Saturday, August 1, 2009

Kenapa aku??? Astaghfirullah...

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Tanggal 22 Julai 2009, hari yg akan sentiasa diingati. Pada hari tersebut, jadual kuliah kosong. Ana dan sahabat2 pun menghabiskan masa pada waktu petangnya dgn bjalan2 di Jalan TAR. Sepanjang perjalanan meneroka Jln TAR, satu perasaan yg x sedap sentiasa menyelubungi diri. Apa taknya kiri kanan ada shj foreigners. Tambahan pulak dgn kes H1N1 yg makin menular di Malaysia.

Pada keesokan hari, 23 Julai 2009, Sebaik shj bangun dr tidur, hidung ana sudah mulai menunjukkan simptom2 selesema. Tidak lama kemudian sebelum berbuka puasa, badan ana pula sudah mula sengal2. Kerisauan makin bertambah2. Namun di sedapkan juga hati. Mungkin demam biasa shj. Balik shj daripada Solat Isya’ di surau, kepala ana mmg dh trsgt berat. Tak termampu dah nak mengangkatnya. Walaupun report ID belum siap, namun terpaksa jua ana tinggalkannya kerana sudah tak termampu lg utk mengangkat kpla dan sengal2 badan yg menyebabkan tidak sedap duduk. Pada malam itu seawal jam 10 malam ana sudah melelapkan mata.


Esoknya, 24 Julai 2009, awal2 pagi lg sudah terpaksa menggagahkan diri utk ke fakulti. Kerana telah berjanji dgn kawan utk mengambil darah. Dengan beratnya, di gagahi jua. Setelah mengambil darah, ana trus menuju ke surau TIBE. Kelas pagi itu bermula jam 10 pg. Risau mengenangkan report yg tidak siap, trpaksa jua melangkahkan kaki ke koperasi utk membeli exam pad.

Sepanjang kelas berjalan, pusing kiri x sedap, pusing kanan pun x sedap. Kadangkala dek sakit badan tertidur dibuatnye. Tgahari itu, ana membeli Yong Tau Fu. Ia merupakan makanan kegemaran ana. Namun buat pertama kalinya, ana makan tidak smpai separuh pun daripadanya. Akhirnya ana berikan kpd shbat ana. Hilang segala selera makan. Pulang shja dari kelas, terus ana tidur kerana x larat sgt. Pada malamnya, ana menemani shbat ana utk mengedarkan fliers MPPK dari bilik ke bilik. Naik turun tangga dibuatnya.

Alhamdulillah, menjelang 25 Julai 2009, sakit badan dan pening kepala serta demam sudah kebah. Hanya batuk dan selesema yg tinggal. Hari2 dijalani spt biasa. Tanggal 27 Julai 2009, Tersedar dari tidur kerana dikejutkan dgn berita UKM KL di tutup selama seminggu kerana ade kes positif H1N1. Perkara pertama yg difikirkan ialah BALIK RUMAH!!! Secepat kilat ana menelefon ayah. Tiba2 semangat mahu pulang dipatahkan dgn satu mesej dr shabat yg menyebut semua pelajar x dibenarkan balik sehingga berita terbaru di beritahu. Pintu hadapan kolej juga di tutup, tiada siapapun yg boleh keluar.

Akhirnya kami terpaksa dikumpulkan di dlm DSG. Setelah dua tiga kali keluar masuk dewan akhirnya ana pulang ke bilik bersama roomate sbb dh tersgt lapar. Sibuk bilik PBSM dibuatnya. Semua yg punya simptom seperti demam, batuk dan selsema perlu melaporkan diri di bilik PBSM. Pada mulanya, ana mls nk turun melaporkan diri kerana memikirkan keadaan diri yg sudah bertambah baik. Namun selesai makan, dah setelah puas berfikir, akhirnya ana nekad utk turun juga utk melakukan screening yg dilakukan oleh Doktor2 dr PPUKM. Bimbang ada perkara yg tak diingini.

Ana lihat begitu rmai shbat2 yg trun di bilik PBSM. Semuanya kelihatan sgt teruk, dengan demamnya, batuknya dan selesemanya. Tiba2 rasa cam mlas plak nk screening sbb memikirkan terlalu rmai orang dn kesihatan ana dh semakin baik berbanding keadaan orang lain. Namun kaki ana tetap di situ. Setelah tertidur2 menanti turn utk di ‘screen’, akhirnya smpai juga turn ana. Ana di check oleh Dr Roslan.

Mula2nya Dr bertanya ttg history ana. Lalu ana ceritakan spt apa yg terjadi. Then Dr Roslan pun check laa pernafasan, dan tekak. Alhamdulillah, Dr kate x de masalah. Akhirnya Dr memberikan ubat kerongkong dan paracetamol shj. Ana diberitahu bhwa bg mereka2 yg disyaki perlu dikuarantinkan di blok 6. Seorang shbat ana di minta utk pindah ke blok 6. Ana lega kerana ana tidak tersenarai. Memikirkan tentang keadaan ana pun tak seteruk mereka2 yg lain.

Namun kegembiraan itu hanya utk seketika. Sedang berehat2 dibilik, lebih kurang jam 6.30 ptg ana ditelefon oleh pejabat mengatakan ana dikuarantinkan di blok 6. Terkejut yg teramat ana rasakan. Ana tanyakan pd shbat2 ana yg lebih teruk keadaannya dr ana, tp mereka tidak menerima apa2 panggilan. Akhirnya ana turun utk melaporkan diri di DSG. Ana tanyakan pd yg menjaga kaunter mcm mane name ana bleyh trpilih sdgkan Dr x ckp ape2 pun smsa jumpa Dr. Orang trsebut x tahu kerana nama ana diberikan oleh Dr.

Akhirnya terpaksa pasrah juga dan berpindahlah ana ke blok 6. Pada mulanya mmg sgt tak boleh terima namun akhirnya perasaan tersebut dapat diatasi. Disaat ana menulis post ini, ia merupakan hari ke tujuh ana dikuarantinkan (1 Ogos 2009). InsyaAllah esok ana akan dibebaskan dari tahanan sementara ini..=D Alhamdulillah...
Pada mulanya ana sgt tidak dapat menerima keadaan ini, namun segala2nya ada hikmahnya. Lama kelamaan dicni, ana sudah dapat menerima keadaan ini. Bila membaca blog seorang shbat ana, sedih juga rasakan namun sebenarnya bila difikirkan semula, segalanya yg berlaku ada hikmah. Allah tak turunkan sesuatu ujian itu dgn sia2. Sbnrnya bukan sng utk dapat pengalaman sebegini. Ana sgt bersyukur skrg kerana dipilih oleh-Nya.

Ana kenal dgn ramai shabat2 lain. Walaupun sahabat2 yg tidak dikuarantin boleh pulang bersama2 dengan keluarga namun ana sudah tidak kisah mengenainya. Daripada ana menyebarkan virus ini pd ahli keluarga lain, lebih baik ana tinggal dcni. Pihak2 terlibat sgt prihatin kpd kami2 yg dikuarantin. Dr Roslan dan staf2 dr Pusat Kesihatan UKM juga staf2 dari PPUKM pun hari2 dtg memantau keadaan kami. Keperihatinan mereka membuatkan ana rasa seronok duduk di blok 6 ini. Dalam suasana rumah. Rindu pada keadaan di K2.

Esok kuarantin ini akan berakhir. Kami akan pulang ke bilik masing2. Alhamdulillah, sebenarnya sgt2 rindu nk balik ke keadaan asal. Terlalu banyak kenangan manis di sini. Semoga kenangan dan ujian yg turun ini dapat kita jadikan pengajaran. Adakah kita telah melakukan dosa sehingga Allah murka dan menurunkan musibah? Segala sesuatu yg berlaku ada hikmah disebaliknya. Adakah kita selalu leka?
Seseorang pernah mengatakan kpd ana, utk membezakan ujian dan bala ialah, apabila Allah turunkan sesuatu, dan kite semakin dekat dgn Allah itu adalah ujian namun jika Allah turunkan musibah, selepas daripadanya kita akan lebih jauh dgn Allah. Na’uzubillah..

Wallahua’laam..

No comments: