keadaan tenat. Akhirnya satu panggilan terakhir telah dibuat oleh M.ndak mengatakan bahawa Pak Lang sudah tiada didunia ini.



Arwah meninggalkan 5 orang cahaya mata dan seorang isteri, Mak Lang. Kami sampai di rumah nenek di Melaka pada jam 2 lebih. Waktu itu, suasana sedih menyelubungi seluruh rumah. Seluruh yg hadir kelihatan bengkak di mata. Pak Cik setia menanti di sisi jenazah Pak Lang sambil mengalunkan ayat2 suci al-Quran. Nenek dan Mak Lang juga begitu. Mak Lang kelihatan begitu tabah sekali dalam kelemahan. Anak-anak Pak Lang yang lain juga tidak menampakkan air mata mungkin kerana masih terkejut dengan kehilangan ayahnya yg tersayang. Jam menunjukkan hampir jam 3 pagi. Ayah mengajak untuk pulang kerumah dan datang semula selepas subuh memandangkan rumah kami dr rumah nenek hanya dalam 5 minit.

Esoknya selepas subuh, kami bertolak ke rumah nenek untuk melihat arwah buat kali terakhir sebelum dikafankan. Sekitar jam 9/10 pagi, Pak Imam dan orang ramai telah mula memenuhi ruang rumah nenek. Persiapan untuk tempat mandi mayat dilakukan oleh semua yang hadir, manakala perempuan pula sibuk menyiapkan kain kapan untuk jenazah. Waktu itu, dapat juga ku merasa menyediakan persiapan kain kapan utk jenazah pak lang sewaktu jenazah sedang dimandikan. Setelah selesai, kami menantikan jenazah untuk selesai dimandikan.

Seusai jenazah dimandikan, jenazah diangkat keruang tamu untuk dikafankan. Pak Imam meminta agar semua muslimat yang hadir untuk beralih kerana jenazah yang hendak diuruskan adalah jenazah lelaki. Aku sempat melihat jenazah dikafankan setelah jenazah dipakaikan dengan pakaian kafan yang disediakan. Keluarga sahabat handai yang hadir hanya merenung wajah arwah buat kali2 terakhir. Kemudian Pak imam menutup muka jenazah dengan kapas diikuti dengan kain kafan. Mulanya aku ingtkan kami tidak sempat untuk mengucup jenazah buat kali terakhir kerana muka telah ditutup.

Namun, kemudiannya pak imam membuka semula kain dimuka jenazah dan mengoyakkan kapas dibahagian tengah supaya muka dapat dilihat. Jenazah dipakaikan kopiah, diikuti minyak wangi dan bedak. Kemudian, Pak Imam memanggil ahli keluarga, sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang ingin mengucup jenazah buat kali terakhir. Semua mengambil giliran masing2. Pada saat ini, barulah perasaan sedih hadir hingga mengalirnya air mata bila melihat anak-anak dan saudara mara mengalirkan air mata. Ditenung wajah jenazah dalam2 kerana selepas ini sudah tidak ada lagi peluang sebegitu. Terdetik di dalam hati kecil ini, bahawa terlalu cepat Pak Lang pergi meninggalkan kami dan ianya satu pemergian yang amat mengejutkan.Wajah Pak lang begitu tenang seolah-olah sedang tidur. Setelah dikafankan tibalah waktu jenazah disolatkan dan di bawa ke tanah perkuburan untuk di kebumikan.

Sepanjang proses pengurusan jenazah dijalankan, ada juga terlintas di fikiranku bagaimana pula keadaan ku bila telah tiba saat ku dijemput Illahi. Adakah dalam keadaan tenang dan redha, atau dalam keadaan sebaliknya? Na’uzubillah.. Bagaimana pula keadaan kita sewaktu roh sudah berada dikerongkong sebelum ditarik keluar daripada jasad yang hanya pinjaman? Sempatkah kita mengucapkan Lailahaillallah? Sempatkah kita bertaubat dari dosa2 semalam yang telah kita lakukan? Kerana maut dtg tanpa diundang dan dijangka.


Sewaktu kita dikafankan dan dikebumikan di dalam liang lahad, apakah nasib kita di sana? Sewaktu malaikat datang menyoal kita, adakah kita dapat memberikan jawapan yang betul dan tepat? Bagaimanakah keadaan kubur kita kelak? Adakah seluas-luasnya dan begitu indah, atau sebaliknya? Nau’zubillah. Benarlah bila kita melihat jenazah di uruskan, sebgai yang masih hidup kita hendaklah mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga kita dikurniakan kesudahan yang baik dan dijemput sebagai tetamu Allah yang dinantikan.


“Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khotimah, dan jauhkanlah kami dari su’ul khotimah.. Amiin”


Detik Kematian
Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com


Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?