"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
"Allah s.w.t sentiasa ada untuk menjaga kita. Jika kita yakin kepada-Nya, InsyaAllah tiada satu daya pun yang dapat mengapa2kan kita tanpa izin dari-Nya.."Itulah pegangan yang ana pegang. Di saat ini, kolej tempat tinggal ana sudah senyap sunyi. Semua penghuni lain sudah pulang ke kampung halaman masing2 termasuklah housemate2 ana yg tercinta dan jugak as sempena cuti semester yg baru shj bermula. Hanya ada satu dua buah rumah shj yg masih berpenghuni. Keadaan di kolej 3 juga kelihatan gelap gelita tanpa sebarang cahaya.
Kadangkala timbul rasa tidak sedap hati. Bimbang kerana kawsan Kg Baru terlalu byk orang2 asing. Sampai setiap masa ana mengunci 'Sliding door' dan memangga pagar di dalam rumah. Bimbang ada perkara2 yg tak diingini berlaku. Seorang shbat ana ada mengusik, "eh siti, baik2 kt k2 tu, tgk2 kt tngkap..haha". Kadangkala ada juga perasaan sebegitu, tapi apa2 pun, ana cube tangkis perasaan itu dan berbalik semula dengan pegangan yang ana pegang.
Ana yakin, Allah s.w.t itu sentiasa ada untuk hamba-Nya. Tiada apa pun boleh berlaku tanpa izin Allah s.w.t. Begitulah yang ana katakan kepada sahabat ana. Tapi hendaklah kita yakin dengan sebenar2 yakin.. InsyaAllah, tiada apa yg akan berlaku.
Sebenarnya kita x pernah berseorangan. Walaupun tiada siapa disisi, tapi Dia ttp ada. Memerhatikan setiap gerak geri kita. Apa shj yg kita lakukan, jika baik ,pahala ganjarannya, jika buruk, dosa ganjarannya. Astaghfirullah...
Alhamdulillah, hilang segala perasaan yg x sedap yg melanda ana. Walaupun ana seorang di sini, tp Dia sentiasa disisi.. InsyaAllah..=)
2 comments:
hehe....xsangka ye nama ana ada dalam blog ini...
huuu.. eh tak2..
tu name asmahani tuh..
jgn salah ye..
heeee...=D
Post a Comment