Tuesday, May 26, 2009

Ada Apa Dgn 22-24 Mei??

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

For almost 1 months ana x menulis di blog ini kerana tidak punya idea dan Alhamdulillah pd pg hari yg hening ini ana berkesempatan untuk berkongsi pengalaman ana dgn shbt2 sekalian. Pada 22-24 Mei yg lepas, ana baru shj mengikuti satu program anjuran Anak Melaka. Pada mulanya ana berkemungkinan besar tidak dapat mengikuti program ini. Namun Alhamdulillah Allah mmberi peluang pd ana untuk mengikuti program ini di hari ulangtahun kelahiran ana =). Ape yg best mengenai program ni? Hurm... Klu nk tau kenela baca selanjutnye..=D

Sepanjang program ana hanya menjadi orang belakang tabir iaitu kerja-kerja dapur. Kadangkala rasa kerugian sbb x dpt mengikuti kuliah2 yg telah diadakan. Tp x pela, mgkin bukan rezki ana. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya. Jika ada sedikit kelapangan, ana akan cube untuk menghadiri ape jua bentuk kuliah yg ada.

Dan Alhamdulillah, ditakdirkan Allah pada mlm sbtu slps solat maghrib, ana punye sedikit kelapangan untuk mengikuti usrah adik2 yg membicarakan mengenai ilmu disebabkan tugas ana pd mlm itu tidak terlalu byk. Ia juga adalah permintaan dr sahabat ana untuk menemaninya. Tidak mahu mengecilkan hatinya, ana terima dgn hati trbuka. Mgkin ada sesuatu yg boleh ana ambil dr usrah ini memandangkan masa untuk mengikuti kuliah2 adalah terbatas.

Usrah ini dikendalikan oleh shbt2 ana, namun ia merupakan komunikasi dua hala dan ana kagum melihat adik2 yg berani memberikan pandgn. Shbt ana ada memberikan sedikit tazkirah mengenai 3 jenis ilmu. Iaitu ilmu yg mana kita boleh timba sebanyak2nya (iaitu ilmu2 fardhu 'ain), Ilmu yg perlu kita timba sedikit shj (iaitu ilmu2 fardhu kifayah) dan ilmu yg mana haram dlm kita mempelajarinya (iaitu ilmu sihir dsb). [andai ana tersalah harap shbt dpt membetulkannya]. Alhamdulillah, satu lagi ilmu yg ana dpt melalui usrah ini.


Apa yg menriknya, ana tertarik dgn soalan dr seorang adik muslimat yg bertanyakan mengenai bagaimana untuk memastikan ilmu yg kita perolehi itu adalah benar, dn hadith2 yg didtgkan oleh penyampai ilmu adalah hadith yg shahih berdsarkan situasi di mana, kdgkala Ustaz A kate lain Ustaz B pula kate lain.

Ana berterima kasih kpd adik yg bertanya kerana drnya ana dpt sesuatu. Memandangkan ana juga dlm proses menambah ilmu di dada. Kadangkala Individu A memberikan hujah A manakala individu B memberikan hujah B. Mana satu sbnrnye yg benar dan diterima ye? Soalan ini sentiasa bermain di fikiran ana.

Dan Alhamdulillah, berdasarkan perbincgn dr adik2, ada yg memberikan cdgn supaya kita catatkan hadith yg diberikan dan kemudian rujuk kembali dr kitab2 yg shahih. Shabt ana memberitahu dlm menuntut ilmu, jgnlah kita terima bulat2. Kita cuba semak semula ilmu2 yg kite perolehi bagi mengelakkan drpd perkara2 yg tidak diingini. Kesimpulannya, hendaklah kita berhati2 dlm menerima ilmu kerna bimbang ilmu tersebut boleh membawa kita jauh dr Allah s.w.t. Na'uzubillah...

Alhamdulillah, walaupun x byk kuliah yg dpt ana ikuti sepanjng program, namun ana bersyukur dgn sedikit ilmu yg ana timba ini. Dan teringat kata2 shbt ana, klu x de org dapur, x dela tng untuk kite berprogram.. Betul jugak kan? Alhamdulillah...=)

Melalui program ini juga, ana dpt berkenalan dengan sahabat2 ana dr U lain. Alhamdulillah.. Walaupun bru shj brtemu, namun trasa spt ada keserasian diantara kami (muslimat ye
) ;) .. Yg hanya beramah mesra melalui Hp juga spt pernah bertemu lagatnya. Itulah yg dikatakan Ukhuwwah kerana Allah. Sungguh terasa manisnya ukhuwwah itu. Semoga ianya berkekalan hingga ke syurga.. Amiin...=)

Semoga sedikit perkongsian yg x seberapa ini memberikan manfaat pd yg membacanya...

Wallahua'lam..
Wassalam...

4 comments:

LegendZ said...

" Sesiapa yang menuntut ilmu,
dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu,
atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu,
atau pun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang ramai memujinya,
nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. "
(Tirmizi dan Ibnu Majah)

Just_me said...

Syukran jazilan ustaz..
Na'uzubillah..semoga Allah s.w.t jauhkan dr dlm diri kite sifat2 di atas.. Amiin..

Wallahua'lam...

Anonymous said...

mcm kenal je sape yg tanye soklan tuu..hehe..
akk msk sdap la..lapau lak bile t'ingat balek makanan yg dihidangkan tempoh hari..huhu..
thnx kak..
dlm kenangan...

Just_me said...

salam dik..
huhu.. X sangke bertemu kite dcni..
x pela.. biarlah rahsia ye sape yg bertanya soalan tu..=)

Sedap ke mknn2 tu dik? mestila sedap sbb bukan akak yg masak. Akak b/up2 je..;p.. Tp x rase lelah ke kene mkn byk2, sian korang kami dera. x pela, itu baru sket ujian dunia sbg tarbiyyah utk diri kita.=)

Nway, ur welcome. Slamat menjalani dunia yg bakal lebih mencabar. Truskan perjuangan hingga ketitisan terakhir ye..=)