Saturday, June 27, 2009

Merdu dan menusuk Qalbu.. Subhanallah.. ♥ ~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"




Da'i Nada- Ma li rabbun siwah (ما لي رب سواه)

Ma li rabbun siwah (Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya)
Ghaffarun yamhuz zunub (Pengampun memadamkan dosa-dosa)
Ma li rabbun siwah (Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya)
Nurun yahdil qulub (Cahaya menunjukkan hati-hati)

Ya Allah 'abdun kathuraz zunubi (Ya Allah, hamba banyak dosa )
Zadat hauni qurubi (Tambahkanlah dekatku dengan-Mu )
Minka ilaika ghurubi (Dari-Mu kepada-Mu aku kembali )

Ya Allah la tahrimni naima (Ya Allah jangan haramkanku nikmat-Mu)
La tatrukni saqima (Jangan tinggalkanku kesakitan)
Ya Mannanar Rahima (Wahai Maha Penganugerah & Maha Penyayang)

Ya Allah Anta 'Aliyul Qadirul 'Azimu (Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Pengatur & Agung)
Ya Allah Antas Samiul Basirul 'Alimu (Ya Allah Engkau Maha Pendengar, Melihat dan Mengetahui )

Ma li rabbun siwah (Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya)
Rabbus sama'il udul (Tuhan langit yang rata )
Yaghfiru man asoh (Mengampunkan sesiapa yang menderhaka-Nya)
Wa huwal Halimur Rauf (Dan Dialah Maha Lembut dan Memberi Rahmat)

Ya Allah Rahmanul lil baraya (Ya Allah Pengasih kepada manusia )
Ghaffaru lil khataya (Pengampun kepada kesilapan )
Wa rajai huwa hudaya (Dan harapanku adalah hidayah)

Ya Allah irham dho'fi wa hali (Ya Allah ampunkanlah kelemahanku & keadaanku)
Faqa zanbu ihtimali (Padamkanlah dosa-dosa yang tidaku kusedari)
Faghfirli Ya Zal Jalali (Ampunkanlah daku Wahai Yang Memiliki Keagungan )

Ya Allah Antal 'Azizul Ghafurur Rahimu (Ya Allah Engkau Maha Mulia, Pengampun & Pengasih)
Ya Allah Antal Quddus Salamul Karimu (Ya Allah Engkau Maha Suci, Sejahtera & Pemurah)

Friday, June 26, 2009

Tag Oleh K.Imah~ =)

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Peraturannya:

Sahlan ginddan2.. Mai check this out..

Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Labih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Calon-calon terpilih:

Aswati
Adik Maisya
Na'imah
K.Huda
Lina Husniyah
Lina Aimi
Ruqayyah
Shira
Shahida
K. Madyt

Alhamdulillah. Selamat dibereskan. Marilah bersama-sama menuju ke arah mesej yang gambar di atas sampaikan. InshaAllah. Semoga berjaya! Very simple!

Thursday, June 25, 2009

Mahasiswakini- KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Di maklumkan demontrasi bantahan terhadap konflik Selatan Thailand yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada jam 2.30 petang ini selepas solat Jumaat DITUNDA ke tarikh lain atas alasan berlaku suasana tegang di kampus-kampus tertentu.

Penundaan tersebut bagi memberi tempoh bertenang berikutan isu protes terhadap Wanita Pertama Negara, Datin Seri Rosmah Mansor yang berlaku di Universiti Malaya tempoh hari.

Dalam pada itu, GAMIS dan SMM akan meneruskan usaha mengumpul dana dan bantuan kepada mangsa-mangsa konflik Selatan Thailand. Selain itu, beberapa delegasi rombongan ke Selatan Thailand akan dihantar bagi meninjau dan menghulurkan bantuan.

Seluruh mahasiswa diingatkan supaya tidak luntur semangat dalam menyatakan protes terhadap kekejaman yang berlaku di Selatan Thailand di samping kelembapan Kerajaan Thailand dalam menyelesaikan konflik yang berlaku.

Mohd Shazni Munir Ithnin

Speaker Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS)

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

petikan dr Mahasiswakini.com

MAHASISWA MESTI TURUN ESOK (JUMAAT) !

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Di kala tidak ramai yang memperjuangkan isu saudara kita di selatan Thai, kita mesti ke depan. Apa yang saya lihat, masyarakat di Malaysia termasuk parti-parti politik tidak kira kerajaan atau pembangkang masih sejuk dalam isu pembantaian saudara-saudara kita di selatan Thai. Justeru, adalah wajar mahasiswa dan anak muda turun esok untuk menyatakan bantahan kita kepada kerajaan Thailand agar mereka serius mengembalikan hak kepada saudara-saudara kita di sana.

Jika kita boleh turun beramai-ramai demi saudara kita di Palestin, mengapa tidak kepada saudara-saudara kita di Thai? Adakah aqidah mereka tidak sama dengan rakyat Palestin? Adakah mereka hanya adik beradik tiri kita? Ayuh, bangkitlah anak-anak muda!

Jika dulu kita marahkan Hosni Mubarak yang menyekat bantuan kepada saudara kita di Palestin, tidak mustahil seluruh dunia akan bangun membantah Malaysia yang seolah-olah memejam mata dalam isu ini. Mungkin ada, tetapi sedikit. Esok kita buktikan sensitiviti kita dengan turun ke :

Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur
Jumaat ( 26 Jun 2009)
2.00 petang

* tema pakaian : putih

Dipetik dr blog Ust. Mohd Idris, Presiden ISIUKM

Tuesday, June 23, 2009

Pelajar ditemui mati di kolej UKM

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Pelajar ditemui mati di kolej UKM
23/06/2009 3:01pm

KUALA LUMPUR 23 Jun — Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.

“Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis.

“Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat.

Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan.

Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat sarjana jurusan Sains Kimia. - Bernama

Utusan Malaysia Online


* Innalillah.. Al-Fatihah buat saudara kita..


p/s: Buat adik2 baru yg akan mendaftar di UKM.. Slamat datang dan jgn takut dgn berita nih ye.. =)



Thursday, June 18, 2009

Muhasabah Cinta~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"




Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Subhanallah.. =D Allahu Akbar!!

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. Dalam mengisi masa lapang yg terluang, ana suka surf2 tenet. Bila mbuka firefox, perkara pertama yg ana lihat adalah Yahoo! Homepage. Hari ni seperti hari2 yg sebelumnya, ana mbuka firefox ana. Then, ana terlihat sesuatu yg menarik perhatian ana utk membacanya. Dibahagian featured ada satu tajuk yg berbunyi “Transparent frog discovered.” Mesti shbat2 tertanya2, ape yg menarik sgt. Ape tak nye, baru pertama kali ana tgk katak yg transparent badannya menampakkan organ2 di dlmnya. Subhanallah.. Meluncur laju perkataan tersebut dr mulut.


Dengan penuh tertariknya, ana pun melayari google utk cari lebih byk gambar mengenai transparent frog nih. Sbb gambar dr artikel Yahoo! Td kurang jelas dan kecil. Dengan menaip “Transparent frog”, keluarlah bermcm2 jenis gambar katak yg transparent. Yg tak transparent pun ade je yg keluar. Sebenarnye geli gak dgn katak nih, nak2 plak yg transparent. Tp perasaan trsebut ana ketepikan. Ana katakan pada diri, “nape nak geli, cuba tgk betapa indahnya dan uniknya ciptaan Allah nih,” Hmm.. betul gak kan?

Sebenarnya apa yg ana nk kongsikan ialah utk kita sama2 merenung keindahan ciptaan Allah s.w.t. Walaupun nmpk pelik mcm katak td, tp sbnrnye trsembunyi nilai yg unik disebaliknya. Menunjukkan betapa Maha Berkuasanya Allah s.w.t itu. Tu baru katak. Then ana pun type la “deep sea creature”. Kat bwh ana ade sertakan gamba2 yg ana jumpe.
















Menarik kan gambar2 di atas? Ana teringat lg shbat ana penah menyebut, sbnrnye, lagi dlm kite selam lautan2 Allah kat muka bumi nih, lg bermcm2 jenis haiwan yg pelik2 dan x pernah kita lihat kita akan jumpe. Maha Berkuasa Allah.

Penah tak tertanye2, knape ye haiwan2 sebegini hidupnya jauh di dasar lautan, jauh dr manusia? Ia mengingatkan ana pada satu soalan dr cikgu ana. Soalannya, knpe Dinosor dah pupus? Knape dinosor x hidup zaman kite skrg? Satu je jwpn yg trlintas dlm fikiran ana, klu dinosor hidup zaman skrg nih, mesti habis manusia2 kene makan. Btul x? Sbb tak sesuai dgn keadaan hidup kita skrg. Namun bukti2 kewujudannya masih ada dgn penemuan2 tulang dinosor trsebut. Betapa cantiknya aturan Allah s.w.t yg Maha Bijaksana. Dan bukti2 ini menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. Bukti Allah Maha berkuasa dlm menciptakan sesuatu mengikut kehendak-Nya..


Sekarang mari kita lihat pada tubuh badan kita plak. Bagi yg mempelajari sains, lebih mudah utk kita melihat kekuasaan Allah swt. Tp kita tgk bende yg basic dlm tubuh badan kita nih. Seperti yg kita semua tahu tubuh badan kita terdiri drpd unit2 asas yg di panggil sel. Btul tak? Berbillion2 sel ada pd tubuh bdn kita ni yg membentuknya. Itu blum kita tgk pelbagai jenis sel cthnye sel darah, sel2 neuron dn sbgainya yg tiap satunya mempunyai fungsi2 yg tersendiri.


Jom kita selam plak ke dlm sel2 ni. Kita akan dapat lihat terdapat di dalamnya pelbagai jenis organel. Bayangkanlah satu sel pun dah terlalu kecil, bagaimana pula wujudnya organel2 di dalamnya? Subhanallah, x terjangkau oleh pemikiran kita. Hanya satu sj jawapannya, adanya satu kuasa yg menciptakannya. Sudah pastinyalah Yang Maha Berkuasa itu Allah s.w.t.




"Indahnya dunia ciptaan Yang Esa
Tidak terjangkau Oh pandangan minda
Segala yang ada tercipta dengan sempurna
Tiada yang dapat menandinginya"

Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah.. Allahu Akbar!! Itu baru kita lihat hanya setitis daripada keindahan dan kekuasaan Allah s.w.t.. Klu kita pandang di sekeliling kita, terlalu byk yg boleh kita lihat. Ana selalu memikirkan kejadian air. Ya! Air. 2 atom hidrogen yg bergabung dgn satu atom Oksigen. Dalam setitis air, terdapat berjuta2 molekul di dalamnya. Menakjubkan, btul tak? Subhanallah... Kembali semula kita kpd betapa Maha Berkuasanya Allah s.w.t.



Oleh itu, marilah shbat2 kita cuba renungkan keindahan alam ciptaan Allah ini. Terlalu agung untuk ditandingi. InsyaAllah kita akan beroleh pahala darinya. Sekadar ini shj perkongsian dr ana kali ini. Semoga ianya memberikan manfaat dan faedah buat kita bersama.

Untuk gambar2 yg lebih menarik layari Deep Sea Photography
Wallahua'lam..
Wassalam..

Saturday, June 13, 2009

Gugurnya sebutir permata~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. Semasa ana sedang lena, ana dikejutkan dengan satu mesej dr sahabat ana mengenai pemergian Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. Pada mulanya ana agak terkejut dan kurang percaya mengenainya. Bimbang mesej2 sebegini tidak benar. Dek kerana terlalu keletihan, ana terus melelapkan mata. Ana bercadang untuk memeriksanya di dalam internet keesokan harinya.


Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan

Usai Solat subuh, ana terus membuka laptop ana untuk melakukan rutin harian ana setelah seharian tidak melakukannya kerna terlibat dgn sebuah kem kepimpinan. Apabila ana membuka blog ini, rata-rata sahabat ana menukilkan mengenai perginya sebutir permata seperti mesej yg ana terima semalam.

Terbuktilah bahawa Allah telah menjemputnya pergi bertemu dengan-Nya. Semoga rohnya dicucuri Allah dan ditempatkan bersama orang2 soleh.. Amiin..

Ia mengingatkan ana mengenai kata2 drpd seorang pendengar IKIM.fm pd jumaat yg lepas yg menyebut di akhir zaman ini, Allah akan mengambil nyawa para Ulama' bersama2 dgn ilmunya. Jika kita tidak merebut peluang untuk menimba ilmu drpd mereka, maka akan lenyaplah ilmu2 tersebut bersama perginya Ulama'-Ulama' tersebut.

Semoga segala peninggalan ilmu2 daripada beliau yg sempat dibukukan dapat digunakan sebaiknya oleh kita semua.

Al-Fatihah buat Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan..

Wallahua'laam..
Wassalam..


Sunday, June 7, 2009

Mari tonton dan berfikir sejenak.. =)

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. Entry kali ni ana nk kongsi satu lagu yg best, sayu dan menyentuh perasaan. Lagu ni dah agak lama, cuma masih fresh bg ana dan lagunya boleh mendatangkan keinsafan. Ana teringin nk kongsi lagu nih bila ana menonton Daurah Nasyid Minggu Ini pada jumaat yg lps. Semoga ada manfaat darinya. Sama2 kita hayatinya wahai sahabat2ku.. Klu shabt2 nk tahu apa lagunya, tontonlah vid kat bwh nih ye..=)



Epilog Silam
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Bila mendengarkan lagu ni, membuatkan ana berfikir sejenak. Wahai sahabat2, mari sama2 kita renung kembali.. Persoalan pertama ialah sudah brapa lama kita dikurniakan ni'mat umur oleh Allah s.w.t? Bila ana fikir balik, rupanya sedar x sedar sudah 21 tahun ana hidup di dunia ini. Adakah 21 tahun itu satu tempoh yg sekejap??

Ia membuatkan ana mengingat kembali perjalanan hidup ana yg bergelar hamba-Nya. Setiap detik dan ketika. Jatuh dan bangun. Selama 21 tahun ana bernafas dibumi Tuhan ini, apakah amalanku sudah mencukupi untuk menampung segala dosa2 yg telah ku lakukan? Ataukah dosa ku terlalu byk dr pahalaku sehingga tak tertanggung lagi?

Sudahkah kita tunaikan segala hak2-Nya? Bagaimana pula dgn segala larangannya yg telah kita langgar? Mari shbat2 kita muhasabah semula diri kita. Sesungguhnya kita cuma hamba yg hina. Selalu melakukan dosa dan apabila kita tersedar adakah kita bertaubat kpd-Nya? Kadangkala kita sering mengulangi dosa2 yg lalu. Namun betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah s.w.t itu, diampunkannya jua kita sekiranya benar2 kita bertaubat kpd-Nya.

Tapi kadang2 kita terlupa dan mengulangi kembali perkara yg sama. Betapa lemah dan hinanya diri kita ini. Ayuh shbat2ku, kita tanamkan tekad di dalam hati kita. Semoga kita menjadi hamba-Nya yg diredhai dan bersyukur. Kerna kita tidak tahu bilakah pengakhiran kita di muka bumi Tuhan ini. Mungkin sebentar lg, mgkin telah ditetapkan oleh Allah s.w.t bhwa umur kita hanya setakat ini shj. Bagaimana jika tiba2 nafas kita terhenti di saat ini? Ya Allah...

Apa yg teramat di bimbangkan ialah bagaimana kah keadaan kita bila maut menjemput kita. Adakah kita pulang di dlm keadaan yg diredhai atau sebaliknya? Na'uzubillah.. Mmg diakui diri kita hanyalah seorang hamba yg sering melakukan kesilapan dan dosa. Namun jgnlah ianya dijadikan alasan utk tetap terus-terusan melakukan dosa. Sesungguhnya pintu taubat-Nya sentiasa terbuka utk hamba2-Nya yg benar2 bertaubat.

Oleh itu shbat2ku, mari kita sama2 berfikir sejenak. Sesungguhnya hamba2-Nya yg hidup didlm keredhaan-Nya akan merasakan betapa manis dan indahnya hidup ini dan melahirkan rasa kerinduan yg teramat dalam utk bertemu dgn Kekasihnya. Semoga kita pulang sbg yg dinanti bukan sbg yg dimurkai..

Semoga perkongsian yg teramat sdkit dr hamba yg fakir ini dapat mendatangkan walau hanya sedikit manfaat kpd kita semua..InsyaAllah..


Wednesday, June 3, 2009

Hamzah Asadullah~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Sayu hati ini apabila mendengarkan lagu terbaru dr Inteam yg bertajuk Hamzah Asadullah. Terimbau kembali sirah di kotak pemikiran ini. Ana mencari-cari di mana tersimpannya memori ttg kisah Hamzah yg telah dipelajari suatu masa dahulu semasa disekolah agama rakyat. Dimana letaknya dipeti simpanan memori ini.

Alhamdulillah kutemuinya kembali. Saiyidina Hamzah mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah.Beliau ialah bapa saudara Nabi sebelah bapa, sepupu Nabi sebelah ibu, saudara susu Nabi dan teman sepermainan Nabi sejak kecil. Saiyidina Hamzah memeluk Islam kerana tidak tahan melihat perlakuan Abu Jahal yang telah menghina Rasulullah.

Apabila pulang daripada berburu, Saiyidina Hamzah terus mencari Abu Jahal di Masjidil Haram dan terus memukul kepala Abu Jahal dengan busar panah yang dibawanya sehingga kepala Abu Jahal berlumuran darah.Lantas Saiyidina Hamzah pun memeluk Islam. Beliau merupakan seorang pahlawan yang berani dan gagah perkasa. Justeru, beliau telah digelar dengan ‘Asadullah’ yang bermaksud singa Allah.

Pengislaman Saiyidina Hamzah telah menyuntik kekuatan kepada umat Islam kerana beliau terkenal dengan seorang yang gagah berani, setelah pengislamannya, pemimpin-pemimpin Quraisy tidak berani lagi melakukan penindasan sesuka hati mereka terhadap umat Islam.

Rasulullah telah memilih Saidina Hamzah untuk menjadi panglima perang dalam Perang Badar. Beliau telah berjaya menyusun strategi dengan baik dan tersusun.Akhirnya kemenangan milik umat Islam.

Terimbau kembali Medan Uhud yang menyaksikan gugur syahidnya Saiyidina Hamzah .

Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka.

Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Arahan utk tetap ditempat masing2 slps perang tidak diendahkan oleh sebilangan tentera muslimin kerna sibuk mengutip harta rampasan perang. Saiyidina Hamzah telah dibunuh oleh Wahsyi, hamba kpd Jubair Bin Mut’im dengan lontaran lembing untuk mendapatkan ganjaran kemerdekaannya. Peristiwa gugurnya Saiyidina Hamzah telah menyayat hati Rasulullah. Saiyidina Hamzah telah dikurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada(penghulu orang yang mati syahid di syurga).

Smoga kisah ini dapat menyuntik smgat kpd kita semua untuk bangun menegakkan Agama Allah dgn gagah dan berani. Kita di Malaysia seharusnya bersyukur kerana tidak perlu bermandi darah untuk menegakkan kalimah Allah. Dalam situasi Malaysia yg aman ini mengapa masih ada yang berat utk bersama2 menegakkan kalimah Allah. Terutamanya diri yg hina ini. bermacam2 alasan sering dikemukakan.

Apabila terpaksa mengorbankan cuti semester, bermacam2 alasan diberikan utk tidak turut serta dalam gerak kerja Islam. Baru sedikit ujian yg Allah turunkan, terlalu cepat melatah. Bila terpaksa tidur lewat setiap mlm demi Islam, bermacam2 rungutan yg diberikan. Rungutan2 juga kdgran apabila shbat lain boleh belajar dan mengulangkaji pelajran tetapi tidak kita kerna sibuk dgn gerak kerja Islam. Sedangkan pejuang2 Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w lebih berat dan besar dugaannya. Sehingga bermandikan darah dan gugur syahid.

Sepatutnya tidak ada lg yg mencari alasan utk tidak berjuang menegakkan Kalimah Allah di muka bumi Malaysia ini. Khususnya utk diri ana sndiri yg masih memanjakan diri. Semoga ia menjadi penyuntik smgat buat kita semua. Bangunlah!! Mari kita perbaharui semangat kita demi melihat tertegaknya Kalimah Allah dimuka bumi Malaysia, dan dunia.

Wallahua'lam..
Wassalam..


Tuesday, June 2, 2009

Album Terhangat ~ =D

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Dlm entry ini, ana ingin ketengahkan sebuah album nasyid pula. Lagu-lagu yang ditampilkan amat menarik bg ana. Album yg ana maksudkan ialah Album Inteam Allahu Rabbi. Album ini menyerlahkan lagi kematangan Inteam. Teringat lg album yg pertama kumpulan ini, yg dikeluarkan semasa ana masih di tingkatan satu. Dgn lagu2nya yg kebanyakannya lebih kpd keremajaan. Namun album yg trbaru ini bukan shj membawa kelainan dgn penampilan semula anggota asal kumpulan ini, malah lagu2nya lebih segar dan matang yang boleh diterima oleh semua peringkat umur dan lebih kpd konsep ketuhanan.

Terdapat 10 buah lagu dimuatkan di dalam album ini. Lagu2nya ialah:

1.Allahu Rabbi
2.Asma' Allah
3.Hamzah Asadullah
4.Hanya takdir (Untuk Palestin)
5.Kasih Sayang (feat. Ust Asri Rabbani)
6.Kemuliaan Al-Quran
7.Kepastian
8.Redha
9.Dia Muhammad
10.Asy-Syafi'e

Lagu2 dlm album kali ini bg ana bakal menaikkan lg nama Inteam, InsyaAllah. Lagu2nya sungguh sayu seperti lagu Kepastian, Redha, Hanya takdir dan Hamzah Asadullah. Terdapat juga lagu2 yg berirama rancak dan memberikan kesegaran kpd pendengarnya. Bagi yg belum berkesempatan mendengarkannya, Jgn ketinggalan utk memilikinya. Untuk mendgr antara lagu2nya, bolehlah ke playlist ana di dlm blog ini. InsyaAllah anda tidak akan pernah menyesal. =)

Wallahua'lam..
Wassalam..=)

Pernahkah terlintas??

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

“Ish, kau x jeles ke tgk die tuh?”

“Knape aku nk jeles plak dgn Naim?”

“Tgkla die tuh. Die byk bg hujah2 ayat Al-Quran ngan hadith. Dah byk buku agama die khatam. Sume orang rujuk kat die. Kau x nak ke?”

“Knape mesti aku nak?”

“hey, kau x nak jd femes ke? Kau x nak org anggap kau pndai agama gak ke? Femes tuh. Padahal bandingkan kau dgn die, aku tgk luaran kau lg hebat dr die. Kau pakai kopiah je setiap mase. Die x pkai pun. Skali skala je die pkai.”

“Hurm.. ”. Lantas, satu perasaan yg tidak enak hadir dalam diri Fakhrul. “Ish.. Jelesnye aku ngan die tuh. Hebat sgt ke die tuh? Aku pun boleh gak. Aku nk khatam byk2 buku gakla.. Lg byk dr die. Barulah orang pandang aku.” Fakhrul melayan perasaannya sehingga maghrib menjelang.

**********

Usai Solat Maghrib, Fakhrul membuka lembaran suci Al-Quran. Sambil membca, dia cuba memahami maksud ayat2 yg telah dibca olehnya. Tiba2 trdetik dihatinya, “Hurm.. ade baiknye klu aku hafal Surah2 Juz Amma ngan mksud2 die skali. Nti bolehla aku tunjuk pandai dlm tazkirah2 kat surau. Barulah org pandang aku ni pndai agama gak. Bukan Naim sorang je.”

**********

Astaghfirullahal ‘azim...

Sebelum ana pergi lebih lanjut, ana nak kita sama2 fikirkan apa yg boleh kita lihat dr situasi yg ana berikan di atas?

Sebenarnya apa yg ana nk smpaikan dcni adalah mengenai “Niat”. Mungkin ada sesetgh pihak yg menganggap perkara ini remeh.

“Ala, dah berpuluh2 kali aku dgr orang ckp pasal niat nih.”

Namun inilah realiti. Tidak dapat tidak, kita tidak dapat lari drpd hal ini kerana niat adalah kunci kpd sgl ibadah/pekerjaan kita. Niat menjadi kayu pengukur samada ibadah kita diterima atau tidak.

Sesungguhnya niat memainkan peranan yg penting di dalam hidup kita ini. Ganjaran bagi setiap yg kite lakukan adalah bergantung kpd niat kita melakukan perkara tersebut. Jika kita niatkan untuk mendapat nama/ pujian manusia, maka kita akan memperolehi ganjaran tersebut semata2. Namun jika setiap perbuatan kita diniatkan Hanya kerana Allah s.w.t, ianya menjadi ibadah dan InsyaAllah diberikan ganjaran pahala oleh-Nya.

Disini ingin ana gariskan scr ringkas maksud “niat” itu sendiri yg dipetik dr buku Hadith 40 (Terjemahan dan syarahnya) oleh Ustaz Mustafa ‘Abdul Rahman.

1. Bahasa: ialah qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati). Maka dengan tujuan hati dan kehendaknya sendiri, terjadilah sesuatu amal atau pekerjaan.
2. Istilah syara’: niat ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan utk mencari keredhaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kpd perintah-Nya. Inilah yg dikatakan ikhlas atau kejujuran dlm melaksanakan sesuatu amal.

Namun ingatlah, seperti yg biasa kita dgr, “Matlamat/niat x menghalalkan cara”. Jika sesuatu perbuatan itu haram tetapi kita berniat baik spt berjudi utk menyara keluarga, ia tetap jatuh haram hukumnya.

Mari kita sama2 cuba renung semula sgl pekerjaan kita seharian.

*Aku buat kerja2 Islam nih kerna sape sbnrnye?

*Ish malasnye aku nk pegi liqa'. Tp klu x pg ape plak kate org lain. Dahla pimpinan. Nanti 'A' anggap lain plak aku nih. Abisla saham aku.

*Apakah aku belajar ni, hanya kerana Allah s.w.t atau semata2 mengejar glamor, wang, pangkat dan sbgainya?

*Apakah aku menyertai program/aktiviti nih benar2 krn Allah atau sekadar nak berkenalan dgn mane2 muslimin/muslimat (yg berlainan jantina), mana tau klu2 ada yg boleh dijadikan teman hidup?

*Adakah aku bersolat ini semata2 kerana Allah s.w.t atau semata2 utk menunjuk2?

*Orang lain semua solat sunat lps maghrib. X bleyh jd camni. Nti ape kate org klu aku x buat..

*Ish kene zikir byk2 nih. Baru nmpk alim sket.

*Adakah aku pakai tudung besar2 nih hanya krn Allah s.w.t, atau semata2 untuk mendapat pujian orang lain?

*Adakah aku pakai kopiah hari2 sms ke kelas dan sms keluar ke mana2 semata2 kerana Allah?

Mari kita sama2 koreksi semula diri kita sahabatku. Apakah pernah terlintas di hati kita walaupun hanya sedetik perasaan ingin mendapat nama smta2 diatas setiap perbuatan kita? Agar dipandang tinggi oleh orang disekeliling kita? Pernahkah timbul rasa iri hati kpd sahabat2 kita? Hingga terpesongnya niat kita drpd semata2 krn Allah s.w.t. dlm setiap perbuatan kita? Na’uzubillah.

Ana juga hamba yg lemah. Diri ini tidak sempurna. Terkadang ada juga masanya nafsu dan syaitan berjaya menumpaskan diri ini. Marilah sama2 kita istighfar semoga kita diampunkan oleh Allah s.w.t. jika kita ada pernah trlintas perasaan2 spt ini dlm kita sedar ataupun tidak. Astaghfirullahal ‘azim...

Sama2lah kita muhasabah kembali diri ini agar hidup kita yg cuma tinggal beberapa detik sj lg mendapat redha dr-Nya dan sgl amalan kita dtrima oleh-Nya. Ana mengingatkan diri ini yg sering alpa dan leka serta juga istimewa buat shbt2 yg trsyg smg kita sama2 beroleh manfaat drpdnya.

Oleh itu, ana menyeru diri ini dn shbat2ku yg disygi, sama2lah kita perbaiki diri kita. Semoga amalan kita diterima dan kita pulang sbg yg dinanti..Amiin.. =)

Semoga perkongsian yg hanya secubit ini dpt memberi manfaat walau hanya sedikit.

Wallahua’lam..
Wassalam...

*(Segala nama dan watak di atas tidak ada kene mngena dgn sesiapa pun. Jika ada, ia hanyalah sekadar satu kebetulan.. Wallahua’alam..)