Friday, June 20, 2008

MUHASABAH JIWA : UJIAN

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

SELURUH KEHIDUPAN ADALAH UJIAN
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"SURAH AL- MULK : 2

KENAPALAH AKU DI UJI ????
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. "SURAH AL-ANKABUT : 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT YANG AKU NAK???
"....boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." SURAH AL-BAQARAH : 216


BERATNYA UJIAN NIE !!!!
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya...." SURAH AL-BAQARAH : 286

URGH !! FRUSTNYA ... HUHUH SEDIHNYA ASYIK-ASYIK UJIAN
"Dan janganlah kamu merasa lemah , dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman."SURAH ALI-IMRAN : 139

MACAM MANA NAK HADAPI UJIAN NIE ???
"Maka bersabarlah (Muhammad), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya." SURAH AL-MA’AARIJ : 5
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." SURAH ALI-IMRAN : 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;" SURAH AL-BAQARAH : 45

APA AKU DAPAT DARIPADA SEMUA UJIAN NIE ???
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,...." SURAH AT-TAUBAH : 111

KEPADA SIAPA AKU NAK BERHARAP ??
"...cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang agung." SURAH AT-TAUBAH : 129

PEDIHNYA UJIAN NIE ... AKU TAK DAPAT TAHAN LA !!!
"katakanlah "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." SURAH AZ-ZUMAR : 53
"...janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". SURAH YUSUF : 87

Intipati :-
Seluruh kehidupan ini jika kita fikirkan hanyalah ujian semata-mata. Apalah gunanya hidup jika semuanya sudah sempurna. Kemiskinan, kehilangan saudara mara, kehilangan harta benda, kehilangan orang yang dicintai, tidak mendapat sesuatu yang kita ingini dan pelbagai lagi situasi yang mengecewakan jiwa adalah tidak lain tidak bukan merupakan ujian yang diturunkan semata-mata untuk menguji kita. Bagi mereka yang berhati lemah mereka akan tumpas dan berputus asa begitu sahaja. Namun sebaliknya bagi mereka yang berhati kuat yakni beriman kepada Allah, mereka tidak akan mudah berputus asa walau mereka ditimpa pelbagai ujian mental seperti kesedihan ataupun yang bersifat fizikal seperti kemiskinan. Sebaliknya mereka akan terus berusaha tanpa mengira penat lelah, putus asa dan sentiasa mengharap rahmat serta pertolongan dari Allah kerana mereka tahu bahawa tiada berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir (yusuf:87). Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan, juga (pembawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya). Dan ingatlah, bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya (Al-hadid:20). Wahai sahabat pembaca yang dimuliakan Allah saya ingin menegur salah fikiran masyarakat kita sekarang ini tentang konsep mulia dan kaya. Takaran ataupun ukuran kemuliaan serta kekayaan bukan terletak pada banyaknya wang ringgit yang disimpan di dalam bank, rumah yang bertingkat-tingkat lagi besar, tanah yang luas berekar-ekar, kereta yang laju, pakaian yang mahal, sijil ijazah yang bergulung-gulung, namun sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya (Al-hujurat:13). Wang ringgit, rumah besar dan pelbagai lagi nikmat dunia, semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia (Az-zukhruf:35) sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal (Al-a’la:17). Maka dengan ini saya berharap agar diri saya dan diri saudara yang lain faham akan hakikat kehidupan kita sekarang ini yakni dari segi timbang sukat kemuliaan seseorang.

-DEATH-

Wallahua'lam...

No comments: