Saturday, April 4, 2009

Mohonlah pertolongan dr Allah

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Rabu yang lalu, ana mengikuti satu usrah bersama sahabat2 ana. Di dalam usrah itu, kami ada membincangkan mengenai tafsir ayat Al-Baqarah. Dalam ayat2 yang dibincangkan, ada satu ayat yg bermaksud:

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." (Al-Baqarah:45-46)

Sesungguhnya dalam mengharungi hidup seharian sebagai hamba Allah, kita tidak lari dari menghadapi apa jua bentuk ujian dari Allah s.w.t.. Dan dalam apa jua urusan, kita hendaklah memohon pertolongan dari Allah semata2. Bukan daripada selain-Nya.

Seperti yang termaktub di dalam ayat di atas, dalam memohon pertolongan kepada Allah, kita hendaklah memohon dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Sekiranya ditakdirkan, Allah tidak memakbulkan permohonan kita, hendaklah kita sabar. Kerana sesungguhnya Allah telah menyusun apa yang terbaik buat diri kita. Dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Justeru, buat sahabat2 ana sama2lah kita berdoa dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t agar dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat kelak dilandasan perjuangan ini.

Bagi peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang, sama2lah kita berusaha dan bertawakkal kepada-Nya. Bermohonlah kepadanya agar kita dikurniakan kemudahan dalam menjawab peperiksaan dan dikurniakan keputusan yang cemerlang. Namun, sekiranya ditakdirkan kita tidak mendapat apa yang kita hajati, Bersangka baiklah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita kerana Dialah yang menciptakan kita. Dialah Tuhan kita yang Satu. =)

Wallahua'alam...

Wassalam..

No comments: