Wednesday, May 27, 2009

Nakhoda??

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti
jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah"

Alhamdulillah, satu hari lg dikurniakan ni'mat hidup di atas muka bumi ini. Diberi ni'mat Iman dan Islam. Ana teringat akan lirik lagu dari Mestica-Cinta Teragung. hidup ini diibaratkan seperti sebuah bahtera yang berlayar di lautan yang luas. Ia mengingatkan ana pada salah sebuah filem hollywood yg bertajuk Pirates of the Caribbean-At World's End yg pernah ana tonton.


Ana cuba bawakan salah satu 'scene' yg terdpt di dlm filem tersebut yg mana kapten Jack Sparrow yg baru shj di selmatkan drpd Davy Jones locker. Di dalam scene ini dpt kita lihat pertelingkahan yg berlaku diantara Kapten Barbossa dan Kapten Jack Sparrow. Ini disebabkan oleh kedua2nya merasakan merekalah kapten bg The Black Pearl. Mmg lagat yg melucukan. Namun ana bukanlah berniat untuk membawakan mengenai kisah tersebut. Namun apa yg ana nk cuba sampaikan ialah di dalam sebuah kapal, tidak boleh mempunyai lebih dr seorang Nakhoda atau kapten.

Begitulah juga analoginya bg Tuhan yg berkuasa ke atas alam semesta ini. Bayangkanlah sekiranya terdapat 2 atau lebih Tuhan yg mentadbir alam ini, apakah kemungkinan yg akan berlaku? Sudah semestinya akan berlakunya pertelingkahan diantara Tuhan-Tuhan ini. Ana teringat akan kata2 seorang ustaz ana. Seperti yg kita lihat dlm agama lain, adanya Tuhan yg dikhaskan untuk bhgian2 tertentu, ada pula yg dikhaskan dibahagian yg lain. Ini membuktikan bahawa Tuhan2 itu bukanlah yg Maha Berkuasa kerana memerlukan lebih dr satu untuk mentadbir alam dan hanya khas untuk bahagian2 tertentu shj.

Dalam Islam, Tuhan yg layak disembah hanyalah Allah. Dialah Tuhan yg Maha Esa spt yg termaktub di dalam surah Al-Ikhlas:1.
"Katakanlah (Muhammad),'Dialah Allah, Yang Maha Esa'."

Tiada satu kuasa pun yg layak disembah melainkan Allah s.w.t. Hanya satu kuasa yg mentadbir alam ini yakni Allah s.w.t. Tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah.=)

Wallahua'alam..
Wassalam..

4 comments:

lillah أم هريرة said...

my favret song.... :'-)

Just_me said...

syukran ya Ukhti..=) My feveret song too..

Unknown said...

erm...analogi yg diceduk dr filem..bagus2...

Just_me said...

Alhamdulillah..Ilham dr Allah s.w.t... =)