Saturday, December 25, 2010

Permata hati~ ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di hadapan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka
Sebagaimana mereka memeliharaku

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka derita keranaku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua
Penyebab gugurnya dosa-dosa mereka
Meninggikan kedudukan mereka, dan
Bertambah pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu, ya Allah
kerana hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan
berlipat ganda

Ya Allah,
Apabila maghfirah-Mu telah mencapai diri mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku
Maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka
sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dindungi kemuliaan-Mu
ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki kurnia Maha Agung
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih

Amin..

Saturday, November 20, 2010

Asma' Allah~ ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Subhanallah.. Beautiful song, beautiful voice.. Lagu yang benar2 membuatkan hati tertarik & terasa begitu tenang. Jangan lepaskan peluang untuk dengar lagu ini.



Rahim (Merciful)
Karimun (Generous)
Adzim (Incomparably Great)
Alimun (All-Knowing)
Halim (Forbearing)
Hakim (Wise)
Matin (Eternal)
Manna (Bestower of Blessings)
Rahmanun (Most Compassionate)
Fattah (Opener)
Ghaffarun (Forgiver)
Tawwab (Accepter of repentance)
Razzaqun (Provider)
Shahid (Witness)
Rashidun (Guide)
Hasibun (Reckoner)
Hamidun (Praiseworthy)

Allahumma solli 'ala Muhammad (Oh My Lord send salutations upon Muhammad)
wa ali Muhammad (and upon the family of Muhammad)
ya Muslimin sollu alaih (Oh Muslims send salutations upon him)

Allahumma solli 'ala Muhammad (Oh My Lord send salutations upon Muhammad)
wa sohbi Muhammad (and upon the Companions of Muhammad)
ya Mukminin sollu alaih ( Oh Believer send salutations upon him)

Latif (Gentle)
Khabirun (All-Aware)
Sami' (All Hearing)
Basirun (All Seeing)
Jalil (Majestic)
Raqibun (Watchful)
Mujib (Granter of prayers)

Ghafur (Forgiver)
Shakurun (Thankful)
Wadud (Loving)
Qayyumun (Sustainer)
Rauf (Most Kind)
Saburun (Patient)
Majid (Most Glorious)
Muidun (Reproducer)
Kabirun (Most Great)
Mukitun (Maintainer)
Qadir (Able)

Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah is the Greatest!)
La ilaha illahu Al-Malikul Quddus (There is no deity except Him, The King, The Most Holy)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah is the Greatest!)
Ya Rahmanu irham da'fana (Oh Most Compassionate, have compassion on our weakness)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah is the Greatest!)
Ya Ghaffaru irghfir dzunubana (Oh Forgiver, forgive our sins)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah is the Greatest!)
Ya Sattaru ustur 'uyubana (Oh Concealer, conceal our faults)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah is the Greatest!)
Ya Muizzu A'izza ummatana (Oh Bestower of honour, Bestow honour on our ummah)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah is the Greatest!)
Ya Mujibu ajib du'a ana (Oh Granter of prayer, answer our prayers)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah is the Greatest!)
Ya Latifu ultuf bina (Oh Gentle One, be gentle with us)
Ya Latifu ultuf bina (Oh Gentle One, be gentle with us)
Ya Latifu ultuf bina (Oh Gentle One, be gentle with us)
ultuf bina (be gentle with us)

Ameen.....


Wallahua'lam...
Wassalam..

sumber

Thursday, November 4, 2010

Jika Terakhir Buatku...

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"



Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba



Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Friday, October 29, 2010

Demam lagi~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"



Demam final exam kembali menyerang UKM kampus KL. Rasa mcm dh lama x exam, sbb mid sem arituh x exam. InsyaAllah jika diizinkan Allah, exam final kali ini merupakan kali kedua terakhir sebelum menamatkan pengajian sebagai mahasiswa prasiswazah UKM. Kalau ada rezeki, insyaAllah boleh sambung lagi. Dalam sibuk2 membuat persediaan dalam peperiksaan kali ni, ujian melanda bila JARING-wifi buat masalah di K1. Memang agak tertekan dibuatnya sebab banyak nak buat rujukan. Nak bukak internet pun kene duk kat luar bilik depan pintu untuk dapat tetamu-ukm.

Ditambah pula dengan Case study yang berlambak2 dan satu case saja dalam 100 lebih slaid. Bayangkan ada 10 case yang perlu dibaca. Allahu Akbar. Itu belum masuk paper yang lain. Rasa mcm nak explode. Tapi dalam tension2 study, terlintas dalam fikiran. Betapa ‘power’nya ni’mat otak n akal manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. Bayangkan dari kecik, masuk tadika, masuk sekolah rendah smpai sekolah menengah sampailah sekarang, dah berapa byk maklumat yang dah di install, disumbat dan di save dalam otak kita? Tapi Alhamdulillah x pernah explode lagi.


Tapi kalau computer ciptaan manusia, bayangkan install software byk sikit, sumbat2 maklumat lebih sikit dah slow. ‘Hang’ jadinya sebab terlampau berat. Makanya terpaksalah kita delete bende2 yang x perlu, dan reformat balik kalau nak save maklumat baru. Tapi otak manusia, tak perlu delete maklumat2 yang dulu-dulu. Ke ade manusia yang dah masuk university, makanya dia pun men‘delete’ segala maklumat yang dah tersimpan sejak tadika hingga zaman sekolah? Wallahu’alam kalau ada manusia mcm tu. Sebabnya semua ilmu dan maklumat yang pernah kita dapat semuanya perlu digunakan semula untuk hidup sebagai manusia dan hamba Allah dimuka bumi ini.

Komputer kalau rosak boleh repair atau ganti baru. Tapi kalau otak manusia dan rosak boleh ke repair? Boleh beli baru ke? Wallahua’lam.. Ciptaan Allah memang mengagumkan. Manusia takkan pernah dapat menandingi kehebatan kekuasaan dan ciptaan Allah. Maka jadilah kita hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

Di kesempatan ini ana nk ucapkan Selamat menduduki peperiksaan Akhir buat semua sahabat. Smg Allah memberikan kefahaman dan kemudahan kepada kita semua dalam exam kali ini.



Wallahua'lam..
Wassalam..

Sunday, October 24, 2010

Nur Malam....

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat



Thursday, September 23, 2010

Nikmat... Maksiat...~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim:7)

“Walaupun sudah terlalu banyak dosa2 yang telah ku lakukan, namun Allah swt tidak putus2 memberikan ni’matnya kepadaku. Adakah aku dikira hamba yang tidak tahu rasa bersyukur??”

5 syarat melakukan Maksiat~

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.


Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Kalau nak dihitung ni’mat Allah swt kpd kita didunia ini, tak terhitung dek akal kita rasanya. Ini kerana ni’mat kurniaan-Nya tidak terhitung banyaknya , apa yang telah diberikan kpd kita selama kita bernafas dibumi Allah ini. Namun kita serig terlupa akan ni’mat2 yang telah Allah berikan kpd kita, malah kita sering melakukan dosa-dosa kepada Allah swt tanpa rasa segan silu.

Cuba kita fikirkan dr saat pertama kita dilahirkan hingga ke saat ini. Yang manakah bukannya ni’mat dan tanda kasih syg dr Allah swt?? Terutamanya kita yg dilahirkan dalam Islam, itulah ni’mat yang paling tidak ternilai harganya, Ni’mat Iman & juga Islam. Sedangkan ramai lagi yang bukan beragama Islam diluar sana yang belum dikurniakan ni’mat seperti ini. Namun apa yang dapat dilihat, apabila yang bukan beragama Islam telah menerima cahya Islam dan keimanan, mereka akan menjaga ni’mat tersebut dgn sebaiknya. Kerana bukanlah mudah untuk mendapat ni’mat ini. Tapi kita yang beragama Islam, tidak pernah nak menghargainya.

Kemudiannya kita membesar dan membesar. Ni’mat keamanan yang diberikan oleh Allah swt membolehkan kita untuk hidup dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Allah kurniakan ni’mat rezeki, makan, minum, pakaian, kita boleh belajar, ni’mat mempunyai keluarga, mempunyai orang-orang yang syg akan kita.

Teringat satu peristiwa yang berlaku bulan lalu semasa pulang dari majlis penutup Tilawah Al-Quran di PWTC, bas UKM yang mengambil dan menghantar boleh dikatakan agak nazak, macam ala2 nak tercabut dah skru2 nya, dengan tidak ber“air-cond”. Kemudian terdengar suara dari dalam bas, “Panasnya bas nih, x de air-cond ke?”. Sy sendiri juga pernah terfikirkan benda yang sama, kenapelah UKM x tukar bas tingkap nih? Bangi Bas semua lawa2, air-cond. Ni bas cam dah nazak dah bagi kat UKM KL. Lihat betapa tidak bersyukurnya diri.

Setelah mendengar kata-kata tersebut, tiba-tiba terdetik dalam hati. Ya Allah, betapa tak bersyukurnya aku. Dah ada kenderaan pun masih nak bersungut, sedangkan bas tersebut masih boleh digunakan, masih boleh bergerak. Orang lain yang tak berkenderaan pun ada, tapi kita yang ada kenderaan pulak byk bersungut.



Kemudian, ni’mat udara yang kita hirup hari2. Betapa bongkaknya manusia, berjalan atas muka bumi Allah dengan megah. Merosakkan keindahan alam, rakus mencari harta dunia, mengumpul harta yang tidak boleh dibawa ke kubur, hingga melupakan Allah. Hingga tidak sempat untuk beribadah kpd Allah swt..

Pernahkah kita terfikir mungkin dalam sesaat, apa yang akan terjadi sekiranya tiba2 Allah menarik oksigen yang kita guna?? Macam mana agaknya keadaan kita pada saat itu, dalam kesesakan nafas kerana tiada udara. Na’uzubillah… Kadangkala diri sendiri juga banyak melakukan dosa2 samada secara sedar atau tidak sedar. Astaghfirullah.. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberi petunjuk kpd kita semua.. Ni’mat Allah terlalu banyak dan terlalu agung. Walaupun kita hamba berdosa, Allah swt tetap memberikn ni’mat-Nya kpd kita. Itulah bukti Allah swt itu Maha Pengasih & Maha Penyayang. Cuma kita shj yg sering terlupa..

“Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Ar-Rahman: 54-55)



Wallahua’lam…
Wassalam..

Tuesday, September 14, 2010

Dialog Dengan Bebudak Black Metal~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Kau satanist?" tanyaku straight pada budak metal yang memakai loket salib terbalik. Dia budak Cina. Tapi aku sebenarnya aim kepada budak-budak Melayu yang di sekelilingnya. Tambahan pula, jika aku dapat dia, maka laluanku kepada budak-budak Melayu tu akan mudah. Aku bukanlah tackle budak cina ni atas sebab perkauman atau sebagainya sebab aku tau: diorang ni sebenarnya keliru. Tambahan pula, diorang yang kacau aku sebab aku sensorang kat Terminal 1 ni yang pakai jubah dan berserban bagai. Diorang yang gatal mintak lighter kat orang berserban, apasal? Sibbaik aku ada lighter. Panjang sikit cerita...



"A'ah' Tau pulak kau?" jawab mamat satanist tu. Kita gelarkan dia budak A sebab aku tak suka ulang-ulang taip nama setan. Macam zikir pulak.
"Tengok loket" jawabku pendek sambil melirik pada loket salib terbaliknya. Dia memegang loket tu.

"Kau tak suka ke aku benci dengan Kristian? Bukan ke Islam tak suka dengan Kristian?" usiknya cuba menduga air yang tenang. Umpan dah masuk mulut ikan nampaknya, bisik hatiku. Aku nak biarkan ikan makan umpan lebih dalam lagi, kasi sangkut kat pangkal hati.

"Sapa kata Islam benci Kristian?" tanyaku cuba menyelidik tahap pemahamannya.
"Korang kan selalu mintak supaya jangan jadi macam orang yahudi dan nasrani dalam Al-Fatihah korang?" tanya mamat Cina tadi. Boleh tahan, knowledge. Ni bukan satanist biasa, ni. Ni satanist yang kononnya tahu akan konsep realiti alam, ni. Best-best.

"Mana ada dalam Al-Fatihah kata jangan ikut Yahud atau nasoro. Dalam Al-Fatihah kata 'ghairil MAGHDU bi 'alaihim wa LAD DHOL LIN'. Orang yang dimurkai atau yang sesat lagi menyesatkan. Kalau Nasoro, mesti Allah sebut Nasoro macam ayat-ayat yang lain" aku mengakalinya. Silap la nak debat pasal benda yang aku dok ulang-ulang minima 17 kali sehari. Budak A terdiam. Aku menyerang dia pulak.


Anton Lavey: Pengasas kultus bodoh


"Kau ikut setan ke?" tanyaku. Budak A memandangku semula.
"Kenapa?" tanyanya.

"Tengok nama band kat baju kau pun aku dah tau. Band ni band satanist ni. Lagu dia semua berdasarkan verse dalam Bible Satanic. Kau ikut band ni, maknanya kau ikut setan la, ye" kataku menduga air di sebelah sana pula.


Crowley. Mamat saiko pertama


"Boleh tahan jugak kau ni. Kenapa kalau aku ikut setan?" mulalah dia guna taktik menjawab soalan dengan soalan tu. Cikai punya taktik.

"Sebelum kau nak ikut setan, maknanya kau kena mengaku adanya tuhan, betul tak? Sebab kalau kau tak caya Tuhan, maka takdelah setan. Setan dicipta oleh Tuhan. Camana kau nak ikut setan yang anti tuhan kalau tuhan itu tiada?" kataku bermain lojik dengannya.

"Betul. Tu sebab kitorang dipanggil jugak anti-christ" katanya bangga cam aku tak tau.

"Kalau kau percaya Tuhan dan setan, dan kau memilih pulak nak mengikut setan, maka kau mesti dah tau camana asalnya setan dilaknat, hingga dia rasa Tuhan tak adil dan kecewa dan mengeluarkan ikrarnya? Betul?" tanyaku lagi bagaikan machine gun. Memang tak kasi chan.

"Betul. Tuhan tak adil sebab pasal satu kesalahan, Lucifer terus dilaknat. Dan dari kisah penciptaan makhluk, seolah-olah dah memang set bahawa Lucifer akan duduk merengkok dalam neraka sebelum dia buat pun kesalahannya" jawabnya.

"Sebab Allah Maha Mengetahui akan kejadian sesuatu yang Diciptakan Nya" jawabku selamba.

"Jadi Tuhan memang sengaja buat Lucifer untuk disumbatkan ke neraka?" tanyanya. Aku tau mana perginya soalan ini. Tapi aku nak layan.

"Mungkin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" jawabku pendek, saja memancing soalan seterusnya.

"Kalau macam tu, tuhan tak adillah sebab lahirkan manusia ada yang Islam ada yang tidak" kata budak A. Kan aku dah agak...

"Sebab itulah syahadah ummat akhir zaman ialah kita mengaku Allah itu Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad SAW itu HAMBANya. Kita ni sekadar ciptaan Nya. Sukati Dia lah nak letak kita kat mana. Dan ummat akhir zaman ni termasuklah manusia dan jin dan setan-setan yang kau ikut tu" kataku.

"Walupun Tuhan humban kau ke neraka?" tanyanya memancingku. Aku tau soalan tu datang dari setan.

"Apa yang Allah tentukan, itulah yang Terbaik. Aku cuma boleh mengharapkan kasihan belasNya saja. Dan aku bersyukur sebab pintu taubat masih terbuka untukku selagi aku tidak syirik" pancingku. Muka Budak A berubah. Perkataan syirik tadi menarik perhatian dia dan budak metal member dia yang mula berkumpul mengelilingi kami.

"Setan pernah sembah selain Allah tak? Iblis pernah syirik tak" tanyaku pada salah seorang budak Melayu di tepiku. Mamat tu menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Budak A pun berkerut tanda dia pun tak pernah terpikir benda ni.

"Iblis tu pernah jadi ketua malaikat. Dah tentulah dia tau Tuhan itu hanyalah satu dan tentulah dia tidak akan syirik. Dan dia diberi penangguhan masa sehingga hari kiamat sebelum semuanya tamat" kataku lagi. Budak A dan budak-budak metal lain mendengar kata-kataku dengan penuh teliti. Nampaknya mereka MEMANG TAK TAHU.

"Iblis sepanjang masa menghantar setan untuk mencuri dengar perkabaran dari langit, takut-takut Jumaat ini ialah Kiamat. Sebab bila kiamat, maka tamatlah riwayatnya dan dia tak boleh nak main soal-soal lagi dengan Tuhan" kataku lagi.

"Kau bayangkan, masa dah dekat-dekat kiamat, tibatiba Iblis decide nak mintak ampun pada Allah dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kau agak-agak Allah yang Maha Pengampun tu akan mengampunkan tak dosa si Iblis?" tanyaku lagi. Makin dalam umpanku ditelan nampaknya.

"Iblis tak pernah syirik, maka ada HARAPAN taubatnya diterima Allah. Cuba kau pikirkan kedudukan kau kalau Allah dah ampunkan Iblis. Kau dah syirik kan Allah sebab ikut setan. Maka pintu taubat dah takde lagi untuk kau" kataku. By this time, ada di kalangan budak metal tu yang beristighfar dan membuka rantai dan baju t shirt mereka yang ada lambang salib. Budak A kelihatan tergamam.

"Kembalilah. Korang kena tipu dek setan dan rasa kecewa korang sebenarnya" kataku lagi. Aku berlalu meninggalkan mereka sebelum riak dan ujub menguasai aku. Aku terus menjauhkan tempat itu dengan melintas jalan ke Courts Mammoth dan ke parking kereta. Sementara menunggu enjin kereta aku panas:

"Assalamualaikum, bang" salam seseorang padaku. Aku menoleh ke luar kereta. Terpandang aku dua-tiga orang budak metal tadi berdiri tersipu-sipu di sebelah keretaku.

"Wa'alaikumus salam. Apa halnya?" tanyaku kebingungan. Ada benda tercicir ke? Aku menge check wallet dan handphone aku. Masih ada lagi...

"Kami nak kembali ke pangkal jalan lah bang. Kami nak bertaubat. Camana kami nak mula?" tanyanya padaku. Aiseh..Ni yang aku tak gemar ni. Aku sendiri pun masih mencari jawapan kepada soalan itu.

"Entahlah" kataku. Puas aku mengontrol ujub dan bisikan dalam hatiku sendiri. Bahaya betul ujian kali ni.

"Abang ni macam banyak ilmu, jer. Bantulah kami" kata salah seorang dari mereka.
"Aku sendiri pun perlukan bantuan. Sesama lah kita bertaubat. Dah. Aku takmau dilihat bersama dengan korang lagi. Kang tak pasal-pasal kalau bala turun kat korang, dengan aku-aku sekali yang kena. Hutang keta ni pun tak abis lagi ni" kataku menghangatkan keadaan. Mendengarkan kata-kataku yang kesat itu, aku perasan ada yang berlinang air mata. Macam nak give up pun ada. Aku rasa bersalah pulak sebab pakai method itu tadi.


Album cover ni ingatkan aku pada gambar Crowley yang kat atas tadi

"Tapi keampunanNya bukan terletak pada laknat atau berkat dari aku. Berusahalah, dan kau akan dapati Allah itu MAHA MENGASIHANI" kataku sebagai motivasi dan aku pun bla cepat-cepat sebab seat Recaro ni dah takbley menampung saiz buntutku yang semakin mengembang.

Sumber: Paya Besar Pedas

Salam Aidilfitri 1431H~ ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Dikesempatan yang ada walaupun beberapa hari syawal dh berlalu masuk hari ke 6 syawal dah baru nak ucapkan, Salam aidilfitri buat semua shbat2 yg sudi menyinggah di blog ini.. Ampun maaf zahir & batin...



Tahun ni raya kebanyakan masa hanya di habiskan dirumah sbb x dapat balik Perak.. Sedih jugakla sbb x dpt jumpa saudara mara belah sana.. jeles tgk gamba2 yang di upload di facebook... tapi x pela.. mungkin ada hikmahnya..

Syawal tahun nih menyaksikan pula sorang lg adik terbang kerantauan untuk menyambung pelajaran dlm bidang TesL.. Belajar Elok2 ye kat sane.. Jgn byk main2.. Ntah bila la plak boleh jumpa semula, Wallahua'lam.. OKla itu je kot nak tulis..



Salam Aidilfitri 1431H~ Jaga diri hiasi peribadi, koreksi diri, sama2 kita berusaha meneruskan segala usaha dan tarbiyyah yang telah terdidik dibulan Ramadhan yg lalu.. Bolehla klu nak terus sambung Puasa 6 ya.. jgn lupa, InsyaAllah besar ganjarannya.. =)

Wallahua'lam..
Wassalam...

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Tarbiyyah diri~♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”(Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Illahi kerana diberikan kesempatan untuk bertemu kembali dengan Ramadhan Kareem pd tahun ini. DI kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua muslimin dan muslimat di mana jua kalian berada.



Walaupun agak sibuk sebagai pelajar tahun akhir, namun tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan pembelajaran juga perlu dilaksanakan. Alhamdulillah kerana telah dipermudahkan oleh Allah s.w.t dan diberikan kesempatan waktu untuk berusrah bersama2 adik2. Di dalam usrah tersebut ad dikongsikan mengenai satu video yang telah di download daripada youtube yang bertajuk “Ubah Paradigma Anda”. Video yang memberikan kesan yang mendalam buat para penontonnya.

Video ini mengisahkan sejarah Islam yang bermulanya dari dakwah pertama oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian disambung oleh para sahabat, disusuli dengan zaman kegemilangan Islam yang amat mengagumkan. Zaman dimana ilmu-ilmu dikuasai oleh Para Ilmuwan Islam hingga menimbulkan rasa kagum oleh orang-orang barat. Zaman di mana wujudnya pemuda-pemuda yang hebat dan amat dikagumi seperti Sultan Muhammad Al- Fateh yang telah membuka kota Konstantinopel yang gagal dibuka selama 800 tahun dan Salahuddin Al Ayyubi yang telah menawan kembali Baitul Maqdis.Zaman muda mereka digunakan sebaiknya dengan berjihad menegakkan Islam.

Namun di akhir video, ditunjukkan bagaimana keadaannya pemuda pemudi di Negara kita pada zaman ini. Zaman yang penuh dengan fitnah. Zaman di mana orang yahudi begitu ghairah menjauhkan generasi-generasi muda daripda Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Begitu berbeza. Saudara2 kita di Palestin, dan negara2 Islam yang lain bermati-matian mempertahankan hak mereka. Namun kita yang berada di Malaysia, sebuah Negara yang mana AGAMA ISLAM merupakan agama rasmi Negara, hanyut.. terus hanyut dengan dunia.

Dimanakah pemuda-pemuda hebat seperti Salahuddin dan Al-Fateh? Muda-mudi sudah hilang rasa malu. Pemudi pakaian begitu mencolok mata mengalahkan Minah Saleh. Bersuka ria di kelab-kelab malam, berpelukan laki perempuan dan tanpa segan silu meneguk air HARAM hingga mabuk. Na’uzubillah. Astaghfirullah.. Muda mudi hanyut dengn kenikmatan dunia yang hanya sementara. Semakin lama semakin parah jadinya. Gejala buang bayi juga semakin menjadi-jadi seolah-seolah begitu mudah untuk mencabut nyawa.

Dimanakah silapnya? Budaya barat menular dalam kehidupan seharian. Media massa, segalanya memainkan peranan. Orang yahudi telah berhasil menjauhkan umat Islam daripada Al-Quran dan Sunnah. Teringat satu kuliyah yg sy dengar dari tv mengenai bagaimana jatuhnya kerajaan Rom ditgn musuh2 Islam. Di mana musuh Islam telah menghantar satu perisik pada suatu hari ke Rom. Kemudian perisik tersebut bertemu dengan seorang Muslim yang sedang menangis teresak-esak. Bila ditanyakan mengapa beliau menangis, beliau menjawab, khalifah Islam pd waktu itu tidak membenarkannya menyertai perang untuk berjihad dijalan Allah hanya kerana beliau tidak menghafal satu juzuk Al Quran. Berita tersebut dibawa pulang ke panglima perang msuh, dan panglima tersebut menangguhkan untuk menyerang Rom.

Selang beberapa waktu, musuh tersebut telah menghantar kembali seorang perisik, dan dilihat pd ketika itu tentera muslimin semakin jauh dari AlQuran. Apabila berita ini disampaikan lalu Panglima perang musuh telah menghantar tenteranya untuk menyerang Rom dan pada masa itu Rom jatuh ke tgn musuh Islam. Pada kali pertama, tentera musuh tidak menyerang tentera Muslimin kerana Al Quran yg ada didlm hati mereka. Kerana mereka tahu mereka tidak akan sekali-kali menang oleh sebab tentera muslimin begitu kuat berpegang teguh dgn Al Quran. Namun apabila Al-Quran sudah mula diabaikan, akhirnya Rom jatuh ke tgn msuh Islam.

Bila melihat saudara-saudara kita diuji dengan begitu hebat seperti di palestin, kita seharusnya bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita. Namun dalam kita tak sedar, sebenarnya nikmat keamanan yang dikurniakan oleh Allah ini merupakan satu ujian buat diri kita. Samada kita bersyukur atau tidak. Kita seharusnya bersyukur kerana di negara2 jiran even yg bersebelahan dengan kita bermacam2 ujian di berikan. Seperti peperangan dan bermacam2 fenomena alam yang meragut nyawa. Namun kita tetap selamat daripadanya. Harapnya kita tak mudah lalai dan lupa dengan amaran2 yg telah diberikan Allah itu. Jgn sampai bila azab Allah dh smpai baru kita tersedar.. Na’uzubillahi min zaalik…

Ayuhlah sahabat2 sekalian, kita kembalikan semula zaman kegemilangan Islam. Beruntunglah bagi mereka yang menjadi penyambung mata rantai perjuangan Nabi saw dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Mari kita bentuk dunia baru Islam. Dengan pemerintah yang benar2 beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Nabi saw. InsyaAllah dengan itu barulah Islam akan lebih mudah untuk ditegakkan. Kita hapuskan karat2 jahiliyyah yang membelenggu.

Di bawah ini saya sertakan sekali video yang dimaksudkan. Selamat menghayati dan semoga ianya bermanfaat buat semua. Juga semoga ianya menjadi satu titik tolak bakal bermulanya zaman dimana Islam dijulang tinggi.. Amiin…

Daripada abu hurairah r.a berkata:
Rasulullah s.aw bersabda: "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing." (HR. Muslim)







Wallahua'lam...
Wassalam...

Sunday, August 8, 2010

Subuh Yang Terakhir~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir




Album : Epik
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

Sunday, July 25, 2010

Engkau insan Sempurna ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

Album : Hijjaz - Permata Hijjaz 1431
Tajuk : Engkau Insan Sempurna


Hargai ketinggian martabatmu ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.(39) Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik. (40)[Al-Hijr:39-40]


*****

"Alaa.. tak cantiklaa pakai baju kurung je.. Nak jugak bergaya sekali-sekala..”

“Buat ape pakai tutup-tutup ni.. kena laa pakai yang terdedah sket.. Klu tak, orang x tau aku cantik..”

“Klu pakai baju kurung, baju longgar2, Nampak mcm papan je.. Sape yg nak kat aku klu camtu?? Jatuhlaa saham”

“Kunonye la kau nih.. Mcm zaman mak-mak kita dulu2.. Come on, skrg nih zmn millennium.. up to date la sket…”

*****

Sebelum Islam dtg dengan membawa cahayanya menerangi alam ini, tarafmu adalah sgt rendah sehingga hanya layak untuk dijadikan sebagai pemuas nafsu, tidak mendapat tempat di dalam masyarakat, diperlakukan sewenang-wenangnya. Namun Islam datang dengan mengangkat tinggi martabatmu dan memuliakanmu wahai yang bergelar wanita daripada taraf yang sangat rendah sewaktu zaman Jahiliyyah. Kini, adakah engkau ingin kembali merendahkan martabatmu setelah itu? Fikirkanlah wahai yang bergelar wanita.





Risau melihat dunia sekarang. Mcm2 bnda dah terjadi. Maksiat berleluasa seolah-olah tiada lagi dosa. Lebih merisaukan melihat rakan-rakan yang bergelar wanita Islam, mendedahkan aurat sewenang-wenangnya. Klu bagi mereka yg berkesedaran, akan timbul rasa malu untuk mendedahkan apa yg tak sepatutnya di dedahkan. Kadangkala bukan lelaki, wanita lain yang tgk pun rasa malu. Apa yang patut dilakukan?

Kadangkala sedih dan kasihan melihat rakan-rakan. Mungkin kerana kurangnya penekanan didikan agama, atau masalah di dalam keluarga menyebabkan mereka berkelakuan sedemikian. Tambahan pula rancangan tv yang makin menjadi-jadi sekarang nih. Rancangan-rancangan dari barat terutamanya. Cthnya American Next Top Model, menunjukkan budaya-budaya yang tidak sesuai utk ditayangkan di Malaysia ini, apatah lagi sebuah Negara Islam. Macam mana rancgn2 sebegini bleyh terlepas daripada penyaringan stesen tv untuk rancgn yg bleyh ditayangkan??

Rancangan-rancangan sebegini menggalakkan lagi remaja-remaja melayu beragama Islam terutamanya untuk terpengaruh dengan budaya yang cuba diterapkan. Perang pemikiran sedang dijalankan secara halus tapi masih ramai yang tidak sedar. Org Yahudi begitu gembira melihat umat Islam makin jauh dari Al-Quran. Rasa sakit sgt hati melihat keberhasilan mereka mempermainkan Umat Islam. Tapi apa yg mampu kita lakukan?

Iklan-iklan juga banyak mengeksploitasi wanita. Kadang2 iklannya mengenai handphone saja, tapi mesti ada wanita di dalam iklan tersebut. Wanita digunakan sebagai daya penarik. Rendahnya martabat wanita. Sedangkan lelaki pun boleh diambil untuk iklan tersebut. Sesungguhnya Allah telah menciptakan wanita sebagai sesuatu yang cantik, indah dan tak ternilai harganya. Seharusnya sesuatu yang amat berharga dan tidak ternilai tidak boleh sewenang-wenangnya dilihat dan disentuh oleh org lain. Hanya yang mampu sj boleh memilikinya. Ia sepatutnya diletakkan di dalam bekas dan di simpan di dalam kaca agar terpelihara, tidak dapat dicapai oleh tgn2 yg kotor hingga mampu mencacatkan kecantikannya.



Secara fitrahnya, manusia memang sukakan kebaikan. Tetapi kadang2 pujukan syaitan dan arus dunia yg terlalu kuat menyebabkan kita tidak mempunyai kekuatan untuk berubah. Tapi aku yakin, sebenarnya jauh disudut hati mereka, pasti ada perasaan utk kembali kpd Allah, Tuhan pencipta kita walau sebesar DNA. Kadangkala kita juga terlalu memikirkan apa yang org sekeliling akan perkatakan mengenai kita. Untuk berubah, semua ini harus diketepikan. Biarlah apa yang org nak kata, yang penting ialah keazaman kita dan PANDANGAN ALLAH adalah lebih utama. Bila kita hidup dlm keredhaan ALLAH, InsyaAllah ketenangan akan dikecapi. Segala cakap2 belakang dah tak dipedulikan lg kerana semuanya tidak penting.

*****

Risau bila sudah keluar dari alam kampus tak lama lg, lebih byk cabaran yg akan dihadapi. Semoga iman ini diberikan kekuatan untuk tetap teguh berpegang pd ajaran-Nya. Sebab kita tak tahu cabaran apa yg sedang menanti kita diluar sana. Adakah mampu kita melawan setiap godaan atau kita mngkin tersasar dari-Nya? Na’uzubillahi min zaalik.. “Tetapkan lah iman kami Ya Allah..” Sesungguhnya syaitan tak pernah mengalah dalam menyesatkan manusia.. Semoga kita terpelihara daripadanya.. Amiin..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”[Hadith Riwayat Muslim]


Wallahua’lam..
Wassalam…

Wednesday, July 14, 2010

Siapa aku...??

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Siapa aku?
Apa matlamat dalam hidupku?
Apa yg cuba ku capai…?




Kadangkala aku tertanya2, siapa aku yg sebenarnya.. Apa sbnarnya yg tersirat jauh disudut hatiku.. Apakah luaran menggambarkan apa sebenarnya yg tersirat di dalam? Soalan yg sering berputar2 dlm benak fikiran mencari jawapan yg tidak pasti..

Apakah perkataan yg kuungkapkan, perbuatan yg kulakukan seharian, itu merupakan diriku yg sebenarnya? Bagaimana sekiranya, didalam diri ini sebenarnya terdapat satu lg individu yg berlainan? Yang langsung tidak serupa dgn apa yg ada diluaran.. Apakah hidupku selama ini semata2 hipokrit? Tiada yg benar dlm diriku ini…

Persoalan2 yang sering timbul dalam misi mencari identiti diriku yg sebenar2nya.. apakah benar diriku benar2 mendambakan cinta-Mu sebagai matlamat utama dalam hidup ini? Jika benar, mengapa kadang kala perbuatan dan percakapan ku tidak seperti mendambakan cinta-Mu? Apakah setiap perbuatan ku dalam hidup ini hanya semata2 dlm mencari redha-Mu..? Atau kerana insan lain…?

Soalan.. Soalan dan soalan… Apakah ada jawapannya? Jauh disudut hati ini, masih ada sekelumit perasaan.. Rasa rindu seorang hamba kpd Rabb nya.. Rasa cinta kpd kekasihnya, Nabi Muhammad s.a.w..

Betapa lemahnya diri ini.. Benarlah iman dihati sentiasa berbolak-balik.. Apa sebenarnya yg aku cari dalam hidup ini?? Semoga ku temukan jawapannya sebelum hidup ini smpai kehujungnya…


“Ya Allah, bantulah aku dalam mencari sinar cinta-Mu.. Ikhlaskan lah hatiku dalam beribadah kepada-Mu.. Bimbinglah hati ini dan Tunjukkanlah aku jalan menuju redha-Mu.. Segala-galanya kerana-Mu semata Ya Allah… Tutupkanlah hatiku ini dari cintakan kepada dunia dan seluruh isinya sebelum aku menggapai cinta-Mu Ya Allah… Tetapkanlah hatiku ini Ya Allah.. Tetapkanlah Ya Allah, Tetapkanlah Ya Allah.. Terimalah doaku ini Ya Allah.. Terimalah rasa cinta dr insan yg hina ini Ya Allah… Sampaikanlah rasa kasih dan rinduku kpd kekasih-Mu, Muhammad s.a.w.. Semoga dengannya dapat kutemukan kebahagiaan dan kemanisan dalam hidup ini sbg seorang hamba.. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin..”

~Ketenangan yg dicari~


Wallahua'lam..

Wassalam...

Ayuh semarakkan!!

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"



InsyaAllah, semoga ia menjadi pencetus revolusi umat Islam.. Biar GENTAR musuh-musuh Islam.. Allahu Akbar!!

Monday, July 12, 2010

Damba Kasih~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..



Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment) & Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Motivasi buat diriku~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"




KARYA CERPEN HILAL ASYRAF

Tahun 837. Kota Amoria, Romawi. Seorang muslimah berjalan dengan tenang di tengah pasar. Membeli barangan untuk tuan yang memilikinya. Dia merupakan hamba tawanan perang dan telah dijual. Kini meneruskan hidup menjadi hamba sahaya menguruskan hal ehwal rumah tuannya.

Tanpa dia sedari, ada mata-mata memerhatikan gerak langkahnya. Peribadinya yang berbeza membuatkan dia menjadi tarikan. Rambut tidak terdedah dilitupi kain penuh beradab, pakaian labuh tidak menonjol bentuk tubuh, dia nyata adalah yang ganjil di tengah pasar Kota Amoria.

“Aku kira, hari ini adalah harinya. Sudah lama aku menahan rasa” Bicara seorang pekedai kepada temannya dengan mata penuh dendam kepada muslimah itu.

“Ya. Mari. Sudah berminggu-minggu aku perhatikannya. Tersirap darah aku saban kali melihatnya” Rakan pekedai itu mengepal kedua belah penumbuk.

“Kita tidak perlu takut. Amoria adalah tanah kita. Semua di pasar ini akan menyokong kita!” Pekedai itu bergerak. Rakannya membuntuti.

Semakin lama semakin mendekat. Muslimah itu tidak menyedari, melainkan apabila telinganya menangkap seruan dari belakang.

“Wahai perempuan!” Segera muslimah itu berpaling untuk melihat. Tetapi terkejutnya dia apabila kedua tangannya pantas ditangkap.

“Lepaskan, lepaskan!” Perempuan itu didorong ke dinding berdekatan. Suasana pasar yang memang riuh menjadi semakin hangat apabila keadaan ini berlaku.

Si Pekedai mengikat kedua belah tangan Muslimah pada palang kedai berdekatan.
“Jangan apa-apakan aku!” Muslimah itu menjerit sayu. Mata-mata di pasar sekadar memandangnya kaku. Semua diam seperti batu.


“Hari ini, siapakah yang akan menyelamatkan kamu?” Pekedai itu menjerit diiringi ketawa berdekah-dekah. Tangannya bergerak pantas melucutkan kain yang melitupi kepala sang muslimah. Terserlahlah rambut panjang melepasi bahu yang perang. Warna rambut asli perempuan dari mediterranean.

“Jangan, jangan!” Air mata perempuan itu mengalir deras. Tiada yang membantu. Semua hanya melihat.

Rakan kepada pekedai bertindak dengan lebih jauh. Menyelak kain yang menutupi bahagian bawah pinggang perempuan itu dan mengoyakkannya.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Dia menjerit kuat.

“Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!” Pekedai tadi memandang sekeliling.

Air mata perempuan itu kabur dengan titisan air mata. Maruahnya diinjak sedemikian rupa. Dari kaburan matanya itu, dia menyangka bahawa keadaannya mendapat simpati manusia di sekelilingnya. Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Seluruh pasar menjerit menghinanya.
Hatinya remuk.Ya Allah, sesungguhnya hamba-hambaMu ini menghinaMu…

Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.
“Waa Mu’tasimah. Waa Mu’tasimah. (Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?)!”

Dan jeritannya disambut hinaan dan ejekan.
Namun dalam lautan manusia berhati syaitan itu, ada sepasang mata yang memerhatikan. Segera pemilik mata itu bergerak meninggalkan tempat itu. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas keluar dari Kota Amoria, menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.

Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.

****

Semboyan perang dibunyikan tanda peperangan telah berakhir. Kota Amoria tewas teruk. 30,000 perajurit romawi terbunuh, manakala 30,000 lagi ditawan oleh tentera dari Abbasiyah.

Tiba-tiba gendang berbunyi. Bendera kebesaran dikibar. Tentera-tentera berbaris kemas. Derapan kuda kedengaran gagah. Sepasukan tentera berkuda bergerak di tengah-tengah barisan. Mengiringi satu figur yang berpakaian sederhana bersama kuda berzirahnya.

“Di manakah muslimah yang memanggil aku?” Figur itu melaung dengan kuat.
Suasana menjadi sunyi seketika. Hanya diisi dengan bunyi deru angin dan api yang masih membakar beberapa bahagian daripada benteng pertahanan.

Tidak lama kemudian terdengar satu suara.
“Aku wahai Khalifah. Aku” Seorang perempuan bergerak menundukkan diri menghadapnya.
Figur itu turun. Bergerak mendekati muslimah itu.

“Wahai perempuan, apakah aku telah memenuhi seruan kamu?” Lelaki itu bertanya.
Dengan air mata yang mengalir, perempuan itu mengangguk berkali-kali. “Ya Amirul Mukminin, ya. Kau telah memenuhi seruanku”
Amirul Mukminin Al-Mu’tasim tersenyum.

“Apakah yang menghinamu itu ada dari kalangan mereka ini?” Al-Mu’tasim menunjuk kepada tawanan perang dari kalangan rakyat yang berbaris di tepi barisan tenteranya.
Muslimah itu mengangguk dan menunjuk dengan telunjuknya pekedai dan rakannya yang telah menjatuhkan maruahnya.

“Kau mulai sekarang, aku jadikan hamba yang merdeka. Kuberikan rumah, kuberikan tanah. Dan mereka berdua ini aku hadiahkan kepada kamu sebagai hamba”
Perempuan itu terkedu.

“Al-Mu’tasim, kau lancarkan perang ini hanya kerana seorang perempuan?” Satu jeritan kedengaran.

Al-Mu’tasim menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang dipukul oleh tenteranya. Mungkin kerana jeritannya itu dikira sebagai tidak beradab kepada khalifah.

“Siapakah dia?” Al-Mu’tasim bertanya kepada pengiringnya.

“Dia itu adalah ketua jeneral untuk Kota Amoria.” Pengiringnya berbisik.

Al-Mu’tasim mengangkat tangan, isyarat agar tenteranya berhenti memukul lelaki itu. Al-Mu’tasim merapati Jeneral Kota Amoria itu.

“Wahai jeneral, bukankah aku telah menghantar surat amaran? Sekiranya keeadilan tidak ditegakkan oleh pemimpin kamu, maka bersedialah untuk menerima tenteraku yang ramainya dari sempadan negara kamu hingga ke akhir sempadan negaraku? Dan pemimpin kamu tidak membalas suratku itu.” Al-Mu’tasim berbicara tenang.

Lelaki itu terdiam.
Al-Mu’tasim bergerak meninggalkan lelaki itu. Dia pergi ke arah pekedai dan rakannya. Memandang tepat kepada dua lelaki itu.

“Dan ketahuilah, masih ada lagi tenteraku yang sedang berbaris di hadapan istanaku untuk ke mari. Sesungguhnya, aku benar-benar mengotakan janji. Inilah dia kekuatan Tuhanku. Inilah dia warisan Rasulku. Sungguh, Dia tersangat mulia, tidak perlu turun sendiri untuk berurusan dengan manusia sepertimu. Sungguh, Rasulullah itu tersangat mulia, tidak perlu bangkit dari kubur untuk menguruskan kamu. Aku, hamba-Nya dan ummat kepada baginda, sebagai wakil menjalankan hukumNya dan membela ummat baginda.” Mata Al-Mu’tasim membesar.

Pekedai dan rakannya melutut kegerunan.
Al-Mu’tasim berpaling dan kembali menunggang kudanya.
“Mari kita pulang.” Al-Mu’tasim mengangkat tangannya. Gendang kedengaran. Seluruh tentera yang mengiringinya mendahului Al-Mu’tasim.

****

Tahun 1186. Di tengah sahara antara Kairo dan Damascus. Satu kafilah bergerak merentas bumi gersang di bawah terik mentari. Langit biru tanpa awan menambah hangat.
“Kafilah mereka sudah berada dalam pandangan kita, tuanku.”

Seorang lelaki bertubuh besar berjanggut kerinting keemasan memandang kepada pelapor. Dia mengangguk. “Ya, aku tahu”

“Bila kita hendak bertindak?”
Lelaki itu tersengih. “Tunggu arahan aku. Arahkan tentera kita berkumpul terlebih dahulu.” Bicaraya sambil memandang karavan tunggal di tengah padang pasir yang luas.
“Hari ini, orang Islam akan tahu betapa mereka hakikatnya tidak punya kuasa” Dia ketawa.

Tidak lama kemudian, si pelapor datang semula. “Semua tentera kita telah bersedia, tuanku!”

“Bagus. Dengan namaku, Raynald De Chatillon, serang!” Dia mengacukan pedangnya ke arah kafilah yang sedang bergerak itu.

Tenteranya bergerak ibarat taufan yang menyerbu. Debu-debu sahara naik membuatkan langit biru kelihatan perang. Jeritan ahli kafilah kedengaran melantun-lantun diiringi teriakan kesakitan. Darah merah memercik di sana sini menghiasi medan.
Raynald De Chatillon ketawa berdekah-dekah. Pengawal-pengawal karavan yang sedikit tidak mampu berhadapan dengan tenteranya. Satu persatu tumbang. Bahkan, ahli-ahli kafilah turut dibunuh tanpa berbelas kasihan.

“Tinggalkan seorang sahaja. Adik kepada Salahuddin Al-Ayubi, dia mesti menjadi tawanan kita!”

Dan hari hitam di tengah sahara itu berakhir dengan penuh tragis. Barang-barang dirampas. Haiwan tunggangan diambil. Ahli kafilah perempuan dirogol dan dibunuh. Yang lelaki dipenggal kepala semuanya. Tandu-tandu dibakar. Suasana persis neraka.
“Ini dia Tuanku Raynald. Adik kepada Salahuddin” Seorang perempuan memakai burqa ditolak dengan belakang pedang menghadap Raynald.

Raynald segera menghunus pedangnya yang masih berlumuran darah. Segera dicantas burqa perempuan di hadapannya. Terserlah wajah perempuan itu yang bersih.
“Adik Salahuddin. Di manakah Allah dan Muhammad kamu hari ini? Panggil lah mereka”
Adik Salahuddin senyap. Namun wajahnya tidak menunjukkan riak takut.

“Allah akan menguruskan kamu wahai Raynald!” Bicaranya berani selepas memandag wajah Raynald dihiasi tawa angkuh.

Gelak Raynald tambah berdekah.
“Selepas ini, aku akan ke Makkah untuk merobohkan Ka’bah, dan ke Madinah untuk mengorek kubur Muhammad. Baru kamu tahu betapa lemahnya kamu!”
Dan Raynald membawa adik Salahuddin bersamanya.

****

Tahun 1187. Medan peperangan Hattin. Debu masih menyelimuti langit. Mayat-mayat pula penuh bergelimpangan di atas bumi. Burung-burung pemakan bangkai mula mengintai makanannya.

Kelihatan dua orang lelaki dalam keadaan terikat, sedang dibawa ke satu khemah yang besar.

“Tuanku, inilah dia Guy of Lusignan dan Raynald De Chatillon” Wakil askar yang membawa dua orang itu bersuara.

Satu figur yang memakai zirah perang kuning keemasan lengkap bertopi, memalingkan wajah. Menghadap kepada dua tawanan perang itu. Matanya bersinar.

“Salahuddin” Raynald mengetap bibirnya.

Salahuddin Al-Ayubi tersenyum.

“Kamu mengabaikan suratku agar memulangkan adindaku. Bahkan berkeras untuk tidak menyerah dan membunuh pula utusanku” Salahuddin bergerak melepasi dua tawanan itu.
Dia memandang jauh ke medan perang.

Mayat-mayat tentera salib sedang dikumpul untuk dibakar. Pakaian besi dan senjata mereka telah diekstrak sebagai harta rampasan. Guy of Lusignan bersama Raynald De Chatillon keluar dari Sephoria menuju ke Tiberias untuk berhadapan dengan tentera Salahuddin Al-Ayubi selepas terpancing dengan serangan Salahuddin ke atas benteng tentera salib di Tiberias. Tentera Salahuddin yang utama hakikatnya berada di tempat bernama Kafr Sabt, bersedia untuk menyerang hendak tentera salib pimpinan Guy dan Raynald.

Perjalanan yang panjang, tanpa sempat mencapai sumber air, membuatkan tentera Salib menjadi lemah. Ketika itu juga tentera Salahuddin dari Kafr Sabtbergerak menghentam mereka dari dua arah. Dalam masa dua hari, tentera mereka hancur. Cubaan terakhir, mereka bergerak ke sebuah kawasan air di Hattin untuk menyusun semula tenaga mereka.
Namun Salahuddin telah menjangka semuanya. Di lembah Hattin, tentera Salib dihabisi.
Begitulah Allah mengotakan janji-janjiNya.

Di manakah Allah?
Bersama hambaNya yang percaya.
Salahuddin berpaling kembali dan merapati Guy dan Raynald. Dia memberikan isyarat kepada pembantunya agar membawakan air. Apabila air telah sampai, Salahuddin meminum air itu dan kemudian memberikan segelas air kepada Guy.

Guy mengambil dengan rakus, kerana sememangnya dia kehausan. Namun di tengah kehausannya, dia tidak lupa akan Raynald. Diberikanna sedikit air untuk rakannya itu.
Salahuddin mencelah: “Aku tidak memberikan kebenaran pun untuk itu”

Kedua mereka diam. Raynald kemudian menjawab: “Tidak. Tetapi rajaku, Guy yang memberikan aku minum”

Salahuddin tidak berkata apa-apa.

“Kau masih ingat apa yang kau katakan tahun lepas, Raynald?”
“Em, apa yang aku katakan?”
“Di manakah Allah dan Muhammad untuk membantu kamu?” Mata Salahuddin membesar.
Bulu roma Raynald menegak.

“Di sini Allah menurunkan hukumanNya buat kamu!” Salahuddin mengunuskan pedangnya, terus memeganggal kepala Raynald De Chatillon. Darah menyembur hingga membasahi tubuh Guy of Lusignan. Tubuh Raynald menyembah bumi dengan kepala terpisah dari diri.
Salahuddin memandang Guy.

“Raja tidak akan membunuh raja. Apakah ini tidak cukup untuk kamu mengambil pengajaran?”

Dan Salahuddin bergerak pergi.
“Kita ke Jerusalem. Menawan Al-Quds!” Sambil mengangkat tangannya. Disambut takbir yang menggempita daripada seluruh tentera.

****

2010. Atas kapal Marmara Mavi. Di sempadan laut Gaza.
“Tengah buat apa?” Satu sapaan menggetarkan gegendang telinga.
Noorazman menoleh. Kelihatan Ustaz Hasanuddin. Dia menyambut lelaki itu dengan senyuman.

“Sedang terkenangkan ummat” Noorazman melepaskan pandangan ke laut. Kelam sebelum subuh masih pekat. Justeru gelita ibarat malam tidak sirna. Tinggal hawa menjadi semakin sejuk dengan kewujudan embun dari langit. Dia duduk di tepi kapal bersama baju yang tebal.

Ustaz Hasanuddin duduk. “Moga-moga, usaha kita ini akan menjadi batu loncatan agar ummah bangkit dari lena”

Noorazman mengangguk. “Sungguh, misi kita bukan sekadar hendak menghantar bantuan kemanusiaan. Tetapi kita harapkan misi ini mampu memangkin semula keimanan ummah”
“Sama ada dengan kita selamat sampai ke Gaza, atau ditimpa musibah Israel di tengah lautan, kedua-duanya akan memberikan impak kepada dunia” Ustaz Hasanuddin membuka dompetnya.

Gambar dirinya bersama isteri dan anak-anak.
“Walau diri ini berkorban dan akhirnya terkorban, kalau itu harganya untuk kebangkitan ummah, maka ana tak akan menyesal”
Noorazman menghela nafas. “InsyaAllah, akan ada jiwa-jiwa yang menyahut” Sambil tangannya memaut bahu Ustaz Hasanuddin.
“Amiin”

Tiba-tiba, keheningan kelam terganggu dengan satu bunyi yang menderu. Noorazman dan Ustaz Hasanuddin mendongak ke langit. Kelihatan lampu-lampu sedang terapung.
“Apakah…” Dan belum sempat Noorazman menyempurnakan kalimah itu, lampu-lampu yang terapung sudah berada di atasnya bersama bunyi yang sangat kuat.
Putaran kipas Apache AH-64D kedengaran membingit.

“Ustaz Hasanuddin, Israel!” Noorazman menolak Ustaz Hasanuddin agar berlindung ke dalam kapal.

Tanpa amaran, tembakan bertalu-talu dilepaskan. Suasana kapal yang tadinya tenang kini bergejolak. Komando-komando Israel turun dari helikopter dan tanpa belas melepaskan tembakan bertalu-talu ke semua arah tanpa mengira sesiapa.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin berlindung di sebalik dinding. Mereka sempat juga melihat kapal-kapal lain yang menyertai konvoi Lifeline4Gaza, Break The Siedge, sedang mengalami nasib yang sama.

“Ya Allah, sungguh Allah telah memilih kita!” Ustaz Hasanuddin memandang Noorazman.
Belum sempat Noorazman memberikan respon, satu bunyi membuatkan tubuhnya kaku. Terasa seperti ada besi panas menyentuh ubun kepalanya.

“Jangan bergerak. Bangun dengan perlahan-lahan” Suara itu kedengaran. Menurut arahan, Noorazman dan Ustaz Hasanuddin bangun. Kelihatan tenteraberpakaian serba hitam sedang mengacu SC3000 ke arah mereka berdua.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin dibawa ke hadapan dek kapal. Di situ mereka melihat ramai lagi ahli konvoi sedang dikumpulkan. Sempat mereka melihat berbelas mayat bergelimpangan. Air mata tidak dapat ditahan, lantas mengalir kesayuan.

“Apakah kalian tidak kisah bahawa perkara ini akan ditunjukkan kepada dunia?” Noorazman berbicara kepada tentera yang membawanya.
Tentera itu hanya tersegih. “Sedangkan pembunuhan dan peperangan di Palestin selama ini pun dihalalkan oleh dunia untuk kami, apatah lagi kematian sekitar 20 orang hari ini?”
“Allah akan menghitung kamu!” Ustaz Hasanuddin mengetap bibir, geram.
Tentera-tentera itu ketawa.
“Maka di mana Tuhan kamu itu?” Dan mereka terus ketawa. Salah seorang dari mereka memegang kepala Ustaz Hasanuddin dengan keras. Matanya didekatkan dengan mata Ustaz Hasanuddin.

“Kami telah menawan Palestin 62 tahun. Dan sepanjang waktu itu, entah berapa kali kami telah mendengar laungan nama Allah dari mulut mereka. Tetapi tetap kami yang berkuasa. Hari ini, semua yang mati itu, semuanya menjerit nama Allah di hujung nyawa mereka, tetapi tetap kami berdiri di sini menawan kamu semua.”
Kemudian dia diam sebentar. Ustaz Hasanuddin pula turun naik nafasnya.

“Maka, di mana tuhan kamu?”
Dan soalannya disambut dekah tawa.
Seluruh kapal konvoi di bawa Haifa.

Tragedi yang berlaku ini, menggemparkan dunia. Tetapi kekebalan Israel membuatkan segala suara menjadi sia-sia. Tambah menjadi anak angkat kepada penguasa dunia, atau lebih tepat lagi, kuasa dunia itu adalah boneka mereka, Israel tidak mampu disentuh hanya dengan jeritan sahaja.

Ada manusia akhirnya tidak peduli. Padanya ini hanyalah satu kisah, dari puluhan kisah tragedi di tangan Israel. Ada pula manusia yang turut serta bising itu dan ini. Tetapi akhirnya dia juga senyap kerana tidak mampu mencapai apa yang dihajati dalam masa yang amat terdekat ini.

Ramai pula manusia sudah hilang kekuatan untuk berusaha. Sangka mereka Tuhan telah meninggalkan mereka.

Tetapi Allah hakikatnya sentiasa ada dan dekat dengan hambaNya. Ini adalah ujian, tapisan, untuk memerhatikan siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Nanti saat bantuan tiba, yang palsu keimanannya akan tertapis pergi.

Yang tinggal hanya yang benar-benar layak mencium syurga.
Dan dalam kalangan manusia berbagai rencah itu, wujud lagi yang tidak berputus asa.
Terus menerus memproses.

Memandang ini sebagai satu perang nafas panjang.
Yang di akhirnya hanyalah kebenaran kepada yang utuh berpegang.

****



Tahun XXXX, tempat XXXX, waktu XXXX.

Dia meraup wajahnya. Doa penuh khusyuk telah dipanjatkan kepada Rabbnya. Mengambil masa, dia bertafakur seketika. Walau di luar kelihatan tidak melakukan apa-apa, tetapi akal dan jiwanya sedang bekerja. Akal merangka segala jenis formula strategi. Jiwa pula sibuk menjaga hubungan dengan Pemberi Kekuatan di medan nanti.

“Jeneral, pasukan kita telah siap” Dia dipanggil.

Menghela nafas, dia bangkit. Kain khemahnya diselak. Cahaya terang memanah. Dia sedang berdiri menghadap jutaan tentera yang berbaris kemas. Kelihatan pula di satu sudut, gabenor-gabenor wilayah sedang duduk di kerusi masing-masing. Di tengah-tengah mereka, terdapat satu figur yang kelihatan dari luarnya sederhana, tetapi perawakannya menggambarkan karismanya yang tinggi.

Itulah dia Khalifah ummat hari ini.
Dunia telah berubah ke satu ekstensi yang tidak pernah ada yang menjangka. Perubahan sedikit demi sedikit yang berlaku di serata tempat di dunia, membuatkan musuh-musuh tidak menang tangan menguruskannya. Akhirnya wujud beberapa negara yang berjaya ditumbangkan dan dikuasai. Ada yang menggunakan politik, ada pula yang menggunakan tentera.

Tetapi asasnya tetap sama. Ummah dikoreksi terlebih dahulu, sebelum kuasa diambil semula. Terus, masyarakat yang faham menyokong ketua mereka, bersepadu hidup dan mati kerana faham bahawa ini semua untuk syurga Allah di akhirat sana.

Ketua-ketua pula adil dan saksama, membentuk satu kesatuan menghapuskan sempadan sesama negara. Mewujudkan satu kekuatan bernaung di bawah satu nama. Khilafah.
Amirul Mukminin, Sultan tertinggi mengetuai semua orang Islam di dunia, dihidupkan semula. Semua orang Islam bergerak meninggalkan negara mereka dan bernaung di bawah kekuasaan khilafah ini. Mencari kehidupan yang aman bawah sistem peraturan yang ideal dan sempurna. Terlindung dan dibela.

Pembinaan yang dirancang berpuluh-puluh tahun dan digerakkan secara konsisten ini, melahirkan kekuatan yang tidak terjangka. Jika dahulu Amerika terpaksa bersaing dengan Russia untuk menjadi kuasa terbesar dunia, hari ini mereka sedang dihimpit satu kuasa besar yang tiada tandingannya.

Dan hari ini, tanah suci bernama Al-Quds hendak ditawan semula.
Walaupun berkali-kali Amerika merayu agar perjanjian damai yang menjadi solusinya, khalifah tetap berkeras untuk meneruskan ekspedisi perang ini. Tiada lagi yang berani menyelar itu satu tindakan terorisma. Tiada siapa lagi berani mengugut untuk melakukan itu dan ini jika bertindak. Tiada siapa lagi berani menghina dan mencerca.
Israel Zionis juga hilang bicara. Antara ugutan mereka adalah ingin meruntuhkan Al-Aqsa jika Khalifah tetap menyerang juga.

Tetapi Khalifah mengeluarkan kenyataan.
“Ka’bah pernah runtuh dan dibina semula. Kamu hanya akan mampu meruntuhkan bangunan Al-Aqsa dan kami akan membinanya semula.” Keras dan tegas, membawa kepada kegerunan yang tidak terhingga.

“Hari ini, aku sebagai wakil Allah di bumi, dan pewaris Rasulullah untuk zaman ini, akan menjalankan hukuman ke atas kalian wahai kaum kera” Khalifah menutup penyataan tegasnya.

Amerika diberi amaran agar menyertai Israel agar mudah dihapuskan sekaligus, dan nyata Amerika tidak berani berbuat apa-apa melainkan menunggu gilirannya di bumi sendiri sana.

Dia menghela nafas. Dia, jeneral yang akan mengetuai ketumbukan tentera untuk menundukkan Israel hari ini. Dan semua yang berada di hadapannya kini, tidak akan mampu terwujud tanpa usaha penuh perancangan dan konsisten yang dilaksanakan oleh orang-orang terdahulu.

Satu proses yang dilaksanakan penuh dedikasi dan efisyen.
Dakwah dan Tarbiyyah dalam bentuk pegerakan yang bersistem.
Ibarat anai-anai yang merobohkan almari. Senyap bekerja, dan kesannya menggemparkan jiwa.

Nafas disedut tenang. Dia mengangkat tangan.

“Menuju Al-Quds!”
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” Dan teriakan takbir menggempita.

Hujan turun membasahi dunia. Seakan-akan tangisan syukur oleh bumi kerana kembalinya kerajaan khilafah yang bersatu seperti zaman Al-Mu’tasim, dan tentera serta pemimpin yang bersih seperti Salahuddin dan askarnya yang dipimpin.

Kapal terbang, jet pejuang, helikopter, kapal selam, kapal perang armada, bergerak meninggalkan pangkalan.

Dia memandang jauh ke hadapan.
“Wahai Israel, inilah dia suara Tuhanku menyatakan bahawa Dia sentiasa wujud bersama hambaNya. Yang percaya akan bahagia. Yang tidak hanya akan merana”


DUNIA ADALAH TEMPAT YANG SEMENTARA
KEJAYAAN YANG DATANG MEMERLUKAN KOMITMEN DIRI
DIRI PERLU BERUBAH , ANJAKAN PARADIGMA
LADANG UNTUK KITA MENUAI SEGALA AMAL DAN IMAN
UNTUK DIJADIKAN BEKALAN HARI PEMBALASAN
MENGGAPAI DIMENSI BARU
DIMENSI PERUBAHAN DIRI

IBN KHALID

HAMBA YANG FAKIR DAN LEMAH

sumber: Hafizul Amin