Saturday, January 3, 2009

Muslimah Sejati

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
Tidak terletak pd keayuan wajahnya.

Kemanisan wanita solehah itu,
Tidak terletak pada kemanjaannya.

Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya,
Yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah itu,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yg indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita,
Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana suatu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman.
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Illahi.

Wahai wanita,
Jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yg bijaksana itu tidak akan terpaut,
Pada wanita hanya kerana kecantikannya.

Bersyukurlah atas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan Agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita Solehah..

Wallahu'alam..

No comments: