Friday, June 13, 2008

Iman oh Iman..

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak
awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak
memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu?
pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila
jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja
tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa
terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak
pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin

buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit
saya habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan
memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat,
solat Malam tak boleh bekerja dengan
mereka..kami memang tak boleh bercampur
dengan mereka..


Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan
tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat
mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat
pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya
kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat
dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi.
Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami.
Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja
tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan
makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan
saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya
jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan
memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak
takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat
yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak
memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp
kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka
meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami
terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami
langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak
pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta
disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk
kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih
menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat
rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu
memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-
minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit
untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat
kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan
saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-
kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya
rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami
minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat
dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan
kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau,
kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En
Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah
yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management
berterabur..

Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan
takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung
besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan
naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja
semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu,
panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan
semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan
bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

******Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita..
Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri
kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan
dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin
pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita
memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang
susah untuk memastikan pekerja kita
berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak
mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih,
dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman
air itu.. Namun apabila bercampur dengan lumut,
selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah
unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan
pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan,
maka jabatan lain akan terpinggir

Wallahua'lam..

No comments: