Saturday, April 4, 2009

Doa Slps Membc Al-Quran

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Ya Allah, dengan Al-Quran, kurniakanlah kasih sayang-Mu kepada hamba. Jadikan Al-Quran sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagi hamba. Ya Allah, ingatkan hamba bila ada ayat yang hamba lupa mengingatkannya. Ajarkan pada hamba, ayat yang hamba tidak memahaminya. Kurniakanlah hamba kenikmatan membacanya, sepanjang waktu baik tengah malam atau tengah hari. Jadikan Al-Quran bagi hamba sebagai hujjah, Yaa Rabbal 'Aalamin."

Lazimnya selepas kita membaca Al-Quran, kita akan membaca doa seperti diatas. Namun kadangkala jika kita membaca doa tanpa memahami maknanya, tidak akan hadir rasa memohon dengan bersungguh2 kepada Allah kerana kita tidak memahami apa yang kita bacakan. Oleh sebab itu, ana sekadar mahu berkongsi sedikit berkenaan maksud bagi doa khatam Al-Quran yang sering kita baca. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sudah tahu. Tapi ianya sekadar peringatan buat ana dan sahabat2 sekalian. =)

Wallahua'lam..
Wassalam..

4 comments:

luqman said...

Assalamualaikum

MMmmmm ... ada x lafaz arab tuk doa khatam quran kat enti ... ana nak cuba takhrij .... nak wat kajian d masa boring waktu cuti nie heheheh ... kalo ada tolong email ke asqalany88@gmail.com

dan setakat pengetahuan ana yg masih ckit macm x warid la ....

yg berkat dengan quran pun ialah yg nie

3528 - حَدَّثَنَا يَزِيدُ أَنْبَأَنَا فُضَيْلُ بْنُ مَرْزُوقٍ حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ الْجُهَنِيُّ عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَصَابَ أَحَدًا قَطُّ هَمٌّ وَلَا حَزَنٌ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي إِلَّا أَذْهَبَ اللَّهُ هَمَّهُ وَحُزْنَهُ وَأَبْدَلَهُ مَكَانَهُ فَرَجًا قَالَ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نَتَعَلَّمُهَا فَقَالَ بَلَى يَنْبَغِي لِمَنْ سَمِعَهَا أَنْ يَتَعَلَّمَهَا

H/R Ahmad

Doanya ialah yg nie

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

120. “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”
Nie dari pembacaan ana setakat nie mungkin ada lagi d kitab hadis y glen lafaz yg enti mksdkn …. Wallahu’alam
Rujukan :
a) Musnad Ahmad, mktabah syamilah
b) Hisnul muslim, Dr said ali wahf al-qahthani

Just_me said...

maaf ana x de yg lafaz arabnya.. tp doa nih doa yg slalu kita bc..
Allahummar hamna bilQuran.. dan seterusnya.. sbb ana amek pun dr bhgian blkg tafsir Al-Quran.. tp setahu ana, x salah klu kita bc.. sbb ia hanyalah sekadar doa.. mcm kita berdoa hari2 slps solat kita.. Apa jua doa, asalkan baik dan kita faham maknanya, x menjadi kesalahan.. tp ana x ckp doa nih yg sahih.. Wallahua'lam..

luqman said...

jgn silap faham tau ... ana mintak maaf kalo ada silap @ salah ... wallahu;alam

Just_me said...

ok.. ana fhm.. syukran jazilan ye..
=)