Thursday, April 30, 2009

Jumaat yg penuh Barakah..~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerna masih dberi kesempatan utk menghirup udara pemberian-Nya di hari Jumaat yg penuh Barakah ni. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud:

"Dan bumi telah dibentangkan-Nya untuk makhluk-Nya. Di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bungaan yang harum baunya. Maka ni'mat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (Ar-Rahman:10-13)



Saban hari, setiap detik ada shja ni'mat yg Allah s.w.t berikan kepada kita secara sedar atau tidak. Cuba kita bayangkan, seandainya Allah tarik balik ni'mat Udara yg Allah s.w.t berikan pada kita, pasti sesak nafas kita. Allah s.w.t berikan udara kpd kita secara percuma. Adakah kita bersyukur? Atau kita kufur dengan ni'mat yang Allah s.w.t berikan?

Sama2lah kita panjatkan kesyukuran, Alhamdulillah kerna ni'mat yang diberikan. Cuba kita hitung semula, betapa banyaknya ni'mat yg Allah beri kpd kita, betul x?

Ni'mat Iman dan Islam lah ni'mat yg paling besar yang penah Allah berikan kpd kita. Tapi adakah kita bersyukur? Kenapa begitu susah untuk kita Zahirkan kesyukuran kita kpd Allah s.w.t ye? Ana tujukan kpd diri ana terutamanya.

Kenapa mesti kita nak sgt lakukan benda yang Allah s.w.t larang? Padahal kita tahu apa hukumnya. Astaghfirullahal 'azim.

Kadang kala kita tersepit dengan pelbagai masalah. Allah s.w.t permudahkan. Alhamdulillah.

Kita sakit, juga adalah ni'mat dari Allah s.w.t, Alhamdulillah.

Allah s.w.t kurniakan Ni'mat keamanan kpd kita, Alhamdulillah. Andainya keadaan kita seperti saudara-saudara kita seperti di Palestin, Somalia, Na'uzubillah. Dapatkah kita bygkan?

Banyak lg ni'mat Allah s.w.t kepada kita. Tak terkira.. Marilah kita sama2 mengucapkan Syukur dan zahirkan rasa syukur kita kpd Allah s.w.t.. =)
_____________________________________________________________________

Baiknya Tuhan
Album : Tsunami Pembawa Masej Dari Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Baiknya Tuhan kita
Diwaktu kita tidur Dialah yang menjaga
Diwaktu seorang Dia yang menghiburkan
Diwaktu kita lupa Dia yang mengingatkan
Jika kita buat baik diberi pahala
Baiknya Tuhan kita

Apabila terbuat jahat diampunkannya kita
Jika kita bertaubat
Kalau tersalah dan tersilap
Dimaafkannya kita, jika kita insaf
Diwaktu lapar Dia beri makan
Diwaktu kita sakit Dia yang menyembuhkan
Tuhan pelindung kita
Dia tempat bergantung

Diwaktu lupa Dia ingatkan
Diwaktu lapar Dia beri makan
Tuhan adalah segalanya

Monday, April 27, 2009

Coretan di pagi hari...

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Jarum jam sudah menunjukkan jam 1.30 pg, ana masih x dpt nk melelapkan mata. Cadangnya nak study sket utk Final paper Virology n Mycology.. Tp ana ambil sedkit kesempatan utk bukak blog2 shbt2 ana.. Ana keliru!! Ana buntu.. Itulah perkataan yg dpt menggambarkan perasaan ana saat ini.. Terasa diri ini trsgt kosong.. Tarbiyyah diri tidak terurus.. Terkadg ana merasakan diri ana hipokrit.. Dan ana paling tak suka jika orang menilai ana hanya dr sudut luaran shj.. Sedangkan dalamannya, hanya Allah shj yg tahu.. Ana x suka begitu..

Terlampau byk kekosongan yg tlah ana biarkan menginap dlm hati ini. Ilmu.. tersgt cetek ilmu yg ana ada.. ana sedih.. Bila memikirkan orang memberikan kepercayaan dengan taklifan, ttp hakikat sbnrnya, tidaklah spt yg dijangkakan.. andai ana mampu putar kembali disaat sebelum ana diberikan taklifan, mgkin ana akan tolak pemberian ini.. Ana bukanlah orang yg layak.. Tapi, ana redha.. Mungkin ini Tarbiyyah dari Allah utk ana.. Ana yakin akan ada hikmahnya.. cuma perlu di gali dengan mendalam...

Kdgkala kejahilan diri, akal yg berlandaskan nafsu cuba menguasai diri.. Ana x suka!! Aku hanyalah hamba-Mu yg lemah Ya Allah... Bantulah aku..

Entah kenapa ana rasa serabut sangat2 kepala nih.. Nak kata PM, tak jugak.. Astaghfirullah...Mungkin ianya silap dr dalam diri ana sendiri.. Kekontangan ilmu kerana kejahilan diri ini.. Kurniakanlah kekuatan kpd ku Ya Allah... Agar aku sentiasa teguh di dlm mencari ilmu... Aku bersyukur kerana dipilih di jln ini..

Apa yang TELAH aku lakukan untuk Islam??
Persoalan yg sering menghantui diri..
____________________________________________________________________
Ya Allah kuatkanlah aku Ya Allah,
Aku bimbang jika aku semakin jauh..
Janganlah Kau biarkan aku semakin jauh Ya Allah..
Aku bersyukur kerana dipilih di jln ini,
Ya Allah..

Thursday, April 16, 2009

Untukmu Wanita

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

ASSALAMUALAIKUM,

PROGRAM EKSLUSIF UNTUK WANITA

TAJUK: HATI YANG DIKASIHI ALLAH SIRI KE 4

PANEL: USTAZAH NOR HAFIZAH MUSA (PENSYARAH UNIVERSITI DAN PANEL IKIM, KETUA PENAUNG PERKIM N MUSLIMAT PAS)

HARI: SABTU

TARIKH: 18 APRIL 2009

JAM: 9.30 PAGI -12.30 TGH

TEMPAT: SURAU AS-SYAKIRIN, BANDAR TUN RAZAK ( BERHAMPIRAN LRT BANDAR TUN RAZAK)

P/S: UNTUK MAKLUMAN SEMUA INI ADALAH PROGRAM BERKALA SETIAP BULAN MINGGU KE 3, HARI SABTU, DI BANDAR TUN RAZAK (BANTURA) MATLAMAT ADALAH UNTUK ORANG AWAM, SILA SEBAR-SEBARKAN MAJLIS ILMU INI...

*Bagi yang berkelapangan dijemput hadir.=)

Saturday, April 11, 2009

Salam Mujahadah buat Sahabat2

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Assalamu'alaikum w.b.t..

Bersempena musim peperiksaan yg bakal menjelang, ana nak mohon jutaan kemaafan buat sahabt2 samada yang kenal ataupun tidak jika terdapat salah silap sepanjang persahabatan kita. Halalkan segala makan minum, doakan yang terbaik buat kita semua.

Bersempena peperiksaan jugak, ana akan berhenti buat seketika dalam menulis artikel di blog ini sehinggalah peperiksaan tamat pada awal bulan 5 InsyaAllah... Dan membungkus segala laptop dan broadband yang hanya akan mengganggu pembelajaran ana...

Semoga kita diberikan ketenangan, kemudahan dan kefahaman dalam menuntut ilmu dan menjawab peperiksaan kelak.. InsyaAllah.. Amiin..

Wallahua'lam..
Sekian,
Wassalam...

Friday, April 10, 2009

Sebelum terlena

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Sebelum Terlena
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini


Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Wednesday, April 8, 2009

Kepastian yang Nyata~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Syurga yg dijanjikan,
Bukanlah suatu khayalan,
Ttg nikmat berpanjangan Illahi,
Neraka yg trcipta,
Menghimpun azab derita,
Tangisan kesengsaraan insan..

Syurga,
adalah kelazatan,
terbentang buat hamba beriman,
yang kasihkan Tuhannya,
yang kasihkan Rasulnya, yang kasih Agamanya...

Neraka,
Tempat kedukaan,
angkara kedurjanaan insan,
yang lupakan Tuhannya,
yang lupakan Rasulnya, yang lupa Agamanya...

*(Petikan lirik lagu Inteam-Kepastian)

Kepastian! Segala janji2 Allah yang telah termaktub di dalam Al-Quran adalah suatu kepastian yang telah ditetapkan. Samada kita sedar atau tidak, Qiamat semakin menghampiri kita. Kematian juga semakin menjengah kita.. Namun adakah diri ini sudah bersedia untuk menghadapi kedatangannya yang tidak diundang? Tanda2 Kiamat sudah terlalu banyak yang telah terjadi. Hanya menantikan saat bumi dan alam ini hancur.

Apakah nasib kita, seandainya semasa maut datang menjemput, kita belum bersedia untuknya? Dan kita juga sedang leka diulit keindahan dunia yang hanya sekadar khayalan? Sibuk dengan wang, pangkat, wanita dan sebagainya? Kita tidak akan pernah tahu, adakah telah cukup segala amal kita untuk mendapatkan ganjaran Syurga-Nya, atau belum...

Ya Allah, aku berdoa..
Andai nyawaku hanya sampai disini sahaja,
Izinkanlah aku pulang dengan kegembiraan yang menanti di sana,
Bukanlah kepulangan yang menanti dengan azab siksaan Kubur dan neraka..
Na'uzubillah..
Kerana azabnya teramat pedih dan tidak termampu untuk ku tanggung..
Aku rindukan pertemuan dengan-Mu Ya Allah,
Aku rindukan syurga-Mu Ya Allah,
Aku rindu untuk bertemu dengan Rasul-Mu Ya Allah..
Izinkan aku bertemu dengan-Mu dalam keadaan yang Kau redhai Ya Allah..
Ampunkan dosaku Ya Allah..
Perkenankanlah doaku ini Ya Allah,
Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin..

Wallahua'lam..
Wassalam..

Monday, April 6, 2009

Kisah wanita yang beriman dan anak kecilnya~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Kisah ini adalah mengenai seorang wanita yang sentiasa memelihara keimanannya walau dimana sahaja beliau berada yang berlaku suatu masa dahulu. Pada suatu hari, wanita itu keluar bermusafir bersama-sama dengan seorang anaknya yang masih kecil. Mereka bermusafir dengan menaiki sebuah kapal. Semasa di dalam perjalanan, tiba-tiba ditakdirkan oleh Allah s.w.t ribut melanda. Ribut tersebut telah menghentam kapal yang dinaiki oleh mereka berdua.

Habis karamlah kapal yang mereka naiki dan hanya tinggal serpihan2 kayu dilautan yang sangat luas milik-Nya. Namun kasih sayang Allah menyelamatkan wanita tersebut dan anaknya. Beliau berjaya menaiki sebuah serpihan kayu yang agak besar. Maka duduklah wanita tersebut bersama anaknya menanti kemungkinan ada kapal lain yang lalu untuk menyelamatkan mereka.

Semasa berada di atas serpihan papan tersebut, beliau terlihat seorang lelaki sedang terkapai2 cuba untuk menyelamatkan diri daripada lemas. Kerana kasihankan lelaki tersebut, wanita itu membantu dan mempersilakan lelaki tersebut menaiki serpihan kayu bersama-samanya. Setelah berjaya menaiki serpihan kayu tersebut, lelaki yang masih lemah itu mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menyelamatkan nyawanya.


Detik demi detik masa berlalu, lelaki tadi telah pulih daripada keletihan yang dialami olehnya. Melihatkan kepada wanita yang duduk bersama-samanya di atas serpihan papan itu, timbul satu niat jahat dalam hati lelaki tersebut. Syaitan telah berjaya menggoda lelaki tersebut. Lantas lelaki itu mengajak wanita tersebut melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Lelaki itu memujuk wanita tersebut dengan mengatakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang tahu dan nampak perbuatan mereka.

Namun, pujukan tersebut ditolak oleh wanita itu. Wanita itu tetap dengan pendiriannya untuk tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t itu. Lelaki itu menjadi berang lantas bertanya, " Adakah engkau menolakku kerana anakmu?". Tanpa berfikir panjang, lelaki
tersebut merampas anak wanita itu dan mencampakkannya di dalam laut. Maka, menangislah si ibu teresak2 mengenangkan nasib anaknya itu.

Dalam kesedihan yang melanda, beliau tetap bermohon kepada Allah agar diselamatkan anaknya. Ditakdirkan Allah, sebuah kapal telah melalui kawasan wanita tersebut. Lalu, anak-anak kapal tersebut telah menyelamatkan wanita itu dan membawanya ke atas kapal. Wanita itu tidak putus-putus mengingatkan tentang nasib anaknya dengan linangan air mata kesedihan seorang ibu.

Tiba-tiba, beliau terdengar suatu suara tangisan. Beliau cuba mengamatinya dan beliau merasakan seolah-olah beliau mengenali suara esak tangisan itu. Beliau tidak mengendahkannya kerana beliau rasakan ianya hanyalah mainan perasaan beliau yang terlalu memikirkan tentang anaknya. Namun, suara tangisan itu tetap kedengaran. Beliau memerhatikan sekekliling untuk mencari dari manakah datangnya suara itu.

Tiba-tiba, beliau terpandangkan kepada sekumpulan manusia yang berada diatas kapal itu. Beliau mendekati mereka. Alangkah terkejutnya wanita itu, anak kecil di dalam gendongan mereka itu adalah anaknya yang telah dicampakkan ke laut sebelum itu. Lantas berderailah air mata keibuan dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t. =)

* Pengajaran cerita:
Walau dimana jua kita berada, ingatlah bahawa Allah s.w.t sentiasa memerhatikan kita. Peringatan buat diri yang sering alpa ini dan buat sahabat2 sekalian, Sama2lah kita pelihara iman kita dimasa manusia melihat dan dimasa tidak ada manusia yang melihat kita. Kerana Allah senantiasa melihat kita. Selain itu juga, kebergantungan kita hendaklah kita letakkan 100% hanya kepada Allah.

Janganlah kita bergantung kepada selain Allah kerana ianya membawa kepada syirik. Na'uzubillah... Dan yakinlah! Jika kita meletakkan sepenuh kepercayaan dan kebergantungan kita kepada Allah, InsyaAllah seberat mana pun ujian atau sebesar manapun ujian yang menimpa kita, kita tidak akan mudah menyerah dan berputus asa. Kerana kita yakin bahawa Allah itu sentiasa ada untuk kita dan sentiasa memberikan yang terbaik buat kita..=)

Ana teringatkan satu ayat dari seorang sahabat mengenai ujian. Pandanglah segala nikmat yang telah Allah s.w.t berikan kepada kita nescaya tak terhitung banyaknya nikmat dari Allah. Sejak dari kita mula melihat dunia sehingga sekarang, berapa banyak nikmat yang Allah dah berikan kepada kita? Namun, kenapa kita cepat berpaling dan mudah putus asa dengan ujian yang hanya sedikit dari selautan nikmat yang telah Allah berikan? Sama2lah kita muhasabah balik diri kita. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Amiin..

Wallahua'lam..
Wassalam...

Riwayat Bidadari Syurga

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Sebuah buku terbitan Hijjaz Records Publishing yang ditulis oleh Munif Ahmad. Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Bidadari2 syurga. Bagus untuk menjadi tatapan muslimah2 yang ada diluar sana, dalam menggamit cinta Illahi.

Ana sendiri belum sempat menghabiskan buku ini, tp bg ana buku ini mampu memberikan satu suntikan kepada kita dalam menjalani kehidupan yang diredhai oleh Allah s.w.t. disamping dapat menyelami riwayat hidup mereka. Buku ini dimulakan dengan kisah hikayat Adam dan Hawa sehinggalah kepada penantian Ainul Mardhiah, Bidadari yang diciptakan khusus bagi seorang pemuda yang mati syahid. Bukan saja bagus untuk muslimah, tp Muslimin juga digalakkan untuk membacanya.

*Jadi, bolehlah pergi menjengah2 kedai buku yang berhampiran untuk mendapatkan buku ini. Selamat membaca.. =)
____________________________________________________________________

Aduhai para Bidadari Syurga...
Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tak bisa digugah.
Dalam kehalusan jemarimu, tergenggam utuh janji abdi pada yang Esa.
Dalam penuh rasa malumu, suaramu mampu menggegar dunia.

Wahai Bidadari syurga,
kau tambat hati pada yang Esa.

Saturday, April 4, 2009

Coretan di malam Hari

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Dan orang-orang yang ingkar kepada Tuhannya, akan mendapat azab Jahanam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.(6)

Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara,(7)

Hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan kedalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, "Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?"(8)
(Al-Mulk:6-8)

Sungguh berat azab neraka yang menanti di akhirat kelak. Tidak ada seorang pun yang sanggup masuk ke dalamnya. Namun, adakah kita telah berusaha untuk menjauhinya?

Kerana dosa yang ada menggunung tinggi. Begitu juga orang yg sedang berbicara. Sedangkan diri sentiasa lalai dan terpesona dengan pujukan dunia yang tidak pernah henti-henti datang menggoda. Sebagai hamba-Mu yang lemah dan jahil, aku sentiasa tertewas oleh dunia Ya Allah.. Bantulah aku Ya Allah.. Aku rindu untuk sentiasa berada di sisi-Mu, kerana bila segalanya berlandaskan kehendak-Mu, tidak akan ada lagi rasa cinta akan dunia itu.

Ya Allah, Jauhkanlah kami dari kesesatan,
tunjukkan kami jalan yang Engkau redhai,
Iaitu jalan orang2 yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat,
Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah tempat kami kembali,
Maka kembalikanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai,
Bukanlah dalam keadaan yang Engkau murkai.
Amiin, Yaa Rabbal 'Aalamiin..

*Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, samada kita sedar ataupun tidak.

Wallahua'alam..
Wassalam...
____________________________________________________________________

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

(UNIC-Bisikan Malam)

Doa Slps Membc Al-Quran

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Ya Allah, dengan Al-Quran, kurniakanlah kasih sayang-Mu kepada hamba. Jadikan Al-Quran sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagi hamba. Ya Allah, ingatkan hamba bila ada ayat yang hamba lupa mengingatkannya. Ajarkan pada hamba, ayat yang hamba tidak memahaminya. Kurniakanlah hamba kenikmatan membacanya, sepanjang waktu baik tengah malam atau tengah hari. Jadikan Al-Quran bagi hamba sebagai hujjah, Yaa Rabbal 'Aalamin."

Lazimnya selepas kita membaca Al-Quran, kita akan membaca doa seperti diatas. Namun kadangkala jika kita membaca doa tanpa memahami maknanya, tidak akan hadir rasa memohon dengan bersungguh2 kepada Allah kerana kita tidak memahami apa yang kita bacakan. Oleh sebab itu, ana sekadar mahu berkongsi sedikit berkenaan maksud bagi doa khatam Al-Quran yang sering kita baca. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sudah tahu. Tapi ianya sekadar peringatan buat ana dan sahabat2 sekalian. =)

Wallahua'lam..
Wassalam..

Mohonlah pertolongan dr Allah

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Rabu yang lalu, ana mengikuti satu usrah bersama sahabat2 ana. Di dalam usrah itu, kami ada membincangkan mengenai tafsir ayat Al-Baqarah. Dalam ayat2 yang dibincangkan, ada satu ayat yg bermaksud:

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." (Al-Baqarah:45-46)

Sesungguhnya dalam mengharungi hidup seharian sebagai hamba Allah, kita tidak lari dari menghadapi apa jua bentuk ujian dari Allah s.w.t.. Dan dalam apa jua urusan, kita hendaklah memohon pertolongan dari Allah semata2. Bukan daripada selain-Nya.

Seperti yang termaktub di dalam ayat di atas, dalam memohon pertolongan kepada Allah, kita hendaklah memohon dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Sekiranya ditakdirkan, Allah tidak memakbulkan permohonan kita, hendaklah kita sabar. Kerana sesungguhnya Allah telah menyusun apa yang terbaik buat diri kita. Dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Justeru, buat sahabat2 ana sama2lah kita berdoa dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t agar dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat kelak dilandasan perjuangan ini.

Bagi peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang, sama2lah kita berusaha dan bertawakkal kepada-Nya. Bermohonlah kepadanya agar kita dikurniakan kemudahan dalam menjawab peperiksaan dan dikurniakan keputusan yang cemerlang. Namun, sekiranya ditakdirkan kita tidak mendapat apa yang kita hajati, Bersangka baiklah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita kerana Dialah yang menciptakan kita. Dialah Tuhan kita yang Satu. =)

Wallahua'alam...

Wassalam..

Thursday, April 2, 2009

Hak Seorang Muslim

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Hak seorang Muslim keatas seorang Muslim yang lain ada 6 perkara,
1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya,
3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
4) Apabila ia bersin dan bertahmid, maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit,
5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi, dan
6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya"

(Hadith Riwayat Muslim)


Seorang sahabat ana telah menyebutkan hadith ini di dalam usrah yang telah diadakan pada rabu yang lalu. Hadith ini membuatkan kita melihat kembali dalam diri kita, adakah kita telah penuhi segala hak2 Muslim yang lain. Namun pada hakikatnya, pada masa kini, amat payah untuk kita memenuhi segala hak2 bagi seorang Muslim yang lain.

Terutamanya hak yang pertama iaitu apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam. Ana tidak tujukan perkara ini pada sesiapa tapi ana tujukan terutamanya pada diri yang serba kekurangan ini. Bila direnungkan kembali, kenapa begitu payah untuk mengucapkan salam ketika bertemu dengan sesama Muslim.

Kadangkala kita cuma mengucapkan salam kepada mereka2 yang kita kenali sahaja. Padahal semua Muslim mempunyai hak yang sama. Mungkinkah kerana rasa malu? Atau risau orang lain akan membuat anggapan yang bukan2 mengenai diri kita? Sedangkan ianya bukanlah satu perkara yang amat berat dan sukar untuk dilakukan. Seperti ada emas di dalam mulut ini. Semoga kita dapat sama2 koreksi semula diri kita dan mencari punca sebenar mengapa begitu sukar untuk kita memenuhi hak2 saudara seIslam kita yang lain. Tidak dilupakan juga kepada hak2 yang lainnya iaitu hak yang kedua hingga ke enam. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk melakukannya. Bantulah kami Ya Allah.. Amiin..

Wallahua'lam..