Wednesday, December 31, 2008

Istimewa muslimah

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

video

Puteriku Sayang
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica feat Munif
http://liriknasyid.com

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Sejak pertama kali lagu ini dinyanyikan oleh Kumpulan Nasyid Hijjaz, ia telah menjadi salah satu lagu yang paling ana gemari. Hinggalah ia dinyanyikan semula oleh Kumpulan Mestica. Jika dihayati dengan sebenar-benar pengertian, lagu ini membawa seribu satu makna yang mendalam bagi jiwa-jiwa yang menghayatinya.

Lagu yang juga mempunyai ruh yang tersendiri yang mampu menyentuh hati-hati kecil mereka yang begitu merindukan dan menginginkan hidup sebagai seorang muslimah yang sejati. Malah, lagu yang juga menjadi panduan buat muslimah-muslimah yang mengutamakan dan yakin dengan janji-janji Penciptanya.

Buat muslimah-muslimah diluar sana, hayatilah lagu ini. Sesungguhnya lagu ini adalah salah satu lagu yang menjadi pembakar semangat ana dalam menjadi seorang srikandi Islam yang boleh berdiri tegak tanpa goyah berbekalkan keyakinan sebagai seorang hamba kepada Penciptanya.


Semoga kita dapat menjadi seperti Srikandi-Srikandi Islam yang silam. Lihatlah betapa banyaknya jasa-jasa yang telah mereka taburkan dalam membantu mendaulatkan Islam yang tercinta? Tidakkah kita teringin menyumbang sesuatu seperti mereka? Wanita juga adalah elemen yang penting yang menyumbang kepada kejayaan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Lihat sahaja kesanggupan Saidatina Khadijah yang sanggup mengorbankan apa sahaja, segala harta demi membantu Nabi s.a.w dalam memperjuangkan Islam. Tidak lupa juga Srikandi-srikandi lainnya seperti Saidatina Aisyah dan ramai lagi dalam sejarah terdahulu.

Allah menjadikan wanita seorang yang lembut, tapi tak bermakna wanita itu lemah. Dua perkataan yang punya maksud yang berbeza. Sebagai seorang srikandi Islam, kita mestilah lembut tetapi cergas dan cerdas dalaman. Bukanlah dijadikan alasan wanita itu lembut maka wanita adalah lemah. Siapa kata wanita lemah? Ya, kita akan ladi lemah jika kita tidak sediakan diri kita. Jika kita tidak memenuhkan ilmu di dada. Jika kita tidak punya keimanan dan keyakinan yang mantap kepada Allah s.w.t.


Bina kekuatan dalaman kita agar kita tidak mudah terpedaya dengan tipu daya mereka yang hanya mahu merosakkan kita. Binalah benteng kekuatan diri dengan ilmu dan keimanan kepada Allah s.w.t dalam kita mengharungi kehidupan yang semakin mencabar sebagai seorang muslimah pada zaman yang serba moden ini.

Dengan kekuatan keimanan, InsyaAllah kita tidak akan mudah goyah dan terpengaruh dengan segala anasir-anasir luaran. Wanita diciptakan oleh Allah sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Maka jagalah diri kita agar keistimewaan kita itu tidak akan dirampas oleh sesiapa.

Sedarilah wanita-wanita sekalian. Ana sampaikan nukilan ini juga untuk diri ana dan sahabat-sahabat yang membaca. Semoga kita diberikan keteguhan dalam membina kekuatan dalaman diri kita. Dan semoga Allah membantu kita dalam mencari diri kita yang sebenar.

Jadikanlah lagu ini sebagai pembakar semangat kita untuk menjadi muslimah yang bisa tegak berdiri dengan teguh agar tidak mudah diperdayakan oleh mereka yang ingin melihat kita jatuh. Semoga Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua urusan kita.

Wallahu'alam..

No comments: