"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.
Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.
Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.
Sayu hati ini apabila mendengarkan lagu terbaru dr Inteam yg bertajuk Hamzah Asadullah. Terimbau kembali sirah di kotak pemikiran ini. Ana mencari-cari di mana tersimpannya memori ttg kisah Hamzah yg telah dipelajari suatu masa dahulu semasa disekolah agama rakyat. Dimana letaknya dipeti simpanan memori ini.
Alhamdulillah kutemuinya kembali. Saiyidina Hamzah mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah.Beliau ialah bapa saudara Nabi sebelah bapa, sepupu Nabi sebelah ibu, saudara susu Nabi dan teman sepermainan Nabi sejak kecil. Saiyidina Hamzah memeluk Islam kerana tidak tahan melihat perlakuan Abu Jahal yang telah menghina Rasulullah.
Apabila pulang daripada berburu, Saiyidina Hamzah terus mencari Abu Jahal di Masjidil Haram dan terus memukul kepala Abu Jahal dengan busar panah yang dibawanya sehingga kepala Abu Jahal berlumuran darah.Lantas Saiyidina Hamzah pun memeluk Islam. Beliau merupakan seorang pahlawan yang berani dan gagah perkasa. Justeru, beliau telah digelar dengan ‘Asadullah’ yang bermaksud singa Allah.
Pengislaman Saiyidina Hamzah telah menyuntik kekuatan kepada umat Islam kerana beliau terkenal dengan seorang yang gagah berani, setelah pengislamannya, pemimpin-pemimpin Quraisy tidak berani lagi melakukan penindasan sesuka hati mereka terhadap umat Islam.
Rasulullah telah memilih Saidina Hamzah untuk menjadi panglima perang dalam Perang Badar. Beliau telah berjaya menyusun strategi dengan baik dan tersusun.Akhirnya kemenangan milik umat Islam.
Terimbau kembali Medan Uhud yang menyaksikan gugur syahidnya Saiyidina Hamzah .
Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka.
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.
Arahan utk tetap ditempat masing2 slps perang tidak diendahkan oleh sebilangan tentera muslimin kerna sibuk mengutip harta rampasan perang. Saiyidina Hamzah telah dibunuh oleh Wahsyi, hamba kpd Jubair Bin Mut’im dengan lontaran lembing untuk mendapatkan ganjaran kemerdekaannya. Peristiwa gugurnya Saiyidina Hamzah telah menyayat hati Rasulullah. Saiyidina Hamzah telah dikurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada(penghulu orang yang mati syahid di syurga).
Smoga kisah ini dapat menyuntik smgat kpd kita semua untuk bangun menegakkan Agama Allah dgn gagah dan berani. Kita di Malaysia seharusnya bersyukur kerana tidak perlu bermandi darah untuk menegakkan kalimah Allah. Dalam situasi Malaysia yg aman ini mengapa masih ada yang berat utk bersama2 menegakkan kalimah Allah. Terutamanya diri yg hina ini. bermacam2 alasan sering dikemukakan.
Apabila terpaksa mengorbankan cuti semester, bermacam2 alasan diberikan utk tidak turut serta dalam gerak kerja Islam. Baru sedikit ujian yg Allah turunkan, terlalu cepat melatah. Bila terpaksa tidur lewat setiap mlm demi Islam, bermacam2 rungutan yg diberikan. Rungutan2 juga kdgran apabila shbat lain boleh belajar dan mengulangkaji pelajran tetapi tidak kita kerna sibuk dgn gerak kerja Islam. Sedangkan pejuang2 Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w lebih berat dan besar dugaannya. Sehingga bermandikan darah dan gugur syahid.
Sepatutnya tidak ada lg yg mencari alasan utk tidak berjuang menegakkan Kalimah Allah di muka bumi Malaysia ini. Khususnya utk diri ana sndiri yg masih memanjakan diri. Semoga ia menjadi penyuntik smgat buat kita semua. Bangunlah!! Mari kita perbaharui semangat kita demi melihat tertegaknya Kalimah Allah dimuka bumi Malaysia, dan dunia.
Wallahua'lam..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment