"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
“Ya Allah, Andai nya dia menjadi milikku...”
Seringkali apabila mengatakan mengenai cinta, kasih syg dan yg seangkatan dengannya, pasti kita akan memberikan tumpuan yg sepenuhnya. Buktinya dapat kita lihat, apabila ada shj ceramah2 atau kuliah2 keagamaan yg menyentuh soal cinta, pasti penuh dewan,atau masjid dengan manusia terutamanya dari kalangan remaja-remaja. Ini kerana cinta merupakan satu fitrah bagi setiap insan yg mempunyai hati dan perasaan.
Bahkan dicampakkan oleh Allah perasaan cinta, kasih dan sayang ke dalam hati manusia kerana Allah Maha Mengetahui bahawa manusia itu tidak dapat hidup tanpa adanya rasa cinta dan kasih sayang itu. Maha Pengasih itu juga adalah salah satu dari sifat2 Allah. Di pinjamkan oleh-Nya sedikit dari sifat kasih itu kepada hamba2-Nya agar manusia dapat mencorakkan hidup di dunia ini dengannya. Agar hidup aman dan tenteram tanpa pertelingkahan. Kerana pertelingkahan itu selalunya datang dr syaitan yg durjana.
Walau selabuh mana pun tudung dan jubah seorang muslimah itu, atau sewara’ mana pun seorang muslimin itu, tetap tidak dapat menafikan peri pentingnya cinta di dalam hidup. Mereka juga punya perasaan ingin dikasihi, ingin mengasihi namun segala2nya dibataskan oleh syara’. Di sekat segala kemahuan hanya kerana demi mencari cinta yg Maha Satu. Namun kadangkala, perasaan ingin mencintai dan dicintai itu akan hadir dalam meniti hari2 dalam hidupnya apabila melihat sahabat2 yang lainnya sudah mengecapinya.
Pernah ana berbincang dengan sahabat2, seorang sahabat ana memberitahu bahawa telah ada satu kajian yg dilakukan oleh seseorang yg menunjukkan bahawa, usia menjangkau 20 tahun dan keatas iaitu diusia awal dewasa adalah masa yang mana kita akan memikirkan tentang cinta. Ini kerana memang itu adalah satu lumrah kehidupan. Terutama apabila melihat sahabat2 yg lain telah mendirikan rumah tangga.
Kita semestinya sudah mengetahui bahawa cinta yg utama adalah cinta kpd Allah. Tuhan yang telah menciptakan kita dengan penuh kasih sayang. Namun, di sini ingin disentuh sedikit mengenai cinta kepada manusia. Kerana seperti yg dapat kita lihat pada zaman kini, cinta itu telah di salahgunakan oleh segelintir pihak.
Islam mengharamkan bercinta sebelum pernikahan. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yg tidak diingini. Malah beberapa kajian telah dibuat, jika kita mula bercinta sebelum pernikahan, jemu pasti akan datang setelah beberapa tahun dalam alam perkahwinan. Apa taknya, sebelum nikah dah halal segala2nya, pegang2 tangan, dan perkara2 yg haram dilakukan sebelum sah menjadi sepasang suami isteri, maka setelah sah menjadi suami isteri, sudah tidak ada apa2 lg perkara yg menyeronokkan dalam alam perkahwinan itu.
Secara analoginya, seorang wanita terutamanya, kita umpama barangan yg amatlah berharga. Jika kita lihat di sebuah kedai yg menjual jam. Jam yg dipamerkan telah di usik2 oleh setiap pelanggan yg datang. Lama kelamaan seri dan keindahan jam itu pasti pudar kerana telah disentuh oleh setiap orang yg lalu lalang di kedai tersebut. Begitulah jua betapa mahalnya harga diri kita, betapa tingginya Islam mengangkat martabat wanita, sehingga tidak boleh disentuh sesuka hati. Hanya yg sah dan berhak sahaja dibenarkan iaitu suami tercinta.
Oleh kerana itulah, Islam melarang kita bercinta sebelum nikah. Biarlah cinta dan kasih syg kita dicurahkan kpd insan yg benar2 layak dan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Sementara cinta belum menyapa, kita elakkanlah daripada mencarinya. Namun andai cinta itu datang, jgn ditolak ia tapi tawanlah ia. Biar kita yg mengawalnya, bukan ia yg mengawal kita hingga melibatkan nafsu.
Setiap dari kita telah ditetapkan oleh Allah jodoh kita, usahlah bimbang. Dengan izinnya, InsyaAllah cinta itu akan hadir dalam keredhaan Illahi melalui satu ikatan yg dinamakan pernikahan yg suci.
Wallahua'lam..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment