Saturday, August 1, 2009

Mansuh??!!!

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Pihak polis melepaskan bom pemedih mata. Juga terlihat adegan kejar mengejar dan tangkap menangkap berlaku. Adakah ini di Malaysia??? Adegan yg dilihat seolah2 bukan berlaku di Malaysia. Persoalan itu timbul di dalam benakku. Persoalan yg sama ditimbulkan oleh shabat ana. Perasaan benci dan meluat membuak2 di dada. Apa yg membuatkan ana tidak puas hati ialah mereka diperlakukan seolah2 mereka bukan manusia. Geram. Itu shj perkara yg timbul dlm hati ini. Peristiwa2 ini ana tonton dari berita terkini di TV3 pada jam 4 petang td.




Peristiwa ini dilaporkan oleh TV3 iaitu mengenai Perhimpunan Mansuhkan ISA yg di jalankan di beberapa lokasi di ibu negara. Sekurang2 nya perlakukanlah mereka seperti seorang manusia, walaupun perhimpunan tersebut haram.

Ana tertanya2 konsep “Satu Malaysia” yg dibawa dengan slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Benarkah rakyat di dahulukan?? Itu yg membuatkan ana tertanya2. Jika benar RAKYAT didahulukan, dan kerajaan mendengar suara2 rakyat, sudah pastinya tidak akan ada Perhimpunan Mansuhkan ISA dan tidak mungkin akan berlakunya peristiwa yg ana tonton di TV3 petang td.


Bila mengingatkan balik peristiwa yg ana tonton itu, pastinya menyebabkan sakit hati namun ana sedar semuanya dari syaitan. Cuba diredakan jua perasaan itu. Cuma satu sahaja permintaan ana, Jika benarlah Rakyat didahulukan, maka dengarlah suara2 rakyat. Jika tidak peristiwa seperti ini PASTI!! Ana ulang PASTI akan berlaku lagi.

Mereka juga manusia. Maka perlakukanlah mereka sbg seorang manusia. Tak perlu rasanya adegan2 spt itu wujud. Jika perkara sebegini wujud lagi, ana YAKIN! Keyakinan rakyat kepada kerajaan akan semakin pudar dan JANJI hanya tinggal JANJI!

4 comments:

Unknown said...

Sedih melihat keadaan demokrasi ala one Malaysia.

Just_me said...

btul tuh.. setuju sgt..

Azila said...

sy tk tgk pn berita ttg ni..
mcm tk percaya

Just_me said...

mmg benar.. Arituh sy sndiri tgk kat tv3.. mase tuh kene kuarantin H1N1..