Wednesday, June 29, 2011

Lelaki Idaman~♥

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. Hari ini tertengok satu video yang telah dipostkan oleh my aunt. Lepas tgk, terdetik utk post entry yang baru mengenainya. Kebelakangan ni ada satu fenomena yang sy x pasti adakah satu fenomena luarbiasa atau hanya fenomena yang biasa. Apa yang dapat dilihat, bagi mereka2 yang menonton TV3 beberapa mnggu yg lalu, pasti mereka tahu mengenai satu drama TV yang agak hangat diperkatakan, iaitu Drama Nora Elena di Slot Akasia. Namun video tersebut bukan mengenai drama ini.

Apa yang paling hangat ialah mengenai watak utama yang bernama Seth Tan yang telah dilakonkan oleh pelakon yang bernama Aaron Aziz, serta jalan ceritanya yg menarik. Saya sendiri pada asalnya tidak menonton drama ini namun, terdetik pula untuk menontonnya slpas drama tersebut habis ditayangkan di Tv. Bagi saya drama ini boleh dikatakan menarik kerana watak Seth Tan yang betul2 berjaya menawan penonton2nya. Mana taknya, Seth Tan; seorang yang digambarkan mempunyai ciri2 sebagai “Perfect man” yang menjadi idaman setiap wanita hIngga ramai juga yang tertawan dengannya walaupun ia hanya sekadar lakonan.



Pastinya setiap wanita yang menonton drama ini mengimpikan untuk mempunyai seorang suami yang begitu perfect, romantik, penyayang ditambah dengan muka yang hensem (klu tak diambil kira bahagian agamanya) seperti Seth Tan. Kiranya ada pakej yang lengkap. Hingga pelakon tersebut begitu digilai ramai. Namun, dalam keadaan tertawan dengan watak Seth Tan tersebut, kita hampir terlupa pada seorang insan yang mana jika kita kaji kembali, peribadi dan akhlaknya sebagai seorang suami, kita akan lebih terpesona dengannya. Tambahan pula insan ini wujud di alam realiti bukan satu lakonan.

Dialah Muhammad s.a.w. Insan Teragung. Rasul utusan Allah. Setelah melihat video yang telah dipostkan oleh mak cik saya, timbul kesedaran di dalam hati ini. Mudahnya kita mengagungkan artis yang kononnya kita nampak sangat perfect, sedangkan Muhammad s.a.w lebih perfect daripadanya. Kenapa kita tak jadikan baginda sebagai idola dan contoh dalam setiap hal di dalam hidup kita? Kalau dilihat dan dikaji kembali, begitu banyak perkara yang boleh contohi dan lebih dikagumi mngenai peribadi baginda s.a.w. Malah jika diamalkan kita mendapat pahala. Dibawah ini saya sertakan video yang telah membuatkan saya berfikir kembali…



RASULULLAH S.A.W SUAMI CONTOH.

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati
Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

•Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
•Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
•Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
•Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
•Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
•Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)

2- Romantik
Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah? Antara contoh yang menunjukkan romantiknya Rasulullah s.a.w ialah
•Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).
•Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)
•Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)

3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri
Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri
Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

5- Membantu isteri
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Begitu juga, untuk menjaga hati isteri Baginda, Rasulullah pernah menolak jemputan makan daripada seorang jiran hanya kerana isteri Baginda tidak dijemput sama. Seperti yang diriwayatkan oleh Anas, hanya pada jemputan ketiga, bila jirannya itu turut menjemput isterinya, barulah Rasulullah bersetuju untuk hadir.

Baginda juga sering membawa isteri-isterinya ke luar daerah untuk berdakwah kerana mengetahui isteri-isterinya itu ingin berada di sampingnya. Dalam perjalanan itu pula, Baginda memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa. Malah, Anas mengatakan bahawa Baginda akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta.

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Sebenarnya jika kita kaji kembali keseluruhan peribadi Baginda s.a.w, kita pasti akan terpesona dengan akhlak Baginda s.a.w. Bukan hanya dari aspek sebagai seorang suami tetapi sebagai seorang hamba Allah, seorang ayah, seorang anak, pemimpin dan seorang sahabat serta dalam seluruh aspek kehidupan.

Mungkin post ini satu teguran buat diri yang lemah ini. Dan video yang telah sy tonton dari m.cik saya merupakan teguran yang datangnya dari Allah, tapi disampaikan melalui hamba-Nya. Dalam menjalani kehidupan seharian, janganlah terlalu mudah terpesona dengan nafsu duniawi. Tidak ada salahnya untuk menonton TV @ drama tapi janganlah sampai ianya melalaikan kita drpd Allah swt.

Contohilah Baginda s.a.w. Jadikanlah Baginda sebagai idola kita dalam menjalani kehidupan seharian. Kerana Baginda s.a.w adalah contoh yang terbaik sebagai seorang HAMBA ALLAH, PEMIMPIN, SUAMI, AYAH, ANAK, SAHABAT dan sebagainya. Moga Allah jauhkan kita dari nafsu duniawi, dan perasaan cintakan dunia melebihi cinta kita kepada alam akhirat, kepada Allah dan kepada Rasulullah s.a.w.



“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab 33:21)


Wallahua'lam... Wassalam

Sumber & Bacaan tambahan:
Rasulullah s.a.w Suami Contoh
Akhlak dalam melayan kerenah isteri

4 comments:

picairin said...

share ya~ minta izin~ =)

hamba_Allah said...

salam pqah.. silakan.. smga bermanfaat.. =)

suraya said...

Rindu padanya...ramai yang lupa untuk menjadikannya teladan kerana jarak antara kita dan rasulullah saw jauh berlalu..ramai yang terlupa kerana kita tidak didedahkan dengan kesempurnaan akhlak baginda. apa yang ada dalam masyarakat hanyalah sogokan media yang mengagungkan makhluk-Nya yang lain. Syukran ukhti atas usaha untuk mengingatkan kembali pembaca:D

hamba_Allah said...

Salam Suraya..
Alhamdulillah segalanya dikembalikan semula kpd Allah.. sy hanya insan yg lmah.. Allah yg gerakkan hati n beri ilham utk tulis entry ni.. mgkin sbb diri sndiri ad buat silap...

Btul tu, jarang sekali kita didedahkan dgn peribadi Baginda juga kehidupan Baginda.. Terlalu byk hiburan yg makin menjauhkan kita dari mengingatinya.. Na'uzubillah.. mgkin jarak masa ant kita dgn Baginda saw mnybbkan kita sering terlupa padanya.. astaghfirullah... tp sepatutnya x tjadi mcm ni sbb setiap hari kita sebut namanya.. Smga Allah berikan kekuatan pd kita semua & menguatkan lg cinta kita kpdnya.. Amiin~