Wednesday, August 12, 2009

Terbalaskah Rasa Hati Ini? ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Pernahkah kita merasakan amat mencintai seseorang dan amat-amat mengharapkan dia membalas rasa cinta kita untuknya? Seolah-olah dia adalah segala-galanya dalam hidup kita. Dan kita tidak mampu untuk hidup tanpanya. Tanpa cintanya hidup rasa tak bermakna. Bagaimana pula dgn apabila orang yg sgt2 kita kasihi tidak membalas kembali cinta kita?

Apakah perasaan kita apabila orang yg kita cintai atau kasihi ada dihadapan kita, dan mengawasi setiap gerak geri kita? Mesti kita inginkan mereka melihat yg baik2 shja di mata mereka. Btul tak? Seperti ungkapan kebiasaan orang melayu, “pijak semut pun tak mati’. Huhu.. mesti pernah rasa kan? Klu tak pernah, tak pela.

Persoalan utamanya ialah Kalaulah kita boleh mengaplikasikan sebaiknya situasi yg sama seperti di atas di dalam hidup kita dalam mendambakan cinta Allah, sudah pasti kita akan cuba utk melakukan sehabis daya yang terbaik seperti mana kita lakukan dalam mendambakan cinta manusia. Sebenarnya dalam artikel kali ini, ana tidak berniat utk menyentuh mengenai cinta manusia, tetapi cinta yg UTAMA iaitu cinta kepada Allah dan balasan cinta dari-Nya.



Alhamdulillah, di sini ana nak kongsikan sedikit ilham yg dtgnya dari Allah yg mungkin bermanfaat buat diri ana dan sahabat2 sekalian. Semoga ianya bermanfaat. Dalam menyentuh mengenai “Cinta kepada Allah”, sebenarnya ia mempunyai sedikit perkaitan dgn situasi yg ana sentuh pada permulaan artikel ini. Bagaimana nak mewujudkan rasa khusyu’ di dalam diri kita ketika solat? Jika kita benar2 mencintai Allah dan mencari2 cinta-Nya serta sgt2 mendambakan cinta-Nya buat kita, tanamkanlah di dalam minda kita bahawa Dia yg amat kita kasihi dan sgt mendambakan cinta-Nya utk kita, sntiasa memerhatikan gerak geri kita seperti mana yg berlaku jika kita sentiasa diperhatikan oleh insan yg amat kita sayangi. Bimbang ada yg tidak sempurna atau cacat dalam tindak tanduk kita yg boleh menjauhkan cintanya kepada kita.

Jika kita sudah tanamkan perasaan itu di dalam diri kita, InsyaAllah setiap kali solat pasti kita ingin melakukan yg terbaik kerana Dia yg amat kita kasihi sedang memerhatikan kita. Setiap saat dan detik di dalam solat kita, pasti kita akan awasi setiap gerak geri dari bermulanya Takbiratul ihram sehinggalah memberi salam kerana bimbang ada perkara di dalam solat kita yang tidak sempurna. Bimbang akan menjadi penghalang daripada mendapat cinta-Nya. Kerana kita sangat2 mengharapkan cinta daripada-Nya kerna Dialah segala2nya dalam hidup kita. Kita tidak akan dapat hidup tanpa Kasih sayang-Nya.

Begitu juga dalam melakukan aktiviti-aktiviti kita seharian. Daripada mencelikkan mata sehinggalah kita memejamkan semula mata kita. Jika kita sudah menanamkan perasaan tersebut, semestinya kita tidak akan melanggar batas2 yg telah Dia tentukan. Bila rasa nak bukak aurat, terus tak jadi, sbb kita tahu Dia sedang memerhatikan setiap perbuatan kita. Dan kita sedar bila kita membuka aurat, Dia akan murka pada kita. Tentu kita tak nak kan? Bimbang sgt2 cinta-Nya tidak kita perolehi. Pasti kita juga tidak akan melakukan perkara2 yg maksiat. Segala2nya bergantung kepada betapa kuatnya perasaan CINTA kita kepada-Nya. Betapa dalamnya kita mendambakan kasih dan cinta dari-Nya.

Kalau kita benar-benar bersungguh-sungguh dalam merebut cinta-Nya, pasti kita akan cuba melakukan apa yg terbaik agar cinta-Nya kita perolehi dan Dia sentiasa menyayangi dan merahmati kita. Kerana pasti kita tidak mahukan orang atau mereka yg kita kasihi dan harap2kan tidak mengasihi kita dan berpaling dari kita.

Oleh itu sahabat2ku, ana menyeru diri ana dan shbat2 sekalian utk kita cuba praktikkan apa yg telah ana kongsikan ini semoga ianya ada manfaat walaupun hanya sebesar zarah. Semoga diri ini juga sentiasa ingat akan apa yg telah dikongsikan. Amiin..

Semoga CINTA-Nya yg amat2 kita dambakan akan kita perolehi, InsyaAllah... Kerana tanpanya, tidak bermaknalah hidup kita di dunia ini.


6 comments:

LegendZ said...

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.”

Sebahagian ulama salaf ada berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”

|Cinta_Agung|

Just_me said...

Salam.. syukran akhi aizat..
satu perkongsian yg sgt bermakna.. syukran jazilan.. =)

helang timur said...

sangat menginsafkan. =.=
terima kasih. :)

saya insan selalu terlupa. mmg cinta Allah nampak sunyi. tapi itulah ketenangan hakiki.

Just_me said...

alhamdulillah.. =)
sy setuju dgn saudari.. cinta Allah mmg begitu..
hanya utk mereka yg trpilih dan benar2 inginkannya..
semoga kita tergolong diantaranya..
amiin.. =)

Anem Arnamee said...

Salam ziarah.
indahhhh;)

Just_me said...

salam arnamee..
alhamdulillah.. =)