Monday, June 27, 2011

Sahabat, Teman & Kawan

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Dalam hidup ini, kita perlu pandai dlm memilih shbat.. Kerana sahabatlah yang menentukan siapa kita.. Jika shbat kita seorang yg baik, InsyaAllah kita juga bisa sepertinya.. Namun sebaliknya terjadi sekiranya kita tersalah memilih sahabat atau teman. Na’uzubillah. Benarlah seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Ini kerana diri ini sendiri pernah merasainya. Diri ini telah banyak bertemu dengan sahabat dan teman sepanjang 23 tahun didunia Allah s.w.t ini. Benarlah bahawa kita akan mudah terpengaruh dengan sahabat kita. Apabila bersama2 dengan sahabat yang banyak mengingatkan kita kepada Allah, insyaAllah kita pn menjadi lebih dekat kepada Allah. Lebih terjaga diri ini. Namun, apabila sahabat itu mungkin yg sukakan hiburan dan sebagainya, kita juga kadangkala terikut2 dengannya.


Namun begitu, sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini, kita seharusnya bergaul dengan semua golongan masyarakat dan pelbagai jenis teman. Tidak salah bersahabat dengan semua orang kerana melaluinya juga dakwah dapat disampaikan. Kita tidak boleh mengabaikan mereka kerana mungkin mereka kurang kefahaman, maka kita yang fahamlah perlu menyampaikan kepada mereka. Cumanya janganlah kita terpengaruh dengan budaya2 yang mungkin tidak elok.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Wallahua'lam...
Wassalam...

No comments: