Thursday, May 28, 2009

Suri Tauladan Ummah~Saiyidatina Khadijah r.a

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Kisah ini ana titipkan buat renungan kita semua terutamanya kaum hawa yang ada dimuka bumi ini. Terngiang-ngiang sebuah nasyid yg didendangkan oleh Inteam yg bertajuk Siti Khadijah. Ana masih ingat lg lagu ini keluar sms ana tingkatan satu. Sejak sekian lama ana amat mengagumi Srikandi Islam yg pertama ini Saiyidatina Khadijah r.a. Beliau jualah idola ana. Kisah perjalanan hidupnya yg sanggup berkorban demi Islam tercinta membakar obor semangat didlm diri ini untuk mengikuti jejak langkahnya. =)

Wanita terbaik dimuka bumi..=)

Riwayat Muslim dan al-Bukhari mengatakan sebaik-baik wanita adalah Maryam Binti 'Imran dan Khadijah Binti Khuwailid. Justeru itu Khadijah mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Rasulullah s.a. w. meskipun sesudah meninggal dunia ia dicemburui oleh 'Aisyah r.a.

Riwayat Hidup...=)


Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwalid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Dari Qusay bin Kilab bertemu nasab beliau dengan Rasulullah s.a.w. Sejak zaman Jahiliah kedudukan Khadijah amat tinggi dengan keturunan yang baik juga keperibadian beliau yang cukup dihormati. Ibnu Kathir menyifatkan beliau sbg seorang yg cukup matang dan berpandangan jauh.

Kita singkap kembali dihari ketika wahyu pertama diturunkan. Beliaulah yang membantu Nabi s.a.w. Ketika Rasulullah s.a. w. dilakukan sewenang-wenang, beliau jualah yang menjadi perisai.

Lambang Kasih Seorang Isteri...=)

Bagi mujahidah2 bunga2 Islam yg bakal mendirikan rumah tangga, moga kisah ini dapat dijadikan tauladan sepanjang perjalanan menuju akhirah, dalam mengharungi liku2 jln dakwah ini. Semasa hayat Khadijah, Nabi s.a.w tidak pernah berniat utk berkahwin lain. Betapa istimewanya beliau di hati Rasulullah s.a.w. Kehadiran Khadijah dalam kehidupan Nabi s.a.w memberi suatu kekuatan dan tenaga pendorong untuk menghadapi tugas yang amat berat. Beliau menjadi teman hidup yang dapat menghilangkan kesepian,memberi hiburan di kala duka, malah rela berkorban sepanjang masa.

Semasa Nabi s.a.w berangkat ke gua-gua di sekitar Mekah untuk bersedirian,beliau mempersiapkan bekalan yang diperlukan.Jika suaminya lambat pulang beliau amat gelisah.Bila dilihat suaminya bermunajat beliau merasa tenang dan sabar tanpa mengomel. Sebenarya,bukanlah suatu perkara yang enteng bagi seorang isteri menahan kesabaran untuk suami yang sering meninggalkan rumah dengan alasan untuk beribadat,terutama pada zaman jahiliah yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Sekiranya Khadijah mengikutkan perasaan sudah pasti beliau memprotes perbuatan Rasulullah itu. Tetapi Khadijah mempunyai keyakinan yang teguh terhadap suaminya itu.

Dua puluh lima tahun bersama Rasulullah Khadijah sumber kebahagiaan,ketenangan, kemesraan yang mendalam. Beliau meninggalkan contoh terbaik sebagai suri yang patuh dan taat. Buat mujahidah2, semoga keperibadian beliau dpt kita sama2 jadikan contoh dlm menyokong perjuangan dan dakwah Islam terutama kpd psgn hidup bg yg telah dan akan mendirikan rumah tangga. (Khas buat K.Mie tersyg..)

Sumbangan...=)

Sejak diawal perkahwinan beliau sehinggalah keakhir hayatnya, kisah hidup beliau penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi Muhammad menyatakan resah didatangi Jibril, sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang ini membuat Khadijah dapat menenangkan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau jugalah pendorong dan pembantu Nabi s.a.w ketika Nabi s.a.w berdakwah.

Beliau sanggup sama2 berlapar apabila Nabi s.a.w dipinggirkan. Beliau sanggup mengeluarkan dan mengorbankan segala hartanya demi Islam tercinta. Malah kekuatan Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau.

Cuba kita koreksi semula diri kita. Mampukah kita menjadi sepertinya? Sanggupkah kita bersusah payah demi Islam? Sanggupkah kita korbankan segalanya? Apakah sumbangan yg dapat kita berikan kpd Islam sbg seorang Muslimah dan mujahidah Islam? Sanggupkah kita ditinggalkan oleh insan tersayang semata-mata utk jln Dakwah, demi Islam?

Kewafatan...

Selepas dua puluh lima tahun brsama Rasulullah,pergilah seorang wanita yang menjadi isteri,ibu dan pejuang yang istimewa dan Nabi tidak berenggang dengannya selama tiga hari.Akhirnya,beliau menghembuskan nafas terakhir di hadapan suaminya. mayatnya dimasukkan sendiri oleh suami ke persemadian terakhir. Suatu kehilangan yang amat cukup dirasai oleh Rasulullah. Islam ketika itu sudah berkembang ke luar dari Mekah.Tahun itu dikenali sbg "tahun dukacita" bg Rasulullah s.a.w. Beliau muncul sebagai sebaik-baik wanita di dunia dengan gelaran "ibu semua kaum mukminin". Beliau meninggalkan zuriat Rasulullah melalui anaknya Fatimah.

Penutup...

Khadijah menjadi inspirasi wanita dunia yang begitu teguh iman dan pendirian,amat setia,beramanah dan bertanggung jawab serta menjadi ibu yang terbaik. Dia mengutamakan pendidikan anak-anak melebihi tugas lain.

Bagi mereka yang keluar rumah untuk mencari nafkah hidup tidak boleh menjadikan itu alasan untuk tidak dapat menyempurnakan tugas asasi mereka. Wanita mesti melibatkan diri dengan peIjuangan Islam dari contoh tauladan yang ditunjuk oleh Khadijah.

Ayuh muslimah2 diluar sana. Contohilah peribadi Saiyidatina Khadijah. Sanggup berkorban demi Islam tercinta. Akhlak beliau yg terpuji. Di sini dpt dilihat, kita muslimat juga mampu untuk menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Jadi tunggu apa lg, Ayuh bangun bergerak ke medan Dakwah! Benarlah kata pepatah "Tangan yg menghayun buaian bisa menggoncang dunia."=)

Semoga diriku dapat menjadi sepertinya..
Memiliki akhlak semulianya...
Amiin..

"Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah"

Wallahua'alam..
Wassalam..=)
________________________________________________________________________

Siti Khadijah
Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

No comments: