Wednesday, July 14, 2010

Siapa aku...??

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Siapa aku?
Apa matlamat dalam hidupku?
Apa yg cuba ku capai…?




Kadangkala aku tertanya2, siapa aku yg sebenarnya.. Apa sbnarnya yg tersirat jauh disudut hatiku.. Apakah luaran menggambarkan apa sebenarnya yg tersirat di dalam? Soalan yg sering berputar2 dlm benak fikiran mencari jawapan yg tidak pasti..

Apakah perkataan yg kuungkapkan, perbuatan yg kulakukan seharian, itu merupakan diriku yg sebenarnya? Bagaimana sekiranya, didalam diri ini sebenarnya terdapat satu lg individu yg berlainan? Yang langsung tidak serupa dgn apa yg ada diluaran.. Apakah hidupku selama ini semata2 hipokrit? Tiada yg benar dlm diriku ini…

Persoalan2 yang sering timbul dalam misi mencari identiti diriku yg sebenar2nya.. apakah benar diriku benar2 mendambakan cinta-Mu sebagai matlamat utama dalam hidup ini? Jika benar, mengapa kadang kala perbuatan dan percakapan ku tidak seperti mendambakan cinta-Mu? Apakah setiap perbuatan ku dalam hidup ini hanya semata2 dlm mencari redha-Mu..? Atau kerana insan lain…?

Soalan.. Soalan dan soalan… Apakah ada jawapannya? Jauh disudut hati ini, masih ada sekelumit perasaan.. Rasa rindu seorang hamba kpd Rabb nya.. Rasa cinta kpd kekasihnya, Nabi Muhammad s.a.w..

Betapa lemahnya diri ini.. Benarlah iman dihati sentiasa berbolak-balik.. Apa sebenarnya yg aku cari dalam hidup ini?? Semoga ku temukan jawapannya sebelum hidup ini smpai kehujungnya…


“Ya Allah, bantulah aku dalam mencari sinar cinta-Mu.. Ikhlaskan lah hatiku dalam beribadah kepada-Mu.. Bimbinglah hati ini dan Tunjukkanlah aku jalan menuju redha-Mu.. Segala-galanya kerana-Mu semata Ya Allah… Tutupkanlah hatiku ini dari cintakan kepada dunia dan seluruh isinya sebelum aku menggapai cinta-Mu Ya Allah… Tetapkanlah hatiku ini Ya Allah.. Tetapkanlah Ya Allah, Tetapkanlah Ya Allah.. Terimalah doaku ini Ya Allah.. Terimalah rasa cinta dr insan yg hina ini Ya Allah… Sampaikanlah rasa kasih dan rinduku kpd kekasih-Mu, Muhammad s.a.w.. Semoga dengannya dapat kutemukan kebahagiaan dan kemanisan dalam hidup ini sbg seorang hamba.. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin..”

~Ketenangan yg dicari~


Wallahua'lam..

Wassalam...

2 comments:

Anonymous said...

subhanallah,apa lagi yang lebih baik bagi seorang hamba melainkan rasa gelisah kerana takut kehilangan cinta Tuhannya--semoga Allah mempermudahkan urusan ukhti-

Siti Khadijah said...

Amiin.. semoga Allah mempermudahkan urusan semua umat Islam didunia ini.. dan semoga cinta-Nya menjadi milik kita.. Syukran jazilan shbat... =)