Tuesday, May 5, 2009

Bukti Allah itu wujud~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya.

Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah,barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.


Cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud,kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul Allah wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya x dpt bayangkan Allah yg Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.


Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu tahu tak yg sebenarnye barber jgk tidak wujud?''


''Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''. Kata barber.''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.''Ah! Barber mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!''.kata barber.


“Tepat sekali!''. kata si lelaki tadi.''That's the point!. Allah jgk wujud. Itulah yg terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan.''

4 comments:

Al-Muary said...

Apabila Allah mencipta manusia ini,Allah membekalkan banyak ciri2 dan
sifat2 dan juga banyak fitrah2 yang Allah jadikan manusia berada
di atasnya,

Di antara fitrah itu,
insan ini mengenali tuhannya, Allah s.w.t
insan ini mencari tuhannya, Allah s.w.t
sama ada manusia di ajar atau tidak di ajar
manusia ini tetap mencari tuhan.

Inilah sebab kebanyakan manusia di bumi ini beragama,
walaupun sebahagian besarnya adalah sesat atau kafir.

Tetapi usaha manusia memegang agama adalah tafsiran bagi apa yang ada
pada jiwa insan yang sentiasa ingin mencari dan mendampingi diri kepada
tuhan.

KERANA ini adalah fitrah yang dibekalkan!

Jika manusia yang terputus daripada ketemadunan sekali pun,

seperti orang di Tibet,mereka tetap percaya kepada tuhan.
seperti orang di hutan Amazon,mereka tetap percaya kepada kewujudan tuhan.
Seperti orang di hutan,
walaupun Islam dan Kristian tidak pernah masuk kepadanya,
mereka tetap sembah suatu kuasa yang sangat kuat dan
diyakini itu adalah tuhan.

Percaya kepada tuhan itu satu fitrah!,
Yang dibekalkan dalam jiwa manusia
seperti dibekalkan

-ibu kasih kepada anaknya tanpa diajar
-lelaki memerlukan wanita tanpa perlu diajar
-wanita memerlukan lelaki tanpa perlu diajar

--------------------------------------------------

Kalau demikianlah sifatnya,
maka perjuangan para nabi dan rasul
BUKAN SETAKAT menjadikan manusia percaya kepada tuhan,Allah s.w.t

KALAUPUN tak didatangi nabi dan rasul,
mereka tetap percaya kepada kewujudan tuhan.

Pergilah tanya kepada orang Hindu,Buddha dan sebagainya,
"siapa yang menciptakan alam ini?"
Mereka akan menjawab tuhan dengan apa namanya,
tetapi ia merujuk kepada kuasa tuhan.

--------------------------------------------------

Allah mengutuskan nabi S.A.W kepada kaum Quraish dan
kepada manusia keseluruhannya.

Tetapi golongan pertama nabi hadapi adalah kaumnya sendiri.

Kaum Quraish HEBAT! :

-mereka ada Kaabah dan mereka juga menyebut sebagai Baitullah

-mereka sumpah "Wallahi" ( dengan nama Allah )

-nama bapa nabi kita adalah Abdullah ( hamba Allah ),diberi
datuknya sebelum kelahiran nabi lagi

-ketika mereka ingin melakukan kepungan ekonomi kepada nabi S.A.W
dan Bani Hashim,mereka tulis perjanjian antara mereka dan memulakan
perkatan "dengan nama Mu Ya Allah"

Quraish kenal Allah,
sekadar yang mereka kenal.

Alquran banyak merakamkan hakikat ini,
Allah berfirman :
"jika ditanya mereka siapa yang mencipta langit dan bumi,
menundukkan bulan dan matahari,
nescaya kafir Quraish itu akan menyatakan Allah"

Jika Quraish percaya tentang kewujudan Allah,
mengapa perlu datangnya Rasulullah S.A.W?
Mengapa perlu untuk rasul bertarung dengan mereka?
Mengapa pula mereka perlu menolak dakwah rasul,
jika asas keimanan dan kepercayaan
adalah sama iaitu
TUMPUAN TENTANG KEWUJUDAN TUHAN!

----------------------------------------------------

Ternyata,
seruan kepada tauhid,
seruan kepada Islam,
seruan kepada agama,

BUKANLAH SERUAN KEPADA MEMPERCAYAI KEWUJUDAN ALLAH,
KERANA seruan SEKADAR kewujudan ALLAH atau TUHAN
sesuatu yang telah dipercayai oleh manusia secara keseluruhannya!

Hatta orang Komunis yang tak percaya kepada tuhan,
HANYA pada zahirnya,
tetapi hati nurani mereka terdesak mencari tuhan.

Hatta orang Melayu yang tidak pernah sembahyang,
di masjid atau pun di surau,
secara fitrahnya,
jika datang kepadanya masalah yang tiada jalan keluar,
mereka tetap akan berdoa kepada Allah s.w.t

--------------------------------------------------

Jika itu fitrahnya!
Perjuangan para rasul apa?
Apa yang membawa para rasul ini berjuang?
Dan mengapa mereka beriman kepada Allah seperti kaum Quraish
tetap memerangi Muhammad S.A.W?

Jika sekadar orang Melayu berkata,
"saya beriman..saya juga tahu Allah itu ada.."

Jika itu dikatakan IMAN,
APA beza kita dengan Abu Jahal!?
APA beza kita dengan Abu Labab!?

Jika sekadar percaya dan yakin dengan kewujudan Syurga dan Neraka.
APA beza kita dengan IBLIS yang turut percaya dengan semua itu
dengan yakinnya.

-------------------------------------------------

2 perkara yang penting,tentang kesan kepada fitrah dan kepercayaan
wujudnya tuhan jika tidak dikendalikan dengan baik.

-------------------------------------------------

Manusia percaya kepada kewujudan tuhan,
rasul tiada,
apa kesan negatifnya?

Gambarkan,
kalau ada satu masyarakat yang tidak ada dikalangan itu rasul,
atau tidak dihantar kepada mereka agama yang benar,
atau tidak sampai kepada mereka mesej para rasul.

Mereka akan fikir tidak mungkin mereka terjadi begitu sahaja,
mesti ada kuasa yang kuat.

Bila perasaan itu ada pada jiwa mereka,
wahyu tidak datang kepada mereka,
mesti ada dikalangan mereka yang CERDIK.

orang itu akan menampilkan diri ( mungkin sebagai tok batin,sami
dan sebgainya ),
orang itu akan berkata :
"Tuan sekalian,kita tidak dijadikan dengan sendiri,
tetapi ada kuasa yang menjadikan kita dan kuasa itu adalah tuhan,
pencipta segala2nya."

Selepas dia kempen mengenai tuhan,
orang bawahan akan bertanya dengan sendirinya :
"tuan,bagaimanakah tuhan itu?"
"tuan,macam mana tuhan?"

Oleh kerana tidak ada wahyu,
dia akan kata,kemungkinannya :
"bagi masa untuk aku berfikir dahulu.."

Dia balik dan mula berfikir tentang tuhan,
TUHAN SUATU ZAT YANG TIDAK NAMPAK!
MAKA dia mula berkhayal mengenai tuhan.

Bila manusia berkhayal,
khayalan dia tidak lebih daripada

-apa yang pernah dia lihat
-apa yang pernah dia sentuh
-apa yang pernah dia dengar

Apabila die berkhayal tentang tuhan,
kalau dia orang Cina,
tuhan dia macam orang Cina,
kalau dia orang India,
tuhan dia macam orang India.

Padahal tuhan TIDAK BOLEH dibatasi kaum dan tempat!
Kerana Dia adalah tuhan semesta alam!

Setiap kaum dan bangsa apabila mereka cuba menyifatkan
dan menceritakan tuhan tanpa wahyu,
maka mereka menjadi SESAT!
Menyebabkan mereka mengasaskan agama yang BATIL!

inilah PERKARA PERTAMA kesan fitrah dan kepercayaan
wujudnya tuhan jika tidak dikendalikan dengan baik.

-------------------------------------------------

Sebab itu antara larangan agama ialah :
"Kamu memperkatakan mengenai Allah atas nama Allah
atau apa yang kamu tidak tahu,
maka mereka akan mula mencipta,
maka agama pula terbatas kepada kaum."

Sebab itu kita HAIRAN!
Orang itu muslim tiba2 masuk agama Hindu,
tuhan Hindu itu sendiri bersifat PERKAUMAN!
Sebab dalam agama Hindu,
bentuk tuhan itu adalah Hindu!

Sedangkan Islam TIDAK berunsurkan Arab dalam tuhan.
YA!!Meskipun bacaan2 dalam bahasa Arab.

-------------------------------------------------

Sebab itu apabila orang2 Kristian itu menggantikan Allah
dengan nabi Isa kononya,
apabila Isa di dunia barat,
maka isa itu seperti pemuda barat,
sedangkan Isa berasal dari Bani Israel,
tetapi Isa di gereja2 India kulitnya gelap! ( YA! Benar TERJADI! )

-------------------------------------------------

Oleh itu,
agama MENGHARAMKAN sesiapa sahaja yang memperkatakan
tentang zat Allah,
melainkan melalui apa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Maka tanda iman kepada Allah itu
dan tuntutan iman itu :
"Kita mensifatkan tuhan seperti tuhan mensifatkan diriNya."

TIDAK BOLEH mensifatkan dan menceritakan tentang tuhan itu
TANPA mempunyai dalil!

-------------------------------------------------

Dalil itu..
kerana tidak ada siapa yang tahu tentang zat itu,
rasul pun tak tahu,
MELAINKAN apa yang dikhabarkan oleh Allah kepada Baginda.

Maka tuhan tidak boleh diperkatakan,
tidak boleh disifatkan,
tidak boleh mencerita tentang tauhid dan akidah,
MELAINKAN semuanya hendaklah :
"Allah berfrman...(dari Al-Quran)"
"Rasulullah s.a.w bersabda....(dari al-hadith)"

JIKA TIDAK,
agama menjadi permainan akal dan khayalan manusia,
tuhan akhirnya menjadi pelbagai bentuk
di atas khayalan manusia.

-------------------------------------------------

Datanglah si Tok Batin tadi(atau sami,atau siapa2 saja),
contohnya Orang asli,
barangkali dia akan ukir patung berhala,
dan dia akan kata :
"tuhan ni,lebih kurang macam saya buat ni.."

Setelah katakanlah dia dapat menghuraikan makna tuhan
secara kesesatannya.

Apa soalan yang berikut
akan pengikut tanya kepada dia?
Apa perkara lain pengikut akan tanya
setelah dia cuba sifatkan tuhan?

mereka akan tanya seperti begini:
"Tuan,apa tuhan ini mahu pada kita?"
atau
"Macam mana cara kita nak berbaik pada tuhan ini?,
sebab dia berkuasa.."
atau
"Macam mana kita hendak dekatkan diri kepada tuhan?,
supaya tuhan menolong kita.."

DISEBABKAN tiada wahyu,
sekali lagi tok batin itu akan cakap :
"bagi saya masa,saya mahu fikir.."

------------------------------------------------

Apabila dia balik berfikir,
dia mula menyenaraikan senarai peraturan2 ibadah,
contohnya,
bakar api,
bakar gaharu,
sembahkan makanan,
berdiri lama,
sujud lama,
dan lain2 lagi.

Maka dia datang kembali,
dia berkata atas lidah tuhan
atau atas nama tuhan :
"pada hari selasa,tuan2 kena buat begini...dan begitu.."

Semua peraturan itu dia yang reka.

Mengapa dia reka?
Kerana dia TIDAK ADA wahyu.

Untuk itu perkara kedua yang penting dalam agama
selepas TIDAK BOLEH menyifatkan tuhan
MELAINKAN apa yang tuhan sifatkan diriNya,

iaitu,

TIDAK BOLEH memperkatakan tentang kehendak
peraturan2 ibadah kepada tuhan,
MELAINKAN apa yang Allah telah wahyukan kepada
rasulNya.

------------------------------------------------

Sesiapa yang memperkatakan bentuk ibadah,
bentuk cara pegabdian diri kepada tuhan,
tanpa melalui wahyu,
dia seakan2 sama dengan tok batin atau sami
atau siapa2 sahaja yang mereka agama.

-----------------------------------------------

Maka,
WAHYU MESTI MENJADI "TERAS"!

Demikian itu kedatangan para rasul
terkumpul dalam 2 perkara ini :

1.Masalah AKIDAH
2.Masalah IBADAH

Apa yang rasul buat,
Allah berfirman :
"Kami telah menghantar kepada setiap umat rasul,
kerjanya menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah,
dan jauhkan diri daripada Taghut.."

Akidah yang dibawa para rasul,
ialah akidah yang membersihkan daripada syirik,
bukan SEKADAR percaya tuhan itu wujud,
TETAPI hendaklah MENDAULATKAN tuhan di dalam ibadah.

------------------------------------------------

Tauhid itu yang kita namakan
Tauhid Rububiyah atau
Tauhidul I'badah.

Bahawasanya kita,
TIDAK akan beribadah MELAINKAN hanya kepada Allah.
TIDAK akan bertawakal MELAINKAN hanya kepada Allah.
TIDAK akan meminta MELAINKAN hanya daripada Allah.
TIDAK akan mengharap MELAINKAN hanya daripada Allah.
TIDAK akan mengagungkan MELAINKAN hanya kepada Allah.
TIDAK akan beribadah kepada Allah MELAINKAN apa yang
Allah kehendaki dan diajar oleh rasul.

-------------------------------------------------

TIDAK akan beribadah kepada Allah MELAINKAN apa yang
Allah kehendaki dan diajar oleh rasul.

Kalau tidak,
orang yang beribadah merata2 ada,
SETAKAT ikhlas,
sami botak LAGI ikhlas,
siap tak makan apa2,
dia bawa limau sahaja.

Dia IKHLAS..
cuba tanya dia,
"awak buat apa ni?"

Dia kata,
"saya saja,saya nak masuk neraka.."

TIDAK!!!!

Dia MESTI kata dia nak MASUK syurga.

KEIKHLASAN dia,
dia akan kata,
"saya hari2 sembah...kita tiada kerja,
hari2 sembahyang..."

IKHLAS,IBADAH...
Kesemuanya TERBATAL..

KERANA,
walapun dia ikhlas,
TETAPI amalan dia TIDAK MENEPATI WAHYU!

"Allah s.w.t menguji kita,
nak lihat siapakah mempunyai amalan yang terbaik,
dan yang paling tepat,
dan yang paling khlas.."

Ramai yang ikhlas,tetapi tidak tepat.

Jika SEKADAR ikhlas,
ikhlas lagi Aminah Wadud,
TETAPI amalan dia TIDAK TEPAT.

---------------------------------------------------

Maka kita lihat kedatangan rasul,
kempen manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah,
MESTI dengan cara yang Allah kehendaki.

TAUHID YANG IKHLAS DAHULU.

Bila hal ini tidak ditekankan
tentang masalah kebersihan tauhid,
sebab itu kadang2 kita lihat,
dalam masyarakat kita,
lelaki atau perempuan,
pergi masjid,pergi kuliah,
BOMOH,TANGKAL pun kuat juga.

SEBAB keikhlasan tauhid itu tidak ditekankan.

---------------------------------------------------

Tidak mengapa kita belajar tentang akidah
seperti apa yang kita biasa belajar.

TETAPI hendaklah kita tahu!

KEMUNCAK akidah itu adalah
"LAILAHAILLALLAH"

BUKAN "kemuncak" akidah itu mempercayai kewujudan Allah,

TETAPI kemuncak akidah itu,

Menafikan....
"LA....."

MESTI akidah ini dimulakan dengan PENAFIAN...
"LA....."
MENAFIKAN SEGALA2NYA!

Barulah dinamakan "penafian"..

Barulah..
"ILLA....."
PENGECUALIAN,melainkan

Kemudian,barulah...
TETAP
"ALLAH"

MELAINKAN ALLAH!!...

Yang ada HANYALAH Allah sahaja sebagai tuhan,
BUKAN selain daripadaNya.

--------------------------------------------------

KALAU kata Allah sebagai tuhan,
Abu Jahal SETUJU!
Dia akan kata :
"dah lama dah aku kata,
Muhammad tak lahir lagi aku dah kata..."

KALAU kata Allah sebagai tempat yang berkuasa,
Abu Jahal akan kata :
"hai Muhammad,selama ni Kaabah tu buat apa?"
Mereka(kafir Quraish) juga tawaf kaabah
"Labbaikallahummallabbait"

--------------------------------------------------

TETAPI
apabila SERUAN AKIDAH itu bermula dengan
"LAILAHAILLALLAH"

SEGALA bentuk kebesaran,pengagungan,pengibadatan,
DITOLAK sama sekali,
DITeTAP hanya SATU,iaitu ALLAH.

MAKA
berlakulah pertarungan,permusuhan,
kerana akidah Abu Jahal dan Abu Lahab,
disamping Allah,
kebesaran2 yang lain wujud.

--------------------------------------------------

Akidah ini perlu diTEGAKkan dalam masyarakat kita.

Kita salah tekan konsep.

YA.Kita ada belajar 20 sifat wajib dan mustahil bagi Allah
dan sebagainya.

Tetapi bukan sekadar itu TERHENTINYA
dan telah percaya atau faham akidah.

Cuba kita tanya Ah Seng,
"Ah Seng!Allah ada ke tak ada?"

"Ada wo...!"

"Ah Seng!Tuhan dengar atau pekak?"

"Tuhan dengar wo...Apa lu cakap dia dengar.."

"Ah Seng!Tuhan lihat atau buta?"

"Ini semua dunia tuhan nampak apa lu orang bikin wo..!"

Semua ini ada pada Ahmad dan Ah Seng.

TETAPI
"LAILAHAILLALLAH"
Tiada pada Ah Seng
tetapi ADA pada Ahmad.

--------------------------------------------------

Konsep ini mesti dijelaskan.
Maka nabi s.a.w
selalu dalam surat-menyurat
baginda sentiasa menulis :
"min muhammad,a'bdihi wa rusulihi"
"daripada Muhammad,hamba Allah dan rasulNya."

Untuk MENGELAK berlakunya SYIRIK terhadap rasul!

-------------------------------------------------

Manusia selalunya apabila kagum pada seseorang,
mereka akan ekstrim.
Lagi lama,Lagi ekstrim.

Sebab itu Islam MENENTANG eksrim,
menentang melampau apabila terlalu hormat.
Hormat pada tokoh agama,
boleh!Tetapi JANGAN melampau!

Semua orang boleh dipakai dan ditolak cakapnya,
MELAINKAN nabi Muhammad s.a.w.

Sebab itu tokoh2 agama,
para ulama' hadith cukup sensitif dalam hal ini.

Imam Syafi'e,imam besar kita,
banyak tempat dalam percakapannya,
dia selalu berkata :
"Apabila kamu lihat cakapku menyanggahi
Rasulullah s.a.w. ,ambil cakapku dan
lempar ia pada dinding!"

SUPAYA hendak memberi satu perasaan mengagungkan
HANYALAH Allah dan rasulNya.

--------------------------------------------------

Lebih atas darpada itu,
dalam masalah tauhid,
sejarah manusia ini,
apabila dia terlalu hormat,
dia jadi melampau.

Orang kristian,
apabila dia sayangkan Isa,
dia lantik jadi tuhan.

Apabila yahudi sayang Uzair,
dia kata Uzair anak tuhan yahudi.

Manusia ini apabila dia kagum,
dia angkat lebih dari had.

-------------------------------------------------

Satu orang datang kepada nabi s.a.w :

-"Wahai Rasulullah,dengan apa Allah dan engkau
kehendaki?"

-"Adakah engkau menjadikan aku sekutu tuhan?"

-"Katakanlah apa yang Allah saja kehendaki.."

Nabi pun kita ta boleh buat begitu pada dia.

--------------------------------------------------

BERSIHNYA akidah islam.

Sebab itu apabila Allah menceritakan mengenai
Isra' dan Mikraj,
Allah berfirman :
"Maha suci tuhan yang menjalankan hambanya
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.."

Dia TIDAK kata yang berjalan itu Muhammad.

SEBAB perjalanan itu merupakan satu keajaiban
yang TIDAK boleh dibuat oleh kuasa manusia.

SUPAYA JANGAN orang sangka perjalanan itu dengan
kehebatan Muhammad,
TETAPI dengan kehebatan MAHA SUCI TUHAN
yang menjalankan Muhammad,hambaNya
yang PATUH sahaja.

------------------------------------------------

Akidah ini mesti DIBERSIHKAN!

Maka tidak ada orang pergi pergi ke wali
(atau sebagainya) untuk meminta sesuatu,
melainkan dia melakukan syirik.

Perkara yang sama nabi bangkitkan kepada Quraish.
Kata Quraish :
"Kami tidak sembah berhala ini,melainkan supaya mereka
membawa kami dekat kepada tuhan.."

------------------------------------------------

Dalam ibadah kepada tuhan ini,
TIDAK boleh siapa2 pun rasa ingin buat caranya sendiri.

Kerana
antara ciri dan inti kandungan agama itu,
beribadah menyembah Allah hanya kepada Allah
dan dengan jalan yang HANYA dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Inilah yang menyesatkan orang2 yahudi dan nasaro.

Dan ini menjadikan kita,orang islam HEBAT dengan agamanya.

-------------------------------------------------

Satu orang datang kepada Imam Malik.

-"Wahai imam,di manakah aku patut memulakan ihram?"

-"Di mana nabi mulakan ihram,dia mulakan ihram di
Zulkhulaifah."

-"Tidak imam!Aku ingin mula di masjid nabi,bahkan di
kubur nabi."

-"JANGAN"

_"Zulkhulaifah tempat biasa,jika dibandingkan kelebihan,
lebih besar masjid nabi,pahala besar,terbesar antara 3 masjid,
lagi berkat,dekat dengan kubur nabi..."(dia hujah..secara logik
kita fikir ya juga).

-"JANGAN BUAT!Aku bimbang nanti engkau nanti ditimpa fitnah."

-"APA FITNAHNYA?Aku TAMBAH yang baik,bukan kurangkannya."

-"Apakah fitnah yang LEBIH BESAR daripada engkau berpendapat,
engkau ingin MENDAHULUI satu amalan,satu kelebihan yang rasul itu
KURANG daripadamu?Seakan2 engkau boleh buat sesuatu LEBIH BAIK
daripada nabi,sedangkan Allah ada berfirman :
"Hendaklah berhati2 orang2 yang menyanggahi perintah
rasul dan cara rasul,nanti ditimpa kepada mereka fitnah atau
ditimpa kepada mereka azab yang pedih.""

-------------------------------------------------

KEKALKANlah identiti umat islam!

Mereka ini tidak beramal melainkan dengan apa yang telah diturunkan
wahyu dan dengan apa yang telah ditunjuk ajar oleh
Rasulullah s.a.w.

Dalam sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
"Sesiapa yang satu amalan yang dibuat tidak sama dengan apa yang kami
tunjuk,maka ia ditolak."

--------------------------------------------------

Agama Allah,
TIDAK bolehlah siapa2 rasa ingin buat,
dia buat.

KALAU sekadar kehendak dan ingin membuat amalan,
ramai orang sudah buat.

TETAPI kita memerlukan rasul.
Oleh itu,marilah kita mengelak daripada apa sahaja pandangan2
yang kadang2 kelihatan cantik
seperti teori Aminah Wadud dan apa sahaja yang berkaitan dengannya,
sedangkan ia TIDAK memenuhi piawaian yang telah dicadangkan
dan ditingalkan oleh Rasulullah s.a.w.

--------------------------------------------------

MARILAH kita tidak terpisah daripada umat islam yang besar.

Hati kita,
telah lama sakit dengan sikap dunia islam ini dan kita sendiri.

Umat islam dilanyak,dihentam habis-habisan dan sebagainya.

Kita tengok Iraq kena bom,
kita tak boleh buat apa2.

---------------------------------------------------

Kadang2 kita tertanya,
"matikah umat ini?"

TETAPI,
apabila berlakunya kes Denmark menhina nabi s.a.w,
KEMBALI KEHEBATAN itu terasa!

KITA KAGUM apabila Arab Saudi menarik balik kedutaannya,
memulaukan barangan Denmark
dan akhirnya 2-3 negara lain pun turut mengikutinya,
iaitu Libya dan Syria.

KITA KAGUM juga engan kenyataan Putera Naif :
"Sesunguhnya Saudi TIDAK boleh diugut oleh sesiapa
di dalam kes ini!"

Orang2 di dunia teluk,
pemilik pasaraya mengeluarkan barangan2 Denmark
daripada rak2 jualan mereka
dan meletakkan kempen
"JANGAN beli barangan Denmark"

Pemilik2 farmasi menyenaraikan barangan denmark
dan menyuruh "JANGAN beli"

Kata syarikat susu Denmark,
"Kami berjuang menaikkan syarikat kami 20 tahun,
ia jatuh dalam masa 5 hari."

KUASA EKONOMI,KITA ADA!

TETAPI
apabila mereka telah menghina insan
yang menjadi hati dan nurani kita,
tempat cinta dan tempat kesetiaan,
iaitu Rasulullah s.a.w.
DUNIA ISLAM BANGKIT!

Dunia islam sungguh hebat menunjukkan perasaan.

Ini BUKTI zahir adanya rasa CINTA.

---------------------------------------------------

TETAPI rasul itu tidak berpada dengan sekadar zahir begitu.

Buktikan rasa CINTA rasul itu dengan IKUT semua amalan rasul.

Hubung kait kita dengan rasul,
ada 2 perkara :

1.CINTA pada baginda lebih daripada diri dan
segala isi dunia ini.

2.Mesti IKUT Rasulullah s.a.w.

Contoh dalam sejarah ada beberapa orang :

1.Abu Talib,
bapa saudara nabi,
bab cinta Abu Talib lebih cinta daripada kita,
segala hayat dan pengorbanannya untuk nabi,
TETAPI dia tak nak ikut nabi.

2.Abdullah bin Ubai bin Salul,
kepala MUNAFIK Madinah,
dia ikut semua nabi buat semata2 kepentingannya,
dia tak nak tonjolkan sedangkan hatinya
meyimpan perasaan dendam dan benci kepada nabi.

Bahagian CINTA dan tidak mahu ikut,
ialah Abu Talib.
Bahagian IKUT dan tidak mahu cinta,
ialah Abdullah bin Ubai bin Salul.

nabi s.a.w ada bersabda :
"Katakanlah jika engkau mencintai Allah,ikutlah aku."

Just_me said...

Syukran akhi... Klu ada yg x kena dgn mane2 artikel ana, ana harap nta dpt betulkan dan tegur ana...Syukran jazilan..=)

Unknown said...

syukran atas artikel

Just_me said...

Afwan tintamurabbi...=)