Thursday, September 23, 2010

Nikmat... Maksiat...~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim:7)

“Walaupun sudah terlalu banyak dosa2 yang telah ku lakukan, namun Allah swt tidak putus2 memberikan ni’matnya kepadaku. Adakah aku dikira hamba yang tidak tahu rasa bersyukur??”

5 syarat melakukan Maksiat~

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.


Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Kalau nak dihitung ni’mat Allah swt kpd kita didunia ini, tak terhitung dek akal kita rasanya. Ini kerana ni’mat kurniaan-Nya tidak terhitung banyaknya , apa yang telah diberikan kpd kita selama kita bernafas dibumi Allah ini. Namun kita serig terlupa akan ni’mat2 yang telah Allah berikan kpd kita, malah kita sering melakukan dosa-dosa kepada Allah swt tanpa rasa segan silu.

Cuba kita fikirkan dr saat pertama kita dilahirkan hingga ke saat ini. Yang manakah bukannya ni’mat dan tanda kasih syg dr Allah swt?? Terutamanya kita yg dilahirkan dalam Islam, itulah ni’mat yang paling tidak ternilai harganya, Ni’mat Iman & juga Islam. Sedangkan ramai lagi yang bukan beragama Islam diluar sana yang belum dikurniakan ni’mat seperti ini. Namun apa yang dapat dilihat, apabila yang bukan beragama Islam telah menerima cahya Islam dan keimanan, mereka akan menjaga ni’mat tersebut dgn sebaiknya. Kerana bukanlah mudah untuk mendapat ni’mat ini. Tapi kita yang beragama Islam, tidak pernah nak menghargainya.

Kemudiannya kita membesar dan membesar. Ni’mat keamanan yang diberikan oleh Allah swt membolehkan kita untuk hidup dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Allah kurniakan ni’mat rezeki, makan, minum, pakaian, kita boleh belajar, ni’mat mempunyai keluarga, mempunyai orang-orang yang syg akan kita.

Teringat satu peristiwa yang berlaku bulan lalu semasa pulang dari majlis penutup Tilawah Al-Quran di PWTC, bas UKM yang mengambil dan menghantar boleh dikatakan agak nazak, macam ala2 nak tercabut dah skru2 nya, dengan tidak ber“air-cond”. Kemudian terdengar suara dari dalam bas, “Panasnya bas nih, x de air-cond ke?”. Sy sendiri juga pernah terfikirkan benda yang sama, kenapelah UKM x tukar bas tingkap nih? Bangi Bas semua lawa2, air-cond. Ni bas cam dah nazak dah bagi kat UKM KL. Lihat betapa tidak bersyukurnya diri.

Setelah mendengar kata-kata tersebut, tiba-tiba terdetik dalam hati. Ya Allah, betapa tak bersyukurnya aku. Dah ada kenderaan pun masih nak bersungut, sedangkan bas tersebut masih boleh digunakan, masih boleh bergerak. Orang lain yang tak berkenderaan pun ada, tapi kita yang ada kenderaan pulak byk bersungut.



Kemudian, ni’mat udara yang kita hirup hari2. Betapa bongkaknya manusia, berjalan atas muka bumi Allah dengan megah. Merosakkan keindahan alam, rakus mencari harta dunia, mengumpul harta yang tidak boleh dibawa ke kubur, hingga melupakan Allah. Hingga tidak sempat untuk beribadah kpd Allah swt..

Pernahkah kita terfikir mungkin dalam sesaat, apa yang akan terjadi sekiranya tiba2 Allah menarik oksigen yang kita guna?? Macam mana agaknya keadaan kita pada saat itu, dalam kesesakan nafas kerana tiada udara. Na’uzubillah… Kadangkala diri sendiri juga banyak melakukan dosa2 samada secara sedar atau tidak sedar. Astaghfirullah.. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberi petunjuk kpd kita semua.. Ni’mat Allah terlalu banyak dan terlalu agung. Walaupun kita hamba berdosa, Allah swt tetap memberikn ni’mat-Nya kpd kita. Itulah bukti Allah swt itu Maha Pengasih & Maha Penyayang. Cuma kita shj yg sering terlupa..

“Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Ar-Rahman: 54-55)



Wallahua’lam…
Wassalam..

Tuesday, September 14, 2010

Dialog Dengan Bebudak Black Metal~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Kau satanist?" tanyaku straight pada budak metal yang memakai loket salib terbalik. Dia budak Cina. Tapi aku sebenarnya aim kepada budak-budak Melayu yang di sekelilingnya. Tambahan pula, jika aku dapat dia, maka laluanku kepada budak-budak Melayu tu akan mudah. Aku bukanlah tackle budak cina ni atas sebab perkauman atau sebagainya sebab aku tau: diorang ni sebenarnya keliru. Tambahan pula, diorang yang kacau aku sebab aku sensorang kat Terminal 1 ni yang pakai jubah dan berserban bagai. Diorang yang gatal mintak lighter kat orang berserban, apasal? Sibbaik aku ada lighter. Panjang sikit cerita...



"A'ah' Tau pulak kau?" jawab mamat satanist tu. Kita gelarkan dia budak A sebab aku tak suka ulang-ulang taip nama setan. Macam zikir pulak.
"Tengok loket" jawabku pendek sambil melirik pada loket salib terbaliknya. Dia memegang loket tu.

"Kau tak suka ke aku benci dengan Kristian? Bukan ke Islam tak suka dengan Kristian?" usiknya cuba menduga air yang tenang. Umpan dah masuk mulut ikan nampaknya, bisik hatiku. Aku nak biarkan ikan makan umpan lebih dalam lagi, kasi sangkut kat pangkal hati.

"Sapa kata Islam benci Kristian?" tanyaku cuba menyelidik tahap pemahamannya.
"Korang kan selalu mintak supaya jangan jadi macam orang yahudi dan nasrani dalam Al-Fatihah korang?" tanya mamat Cina tadi. Boleh tahan, knowledge. Ni bukan satanist biasa, ni. Ni satanist yang kononnya tahu akan konsep realiti alam, ni. Best-best.

"Mana ada dalam Al-Fatihah kata jangan ikut Yahud atau nasoro. Dalam Al-Fatihah kata 'ghairil MAGHDU bi 'alaihim wa LAD DHOL LIN'. Orang yang dimurkai atau yang sesat lagi menyesatkan. Kalau Nasoro, mesti Allah sebut Nasoro macam ayat-ayat yang lain" aku mengakalinya. Silap la nak debat pasal benda yang aku dok ulang-ulang minima 17 kali sehari. Budak A terdiam. Aku menyerang dia pulak.


Anton Lavey: Pengasas kultus bodoh


"Kau ikut setan ke?" tanyaku. Budak A memandangku semula.
"Kenapa?" tanyanya.

"Tengok nama band kat baju kau pun aku dah tau. Band ni band satanist ni. Lagu dia semua berdasarkan verse dalam Bible Satanic. Kau ikut band ni, maknanya kau ikut setan la, ye" kataku menduga air di sebelah sana pula.


Crowley. Mamat saiko pertama


"Boleh tahan jugak kau ni. Kenapa kalau aku ikut setan?" mulalah dia guna taktik menjawab soalan dengan soalan tu. Cikai punya taktik.

"Sebelum kau nak ikut setan, maknanya kau kena mengaku adanya tuhan, betul tak? Sebab kalau kau tak caya Tuhan, maka takdelah setan. Setan dicipta oleh Tuhan. Camana kau nak ikut setan yang anti tuhan kalau tuhan itu tiada?" kataku bermain lojik dengannya.

"Betul. Tu sebab kitorang dipanggil jugak anti-christ" katanya bangga cam aku tak tau.

"Kalau kau percaya Tuhan dan setan, dan kau memilih pulak nak mengikut setan, maka kau mesti dah tau camana asalnya setan dilaknat, hingga dia rasa Tuhan tak adil dan kecewa dan mengeluarkan ikrarnya? Betul?" tanyaku lagi bagaikan machine gun. Memang tak kasi chan.

"Betul. Tuhan tak adil sebab pasal satu kesalahan, Lucifer terus dilaknat. Dan dari kisah penciptaan makhluk, seolah-olah dah memang set bahawa Lucifer akan duduk merengkok dalam neraka sebelum dia buat pun kesalahannya" jawabnya.

"Sebab Allah Maha Mengetahui akan kejadian sesuatu yang Diciptakan Nya" jawabku selamba.

"Jadi Tuhan memang sengaja buat Lucifer untuk disumbatkan ke neraka?" tanyanya. Aku tau mana perginya soalan ini. Tapi aku nak layan.

"Mungkin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" jawabku pendek, saja memancing soalan seterusnya.

"Kalau macam tu, tuhan tak adillah sebab lahirkan manusia ada yang Islam ada yang tidak" kata budak A. Kan aku dah agak...

"Sebab itulah syahadah ummat akhir zaman ialah kita mengaku Allah itu Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad SAW itu HAMBANya. Kita ni sekadar ciptaan Nya. Sukati Dia lah nak letak kita kat mana. Dan ummat akhir zaman ni termasuklah manusia dan jin dan setan-setan yang kau ikut tu" kataku.

"Walupun Tuhan humban kau ke neraka?" tanyanya memancingku. Aku tau soalan tu datang dari setan.

"Apa yang Allah tentukan, itulah yang Terbaik. Aku cuma boleh mengharapkan kasihan belasNya saja. Dan aku bersyukur sebab pintu taubat masih terbuka untukku selagi aku tidak syirik" pancingku. Muka Budak A berubah. Perkataan syirik tadi menarik perhatian dia dan budak metal member dia yang mula berkumpul mengelilingi kami.

"Setan pernah sembah selain Allah tak? Iblis pernah syirik tak" tanyaku pada salah seorang budak Melayu di tepiku. Mamat tu menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Budak A pun berkerut tanda dia pun tak pernah terpikir benda ni.

"Iblis tu pernah jadi ketua malaikat. Dah tentulah dia tau Tuhan itu hanyalah satu dan tentulah dia tidak akan syirik. Dan dia diberi penangguhan masa sehingga hari kiamat sebelum semuanya tamat" kataku lagi. Budak A dan budak-budak metal lain mendengar kata-kataku dengan penuh teliti. Nampaknya mereka MEMANG TAK TAHU.

"Iblis sepanjang masa menghantar setan untuk mencuri dengar perkabaran dari langit, takut-takut Jumaat ini ialah Kiamat. Sebab bila kiamat, maka tamatlah riwayatnya dan dia tak boleh nak main soal-soal lagi dengan Tuhan" kataku lagi.

"Kau bayangkan, masa dah dekat-dekat kiamat, tibatiba Iblis decide nak mintak ampun pada Allah dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kau agak-agak Allah yang Maha Pengampun tu akan mengampunkan tak dosa si Iblis?" tanyaku lagi. Makin dalam umpanku ditelan nampaknya.

"Iblis tak pernah syirik, maka ada HARAPAN taubatnya diterima Allah. Cuba kau pikirkan kedudukan kau kalau Allah dah ampunkan Iblis. Kau dah syirik kan Allah sebab ikut setan. Maka pintu taubat dah takde lagi untuk kau" kataku. By this time, ada di kalangan budak metal tu yang beristighfar dan membuka rantai dan baju t shirt mereka yang ada lambang salib. Budak A kelihatan tergamam.

"Kembalilah. Korang kena tipu dek setan dan rasa kecewa korang sebenarnya" kataku lagi. Aku berlalu meninggalkan mereka sebelum riak dan ujub menguasai aku. Aku terus menjauhkan tempat itu dengan melintas jalan ke Courts Mammoth dan ke parking kereta. Sementara menunggu enjin kereta aku panas:

"Assalamualaikum, bang" salam seseorang padaku. Aku menoleh ke luar kereta. Terpandang aku dua-tiga orang budak metal tadi berdiri tersipu-sipu di sebelah keretaku.

"Wa'alaikumus salam. Apa halnya?" tanyaku kebingungan. Ada benda tercicir ke? Aku menge check wallet dan handphone aku. Masih ada lagi...

"Kami nak kembali ke pangkal jalan lah bang. Kami nak bertaubat. Camana kami nak mula?" tanyanya padaku. Aiseh..Ni yang aku tak gemar ni. Aku sendiri pun masih mencari jawapan kepada soalan itu.

"Entahlah" kataku. Puas aku mengontrol ujub dan bisikan dalam hatiku sendiri. Bahaya betul ujian kali ni.

"Abang ni macam banyak ilmu, jer. Bantulah kami" kata salah seorang dari mereka.
"Aku sendiri pun perlukan bantuan. Sesama lah kita bertaubat. Dah. Aku takmau dilihat bersama dengan korang lagi. Kang tak pasal-pasal kalau bala turun kat korang, dengan aku-aku sekali yang kena. Hutang keta ni pun tak abis lagi ni" kataku menghangatkan keadaan. Mendengarkan kata-kataku yang kesat itu, aku perasan ada yang berlinang air mata. Macam nak give up pun ada. Aku rasa bersalah pulak sebab pakai method itu tadi.


Album cover ni ingatkan aku pada gambar Crowley yang kat atas tadi

"Tapi keampunanNya bukan terletak pada laknat atau berkat dari aku. Berusahalah, dan kau akan dapati Allah itu MAHA MENGASIHANI" kataku sebagai motivasi dan aku pun bla cepat-cepat sebab seat Recaro ni dah takbley menampung saiz buntutku yang semakin mengembang.

Sumber: Paya Besar Pedas

Salam Aidilfitri 1431H~ ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Dikesempatan yang ada walaupun beberapa hari syawal dh berlalu masuk hari ke 6 syawal dah baru nak ucapkan, Salam aidilfitri buat semua shbat2 yg sudi menyinggah di blog ini.. Ampun maaf zahir & batin...



Tahun ni raya kebanyakan masa hanya di habiskan dirumah sbb x dapat balik Perak.. Sedih jugakla sbb x dpt jumpa saudara mara belah sana.. jeles tgk gamba2 yang di upload di facebook... tapi x pela.. mungkin ada hikmahnya..

Syawal tahun nih menyaksikan pula sorang lg adik terbang kerantauan untuk menyambung pelajaran dlm bidang TesL.. Belajar Elok2 ye kat sane.. Jgn byk main2.. Ntah bila la plak boleh jumpa semula, Wallahua'lam.. OKla itu je kot nak tulis..



Salam Aidilfitri 1431H~ Jaga diri hiasi peribadi, koreksi diri, sama2 kita berusaha meneruskan segala usaha dan tarbiyyah yang telah terdidik dibulan Ramadhan yg lalu.. Bolehla klu nak terus sambung Puasa 6 ya.. jgn lupa, InsyaAllah besar ganjarannya.. =)

Wallahua'lam..
Wassalam...