Thursday, December 15, 2011

Aku Redha Ya Allah!!

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"



Apabila Si Kaya jatuh Miskin. “Aku redha Ya Allah”

Apabila mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan. “Aku redha Ya Allah”

Apabila melihat orang lain mendpt sesuatu yg lebih baik dr apa yg kita perolehi. “Aku redha Ya Allah”

Apabila melihat orang lain mendpt apa yang kita inginkan. “Aku redha Ya Allah”

Apabila ni’mat yang diberikan oleh Allah ditarik semula. “Aku redha Ya Allah”


**********

“Aku redha Ya Allah”. Mudah utk dituturkan. Namun adakah ianya benar2 selari dengan apa yang dirasai & tersembunyi di dlm hati seorang hamba. Kadangkala bibir menuturkan redha, namun hakikat sebenarnya masih ada terselit perasaan kecewa di hati. Adakah kita benar2 redha? Atau kita masih mempersoalkan Qadha’ & Qadar Allah? Mengapa perkara tersebut berlaku?



Memang lumrah seorang hamba utk merasa kecewa. Ia bukanlah satu perkara yg salah. Namun kita mesti bijak merawat kekecewaan yang dirasai dengan sebaik yg mungkin agar kita tidak jatuh sehingga mempersoalkan takdir Allah. Pujuklah hati bahawa apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kita itu adalah yg terbaik utk kita. Kerana hanya Dia yg mengetahui yg terbaik buat hamba-Nya, kerana Dia yang menciptakan kita. Sepertinya seorang engineer kereta. Dialah orang yg lebih tahu tentang kereta yg diciptanya. Seperti Firman Allah yang biasa kita dengar yang bermaksud:

“….Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..(al-Baqarah: 216)”

Kuatkan keyakinan yang ada di dalam hati kita. Namun bukan mudah untuk memujuk hati yang kecewa. Melainkan dengan keimanan. Sama2 kita tingkatkan keimanan kita agar kita menjadi hamba yang sentiasa redha. Elemen paling penting dlm hidup seorang hamba yg beriman ialah doa. Mohonlah pd Allah agar hati kita redha dgn apa jua ketentuan yang telah Allah tentukan utk kita.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku (Allah), maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku kabulkan permohonan mereka yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran.” (al-Baqarah : ayat 186)”

Sememangnya berkata2 itu lebih mudah dari perbuatan. Saya juga manusia, tak pernah lari dr melakukan kesilapan. Namun, Sbg hamba yg inginkan keredhaan dari Tuhannya, sama2lah kita bermujahadah agar hati kita sentiasa redha. Bila dilanda kekecewaan, bermohonlah pd-Nya, Rabb yang memegang hati2 kita. Pujuklah hati kita dgn janji-janji Allah. Cuba singkap hikmah yg terselindung disebalik kekecewaan yang berlaku. Pasti ad sesuatu yg berharga disebaliknya. Contohnya, jika kita tidak gagal, kita tidak mungkin akan berusaha sedaya habis utk berjaya. Dgn asbab kegagalan itulah kita berjaya.

Apa yang tidak diberikan Allah kpd kita mgkin akan membawa keburukan pd kita. Cthnya, mgkin dengan asbab kaya itu menjadikan kita makin jauh dgn Allah, menjadikan kita hamba yang sombong dan bongkak, maka lebih baik kita tidak kaya. Mgkin juga sesuatu yang kita pohon pd Allah itu tidak dimakbulkan kerana ia akan menyebabkan kita terjerumus pd jurang kemaksiatan. Maka adalah lebih baik kita dijauhkan darinya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memimpin hidup kita dgn memberikan apa yg terbaik buat kita, dan tidak mengurniakan sesuatu yang boleh membawa kecelakaan kpd kita. Adakah kita lebih suka Allah biarkan saja kita hidup didunia ini, biar kita yg menentukan sendiri takdir kita, terumbang-ambing, sedangkan kita sendiri tidak kenal dengan sebenarnya siapa kita, apa yg terbaik buat kita. Yakinlah dengan Allah! Itu yang paling penting.

Smga Allah lembutkan hati kita dalam setiap kesukaran @ kekurangan yg ad pd diri kita. Dan Semoga Allah mmbantu kita utk lebih redha dgn setiap yang telah tertulis dalam lembaran takdir hidup kita sbg hamba-Nya. Amiin Yaa Rabbal ‘Aalamiin,,,


Aku redha Ya Allah!!





Tuesday, November 29, 2011

Namanya Menjadi Sebutan Penduduk Langit~

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"



Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.

Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.

Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...



Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.

Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:

"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.

Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.

Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.

Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.

Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,

"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.

Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.

Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.

Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.

Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:

"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.

Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,

"Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,

"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"

Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,

"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,

"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,

"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,

"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."

"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.

"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.

"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

sumber:
iluvislam

Wednesday, November 9, 2011

Berdoalah~

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Semakin kuat kita cuba utk melakukan kebaikan, Semakin Kuat ujian & rintangan yg melanda... Kuatkan kami Ya Allah..

“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Ghafir : ayat 60)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah:45)

“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku (Allah), maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku kabulkan permohonan mereka yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran.” (al-Baqarah : ayat 186)

Friday, August 12, 2011

Keinsafan diri

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

“Keduanya berkata : Wahai Tuhan kami , kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. (Al-A'raf:23)

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang2 yang tidak beriman." Al-An'am : Ayat 125

Katakanlah (Muhammad), "Alasan yang kuat hanya pada Allah. Maka kalau Dia mengkehendaki, niscaya kamu semua mendapat petunjuk".
Suran Al-An'am : Ayat 149

Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgaMu
Namun tak sanggup ke nerakaMu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi



**Berikanlah kami petunjuk & hidayah-Mu Ya Allah dalam melayari kehidupan sebagai seorang hamba.. Jangan biarkan kami tersesat dr jalan-Mu.. Amiin Ya Rabb...

Friday, July 8, 2011

Qudwah Hasanah~♥

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Ya Nabi, Ya Nabi Salamun 'Alaik
Ya Rasul Salamun 'Alaik
Ya Habib Salamun 'Alaik
Solawatullahi 'Alaik
Ya Nabi Salamun 'Alaik
Ya Rasul Salamun 'Alaik

Kau insan yang dijanjikan syurga
Agung mulia di alam maya
Namun tetap berjiwa hamba
Ya Nabi, ya Rasulallah

Setulus kasih kau hamparkan
Buat ummat akhir zaman
Tidak dapat untuk digambarkan
Akhlakmu ya Rasulallah

Ya Nabi, ya Rasul
Pekertimu pimpinan wahyu
Diutuskan dirimu
Menyempurna akhlak yang luhur

Antara manusia
Dengan Tuhan yang Maha Esa
Dan jua sesama insan
Juga makhluk yang diciptakan

Ya Nabi, Ya Nabi Salamun 'Alaik
Ya Rasul Salamun 'Alaik
Ya Habib Salamun 'Alaik
Solawatullahi 'Alaik
Ya Nabi Salamun 'Alaik
Ya Rasul Salamun 'Alaik


Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Wednesday, June 29, 2011

Lelaki Idaman~♥

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. Hari ini tertengok satu video yang telah dipostkan oleh my aunt. Lepas tgk, terdetik utk post entry yang baru mengenainya. Kebelakangan ni ada satu fenomena yang sy x pasti adakah satu fenomena luarbiasa atau hanya fenomena yang biasa. Apa yang dapat dilihat, bagi mereka2 yang menonton TV3 beberapa mnggu yg lalu, pasti mereka tahu mengenai satu drama TV yang agak hangat diperkatakan, iaitu Drama Nora Elena di Slot Akasia. Namun video tersebut bukan mengenai drama ini.

Apa yang paling hangat ialah mengenai watak utama yang bernama Seth Tan yang telah dilakonkan oleh pelakon yang bernama Aaron Aziz, serta jalan ceritanya yg menarik. Saya sendiri pada asalnya tidak menonton drama ini namun, terdetik pula untuk menontonnya slpas drama tersebut habis ditayangkan di Tv. Bagi saya drama ini boleh dikatakan menarik kerana watak Seth Tan yang betul2 berjaya menawan penonton2nya. Mana taknya, Seth Tan; seorang yang digambarkan mempunyai ciri2 sebagai “Perfect man” yang menjadi idaman setiap wanita hIngga ramai juga yang tertawan dengannya walaupun ia hanya sekadar lakonan.



Pastinya setiap wanita yang menonton drama ini mengimpikan untuk mempunyai seorang suami yang begitu perfect, romantik, penyayang ditambah dengan muka yang hensem (klu tak diambil kira bahagian agamanya) seperti Seth Tan. Kiranya ada pakej yang lengkap. Hingga pelakon tersebut begitu digilai ramai. Namun, dalam keadaan tertawan dengan watak Seth Tan tersebut, kita hampir terlupa pada seorang insan yang mana jika kita kaji kembali, peribadi dan akhlaknya sebagai seorang suami, kita akan lebih terpesona dengannya. Tambahan pula insan ini wujud di alam realiti bukan satu lakonan.

Dialah Muhammad s.a.w. Insan Teragung. Rasul utusan Allah. Setelah melihat video yang telah dipostkan oleh mak cik saya, timbul kesedaran di dalam hati ini. Mudahnya kita mengagungkan artis yang kononnya kita nampak sangat perfect, sedangkan Muhammad s.a.w lebih perfect daripadanya. Kenapa kita tak jadikan baginda sebagai idola dan contoh dalam setiap hal di dalam hidup kita? Kalau dilihat dan dikaji kembali, begitu banyak perkara yang boleh contohi dan lebih dikagumi mngenai peribadi baginda s.a.w. Malah jika diamalkan kita mendapat pahala. Dibawah ini saya sertakan video yang telah membuatkan saya berfikir kembali…



RASULULLAH S.A.W SUAMI CONTOH.

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati
Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

•Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
•Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
•Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
•Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
•Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
•Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)

2- Romantik
Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah? Antara contoh yang menunjukkan romantiknya Rasulullah s.a.w ialah
•Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).
•Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)
•Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)

3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri
Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri
Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

5- Membantu isteri
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Begitu juga, untuk menjaga hati isteri Baginda, Rasulullah pernah menolak jemputan makan daripada seorang jiran hanya kerana isteri Baginda tidak dijemput sama. Seperti yang diriwayatkan oleh Anas, hanya pada jemputan ketiga, bila jirannya itu turut menjemput isterinya, barulah Rasulullah bersetuju untuk hadir.

Baginda juga sering membawa isteri-isterinya ke luar daerah untuk berdakwah kerana mengetahui isteri-isterinya itu ingin berada di sampingnya. Dalam perjalanan itu pula, Baginda memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa. Malah, Anas mengatakan bahawa Baginda akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta.

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Sebenarnya jika kita kaji kembali keseluruhan peribadi Baginda s.a.w, kita pasti akan terpesona dengan akhlak Baginda s.a.w. Bukan hanya dari aspek sebagai seorang suami tetapi sebagai seorang hamba Allah, seorang ayah, seorang anak, pemimpin dan seorang sahabat serta dalam seluruh aspek kehidupan.

Mungkin post ini satu teguran buat diri yang lemah ini. Dan video yang telah sy tonton dari m.cik saya merupakan teguran yang datangnya dari Allah, tapi disampaikan melalui hamba-Nya. Dalam menjalani kehidupan seharian, janganlah terlalu mudah terpesona dengan nafsu duniawi. Tidak ada salahnya untuk menonton TV @ drama tapi janganlah sampai ianya melalaikan kita drpd Allah swt.

Contohilah Baginda s.a.w. Jadikanlah Baginda sebagai idola kita dalam menjalani kehidupan seharian. Kerana Baginda s.a.w adalah contoh yang terbaik sebagai seorang HAMBA ALLAH, PEMIMPIN, SUAMI, AYAH, ANAK, SAHABAT dan sebagainya. Moga Allah jauhkan kita dari nafsu duniawi, dan perasaan cintakan dunia melebihi cinta kita kepada alam akhirat, kepada Allah dan kepada Rasulullah s.a.w.



“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab 33:21)


Wallahua'lam... Wassalam

Sumber & Bacaan tambahan:
Rasulullah s.a.w Suami Contoh
Akhlak dalam melayan kerenah isteri

Monday, June 27, 2011

Sahabat, Teman & Kawan

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Dalam hidup ini, kita perlu pandai dlm memilih shbat.. Kerana sahabatlah yang menentukan siapa kita.. Jika shbat kita seorang yg baik, InsyaAllah kita juga bisa sepertinya.. Namun sebaliknya terjadi sekiranya kita tersalah memilih sahabat atau teman. Na’uzubillah. Benarlah seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Ini kerana diri ini sendiri pernah merasainya. Diri ini telah banyak bertemu dengan sahabat dan teman sepanjang 23 tahun didunia Allah s.w.t ini. Benarlah bahawa kita akan mudah terpengaruh dengan sahabat kita. Apabila bersama2 dengan sahabat yang banyak mengingatkan kita kepada Allah, insyaAllah kita pn menjadi lebih dekat kepada Allah. Lebih terjaga diri ini. Namun, apabila sahabat itu mungkin yg sukakan hiburan dan sebagainya, kita juga kadangkala terikut2 dengannya.


Namun begitu, sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini, kita seharusnya bergaul dengan semua golongan masyarakat dan pelbagai jenis teman. Tidak salah bersahabat dengan semua orang kerana melaluinya juga dakwah dapat disampaikan. Kita tidak boleh mengabaikan mereka kerana mungkin mereka kurang kefahaman, maka kita yang fahamlah perlu menyampaikan kepada mereka. Cumanya janganlah kita terpengaruh dengan budaya2 yang mungkin tidak elok.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Wallahua'lam...
Wassalam...

Monday, June 13, 2011

♥♥ Syair Cinta Rabi’ah Al – Adawiyah ♥♥

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥



♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

♥ ♥



♥~~♥
TUHANku, tenggelamkan aku dalam cintaMU
Hingga tak ada sesuatupun yang menggangguku dalam jumpaMU
TUHANku, bintang-gemintang berkelap-kelip
Manusia terlena dalam buai tidur lelap
Pintu-pintu istana pun telah rapat tertutup
TUHANku, demikian malampun berlalu
Dan inilah siang datang menjelang
Aku menjadi resah gelisah
Apakah persembahan malamku KAU Terima
Hingga aku berhak mereguk bahagia
Ataukah itu KAU Tolak, hingga aku dihimpit duka,
Demi kemahakuasaan-MU
Inilah yang akan selalu ku lakukan
Selama KAU Beri aku kehidupan
Demi kemanusiaan-MU,
Andai KAU Usir aku dari pintuMU
Aku tak akan pergi berlalu
Karena cintaku padaMU sepenuh kalbu

♥~~♥

Ya ALLAH, apa pun yang akan ENGKAU
Karuniakan kepadaku di dunia ini,
Berikanlah kepada musuh-musuhMU
Dan apa pun yang akan ENGKAU
Karuniakan kepadaku di akhirat nanti,
Berikanlah kepada sahabat-sahabatMU
Karena ENGKAU sendiri, cukuplah bagiku

♥~~♥
Aku mengabdi kepada TUHAN
Bukan karena takut neraka
Bukan pula karena mengharap masuk surga
Tetapi aku mengabdi,
Karena cintaku padaNYA
Ya ALLAH, jika aku menyembahMU
Karena takut neraka, bakarlah aku di dalamnya
Dan jika aku menyembahMU
Karena mengharap surga, campakkanlah aku darinya
Tetapi, jika aku menyembahMU
Demi ENGKAU semata,
Janganlah ENGKAU enggan memperlihatkan keindahan wajahMU
Yang abadi padaku

♥~~♥
Ya ALLAH
Semua jerih payahku
Dan semua hasratku di antara segala
Kesenangan-kesenangan
Di dunia ini, adalah untuk mengingat ENGKAU
Dan di akhirat nanti, diantara segala kesenangan
Adalah untuk berjumpa denganMU
Begitu halnya dengan diriku
Seperti yang telah KAU katakana
Kini, perbuatlah seperti yang ENGKAU Kehendaki

♥~~♥
Aku mencintaiMU dengan dua cinta
Cinta karena diriku dan cinta karena diriMU
Cinta karena diriku, adalah keadaan senantiasa mengingatMU
Cinta karena diriMU, adalah keadaanMU mengungkapkan tabir
Hingga ENGKAU ku lihat
Baik untuk ini maupun untuk itu
Pujian bukanlah bagiku
BagiMU pujian untuk semua itu

♥~~♥
Buah hatiku, hanya ENGKAU yang kukasihi
Beri ampunlah pembuat dosa yang datang kehadiratMU
ENGKAUlah harapanku, kebahagiaan dan kesenanganku
Hatiku telah enggan mencintai selain dari ENGKAU

♥~~♥
Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
Ketika KEKASIH bersamaku
CintaNYA padaku tak pernah terbagi
Dan dengan benda yang fana selalu mengujiku
Bila dapat kurenungi keindahanNYA
Dia akan menjadi mihrabku
Dan rahasiaNYA menjadi kiblatku
Bila aku mati karena cinta, sebelum terpuaskan
Akan tersiksa dan lukalah aku di dunia ini
Oh, penawar jiwaku
Hatiku adalah santapan yang tersaji bagi mauMU
Barulah jiwaku pulih jika telah bersatu dengan MU
Oh, sukacita dan nyawaku, semoga kekallah
Jiwaku, KAUlah sumber hidupku
Dan dariMU jua birahiku berasal
Dari semua benda fana di dunia ini
Dariku telah tercerah
Hasratku adalah bersatu denganMU
Melabuhkan rindu

♥~~♥
Sendiri daku bersama CINTAku
Waktu rahasia yang lebih lembut dari udara petang
Lintas dan penglihatan batin
Melimpahkan karunia atas doaku
Memahkotaiku, hingga enyahlah yang lain, sirna
Antara takjub atas keindahan dan keagunganNYA
Dalam semerbak tiada tara
Aku berdiri dalam asyik-masyuk yang bisu
Ku saksikan yang datang dan pergi dalam kalbu
Lihat, dalam wajahNYA
Tercampur segenap pesona dan karunia
Seluruh keindahan menyatu
Dalam wajahNYA yang sempurna
Lihat DIA, yang akan berkata
“Tiada TUHAN selain DIA, dan DIAlah Yang maha Mulia.

♥~~♥

Rasa riangku, rinduku, lindunganku,
Teman, penolong dan tujuanku,
Kaulah karibku, dan rindu padaMU
Meneguhkan daku
Apa bukan padaMu aku ini merindu
Oh, nyawa dan sahabatku
Aku remuk di rongga bumi ini
Telah banyak karunia KAU berikan
Telah banyak..
Namun tak ku butuh pahala
Pemberian ataupun pertolongan
CintaMU semata meliput
Rindu dan bahagiaku
Ia mengalir di mata kalbuku yang dahaga
Adapun di sisiMU aku telah tiada
KAU membuatkan dada kerontang ini meluas hijau
KAU adalah rasa riangku
KAU tegak dalam diriku
Jika aku telah memenuhiMU
Oh, rindu hatiku, aku pun bahagia


Mengimpikan diri persis Rabiatul 'Adawiyah T_T

sumber:Ummu Rumaysa

Tuesday, May 24, 2011

hambaMu...

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus". (Al-Hajj:67)



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan
Seandainya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisiMu ku berserah,
Terimalahku
Hamba mu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Tuesday, May 17, 2011

Menuju Wawasan~ ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Wawasan Diri Penuhi Dada Dengan Ilmu
Wawasan Agama Bekalan Masa Depan Dan Akhirat
Kuat Usaha Jujur Dan Amanah
Sentiasa Mengharap Keredhaan Allah

Umat Islam Harus Cemerlang
Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam
Jangan Buang Masa
Siapa Kata Kita Tidak Boleh?
Kita Ada Allah Maha Kuasa
Kita Punya Kuasa Tenaga
Doa Sebagai Senjata
Umat Islam Sentiasa Boleh

Umat Islam Zaman Lampau
Taat Perintah Rasulullah
Bersama Berusaha Bersatu Tuju Wawasan
Wawasan Dunia Dan Akhirat

Akidah Ibadah Harus Sempurna
Ibadah Tanpa Akidah Wawasan Syaitan
Ulama’ Warisan Anbia
Pegangan Mereka Harus Diikut
Ajaran Sesat Wajib Hindari



LAGU : FAIRUZ (SUARA FIRDAUS)

LIRIK : FAIRUZ (SUARA FIRDAUS)

GUBAHAN SEMULA : BAZLI UNIQ

VOKAL : BAZLI, FAKHRUL DAN FADZLI (UNIQ)

STUDIO RAKAMAN : ADA EXIST

MIXING DAN MUZIK : GREG HENDERSON

PENERBIT : BAZLI UNIQ

Tuesday, April 19, 2011

Dengan nafasMu~ ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam 'alaik.. dah lama sangat x post something dalam blog ni.. Just want to share something this time... Semoga bermanfaat...


Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-Mu

Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam doaku...

Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris doaku untuk-Mu

Ungu-Dengan nafasMu



Wallahua'lam...
Wassalam...

Friday, February 25, 2011

Ya Allah....

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku



Ya Allah-Wali Band

Tuesday, January 25, 2011

Sedarlah~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.(1)Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.(2) (Al-Hajj:1-2)"

Kadangkala rasa sungguh terkilan bilamana, generasi sekarang makin jauh dari Al-Quran.. Makin jauh dari Allah swt, dan makin jauh dr rasa kecintaan kpd Muhammad saw. Sejauh manakah kita mengenali Muhammad saw? Sedangkan kita adalah ummatnya… Bila berkata tentang agama, bila nasihat diberikan, ianya dianggap enteng seolah2 tidak penting sama sekali sedangkan yg meremehkan nasihat itu sendiri adalah yg beragama Islam!! Ummat Islam makin lama makin hanyut, tertipu dengan kecintaan kpd dunia dan isinya..



Apa yang nak jadi dengan dunia sekarang? Ummat Islam lalai dari perintah Allah kerana tertipu dengan kenikmatan dunia yang dicanang2kan oleh orang2 YAHUDI!!! Dadah, masalah sosial, pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batas, lelaki perempuan bertepuk tampar tanpa segan silu, masalah2 seks bebas, buang bayi, berzina, meniru PAKAIAN & FESYEN2 BARAT yang sentiasa tidak cukup kain, hiburan yang MELAMPAU2, semuanya mendatangkan dosa!! Tetapi di sebabkan iman yg lemah dan mudah tergoda menyebabkan manusia makin hanyut ditelan zaman.. Na’uzubillahi min zaalik…

Sejarah silam, kesusahan Nabi Muhammad saw menyampaikan risalah dakwah, risalah agama Allah swt seolah2 hancur lebur umpama bangunan yang dihentam dengan “bulldozer”. Kalaulah Baginda saw masih hidup pada waktu ini dan Baginda mendatangi kita disaat kita lalai, sibuk dengan urusan dunia, berhibur tanpa batasan, apa yang ingin kita katakan kepada Baginda saw? Pasti MENGALIR AIR MATA Baginda melihatkan keadaan kita.. Atau kita TIDAK KISAH kerana kita pun TIDAK MENGENALI SIAPA DIA MUHAMMAD SAW ITU??? Atau mmg kita tidak merasakan apa2 pun kerana SEJARAH HANYA TINGGAL SEJARAH. Manusia makin lupa dengan sejarah silam kita kerana terlampau seronok dengan dunia.

Bagaimana pula sekiranya sedang kita bergembira, lalai, tidak mengingati TUHAN, sibuk berhibur di kelab2, berparti sini sana, tiba2 dunia BERGONCANG dan BERLANGGAR ANTARA SATU SAMA LAIN, TIUPAN SANGKAKALA berbunyi, dimanakah kita hendak menyembunyikan diri pada waktu itu? Sedangkan QIAMAT sudah tiba dan TAUBAT SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI?? Na’uzubillahi min zaalik..

Ayuhlah sahabat2, Generasi Pewaris dunia, BANGKITLAH dan sedarlah dari lena yang terlalu panjang. CUKUP2LAH dengan MIMPI2 yang INDAH.. Sama2 kita berubah dari saat ini. Jangan rasa malu utk berubah. Sedangkan manusia YANG SEPARUH BERTELANJANG merasa BANGGA utk menunjukkan tubuh tanpa segan silu, KENAPA kita yang hendak melakukan PERKARA yang BAIK harus rasa MALU?? Usah peduli kata orang, kerana kita hanya dipertanggungjawabkan atas apa yg kita lakukan. Tiada siapa dapat membantu.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Berikanlah kami kekuatan untuk tetap teguh dijalanMu, Berikanlah kami kekuatan utk merubah diri, Barikanlah kami hidayah-Mu Ya Allah, Sesungguhnya tiada daya bagi kami tanpa bantuan dan pertolongan-Mu.. Amiin Ya Rabbal ‘Aalamiin”

p/s: Maaf atas kekasaran bahasa, kerana sekiranya ini cara yang paling berkesan makanya ia adalah cara yang paling berhikmah…

Wallahua’lam…
Wassalam…

**********



Khabar Iman
Album : Syukur
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Yaa Allah
Kiamat pasti tiba

Telah kita diberitakan
Akan tibanya hari kedatangan
Musibah melanda semesta alam
Tiada siapa yang dapat menghalang

Bila manusia telah lupa
Sujud menyembah kepada yang Esa
Dosa pahala tak dihiraukan lagi
Hati telah gelap hilang cahaya

Lalu berbunyi sangkakala membelah langit
Gegak gempita masing - masing berlindung diri
Ibu kehilangan anak di kandungan
Bintang yang dilangitpun berguguran
Kala itu tobatmu tidak berguna lagi

Bila tibanya hari pengadilan
Dipadang masyar kita dihimpunkan
Akan dihitung segala amalan
Seperti mana yang telah diwahyukan

Wahai muslimin umat semua
Kembalilah kita kepada Allah
Hindarkan diri dari dosa - dosa
Agar disana tiada penyesalan

Itulah hari pengadilan
Itulah hari perhimpunan
Itulah hari perhitungan
Itulah hari pengadilan
Itulah hari perhimpunan


Wallahua'lam..
Wassalam..