(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia)
Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli?
Karena kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakan mu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,karenanya kau tak menginginkan persamaan.
Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh,karena akan membuatku mengingatmu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berpenghujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan keinginan diri, meski hujung penutupmu pun tak berani kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan keinginan ku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.
Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi.
Kerana kau hanya manusia-hanya wanita.
Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukan tangis do'amu.
Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah keinginanmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.
Sjak diambil dari http://www.mutiara-solehah.blogspot.com/
4 comments:
salam,Kalau kita lihat kisah bagaimana lahirnya Umar 'Abdul 'Aziz, adalah hasil dari pilihan Umar Al-Khattab untuk anaknya. Pada satu hari, Umar Al-Khattab setelah penat bekerja, beliau berehat dan bersandar di sebuah bangunan. Tiba-tiba dia terdengar satu perbuala antara ibu dan anak perempuannya. Ibunya mahu menipu dengan mencampurkan susu dan air biasa. Tetapi anaknya menegahnya dengan mengatakan bahawa hal ini menyalahi perintah Khalifah. Kemudian ibunya membalas dengan mengatakan bahawa Khalifah Umar tidak melihat. Anaknya pula dengan tegas mengatakan, "Jikalau Khalifah Umar tidak mengetahui sekalipun, namun Tuhan kepada Khalifah Umar Maha Mengetahui.."
Mendengar perbualan tersebut, Umar Al-Khattab terus menyuruh pegawainya menyiasat siapakah yang tinggal dirumah tersebut, apakah anak perempuan tersebut sudah menikah atau belum. Setelah mengetahui perempuan tersebut masih belum menikah, Umar Al-Khattab memanggil anak-anaknya dan berkata kepada anaknya, sekiranya dia masih berkeinginan, nescaya beliau akan mengahwini perempuan tersebut, namun dia sudah tidak berkeiginan dan mahu anaknya berkahwin. Anak pertama dan keduanya sudah berkahwin dan sudah tidak berkeinginan untuk menambah isteri, kemudian anaknya bernama 'Asim bersetuju. Umar Al'Khattab pun merisik perempuan tersebut dan akhirnya perempuan tersebut bersetuju untuk menikah. Perempuan tersebut bernama Laila. Hasil daripada keturunan pernikahan tersebut, lahirnya Umar b 'Abdul 'Aziz.
Salam..syukran akhi atas perkongsiannya.. ana mcm pnah dgr cite nih tp x ingt sgt.. Syukran skali lg.. Smg Allah mmbrkatimu..
terharu....
syukran akhi Are-kir Al-Hafiz sudi singgah.. ana sbg muslimat juga turut rase trharu..=) Doaku smg kita dikurniakan psgn yg bisa membntu kita dlm perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi, dan yg bisa membntu membw kita dkat dgn Allah s.w.t.. Amiin..
Post a Comment