Saturday, October 17, 2009

Ukhuwwah itu...

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

“Indahnya Ukhuwwah kerana Allah”.
“Itulah ungkapan yang selalu aku dengar dari mulut2 sahabat2 ku”.
“Benarkah apa yang diungkapkan itu? Benarkah indah ukhuwwah itu bila kerana Allah?” Farah bermonolog sendirian.
“Tapi kenapa kadangkala aku terasa pedih dan perit dengan ukhuwwah ini? Ukhuwwah yang padaku adalah semata hanya kerana Allah. Adakah ini ujian dari-Nya? Kenapa aku selalu terseksa kerana ukhuwwah ini? Sedangkan ungkapan tadi mengatakan sepatutnya ukhuwwah ku ini indah? Dimanakah silapnya??”

Kicauan unggas yang berterbangan riang dengan irama yang sungguh merdu mendamaikan hati Farah. Betapa bersyukurnya dia kepada Allah kerana diberikan satu lagi peluang untuknya menghirup udara segar dan merasai satu hari lagi nikmat dan kasih sayang dari Tuhan Yang Maha Esa. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah pada pagi hari, Farah bersarapan bersama Anisah di kafeteria kolejnya. Sekali lagi Farah melafazkan rasa kesyukuran dengan nikmat makanan yang dikurniakan Allah. Sekilas teringat dia kepada saudara-saudara semuslim yang tidak bernasib baik di tempat lain.

Sedang enak menikmati sarapan pagi, dari kejauhan kelihatan Maizah sedang berjalan menuju ke kafeteria. Sesampai sahaja di kafe, Farah menyapa Maizah dengan senyuman dan sapaan yang begitu mesra. Maizah hanya membalas dengan pandangan yang hambar. Sambutan yang ala kadar daripada Maizah membuatkan Farah sedikit terasa. Namun cuba disembunyikan perasaannya. Dua tiga hari kebelakangan ni ada sesuatu yang tidak kena pada sahabatnya, bisik hati Farah.

“Tak mengapalah. Mungkin Maizah ada masalah,” Farah cuba menenangkan hatinya dengan bersangka baik. Kecewa dihatinya cuba dipadamkan. Tidak mahu terlalu mengikut perasaan, Farah meneruskan sarapannya. Farah menjemput Maizah untuk makan bersama-sama mereka. Farah cuba mengalihkan perhatiannya dengan berborak bersama-sama Anisah. Maizah disebelah hanya mendiamkan diri. Mereka menghabiskan makanan masing-masing sebelum beredar ke pondok bas untuk mengejar bas untuk ke fakulti.

***********

Selesai kelas syariah, semua pelajar menantikan pensyarah untuk kelas yang seterusnya. Ada yang membaca semula nota kuliah sebentar tadi, ada juga yang tidur merehatkan minda. Tak kurang juga pelajar-pelajar yang bersembang sesama mereka. Farah hanya memerhatikan Maizah yang duduk dihadapannya. Dilihatnya Maizah sedang seronok bergurau senda bersama sahabat-sahabat yang lain termasuk Anisah. Fikirnya mungkin mood Maizah sudah kembali normal.

“Farah, tolong paskan kertas nih pada Maizah.” Pinta Ayu yang berada dibelakang Farah. Farah memanggil Maizah. Namun, reaksi yang Maizah berikan kepada Farah sama seperti semasa di kafe pagi tadi. Sekali lagi Farah terasa hati dengan sikap sahabatnya itu.

“Kenapa? Kenapa Maizah macam membenci aku? Aku ada buat salah ke pd dia?”

Pedih rasanya menanggung perasaan dan persoalan yang tak berjawapan. Pelbagai soalan bermain dimindanya. “Apa salah ku? Dengan sahabat-sahabat lain dia ok je. Tp kenapa dengan aku tidak?” farah hanya memendamkan perasaan. Dia bukanlah seorang yang suka mengadu pada sahabat-sahabat lain mengenai permasalahan yang dihadapinya. Dia lebih suka memendamkan perasaan dalam dirinya sahaja.

Farah masih lagi mencari-cari apakah puncanya. Kadangkala perasaan kecewa hadir dalam dirinya. Kenapa, kenapa dan kenapa? Bila dimuhasabahkan diri semula, mungkin dia sendiri yang silap. Mungkin ada perbuatannya yang tidak kena. Persoalan tersebut terus-terusan mengganggu pemikirannya hinggalah kelas pada hari itu tamat.

**************

Semakin difikirkan mengenainya, semakin tertekan jiwanya. Sebagai manusia biasa, kadangkala bisikan syaitan datang mengganggu. “Kenapalah kau ni baik sgt? Brape byk kali dah dia buat macam tu pada kau? Apa kata kau buat jugak mcm mne dia buat pada kau? Dia tarik muka, kau tariklah muka juga. Biar dia tahu kau bukan mudah mengalah.” Hampir sahaja Farah kalah dengan pujukan tersebut.

“Astaghfirullah,” bisikan tersebut keluar dari mulut Farah. “Kenapa pula aku perlu balas semula sebegitu? Mungkin aku pernah buat perkara yang sama pada sahabat-sahabat yang lain tanpaku sedar. Kini Allah mahu tunjukkan bagaimana rasanya diperlakukan sebegitu.” Farah bermonolog sendirian.

***************

“Ya Allah, Kau ampunilah segala dosaku Ya Allah. Dosa kedua ibu bapaku, guru-guruku, ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku. Ya Allah sesungguhnya hanya Engkau yang memahami perasaanku saat ini. Betapa pedihnya hatiku ini menanggung rasa hati ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku lemah Ya Allah tanpa bantuan dariMu. Maafkan aku Ya Allah, Aku sudah tidak mampu menahannya lagi. ”

Perasaan sedih sudah tidak tertahan lagi untuk ditanggung oleh Farah. Akhirnya air matanya tumpah di dalam sujud terakhir Zuhur itu. Dia meluahkan segala duka lara yang dirasainya kepada Allah Ta’ala. Dia yakin Allah pasti mendengar rintihannya. Selama ini hanya kepada Allah sahaja dia menumpahkan segala perasaan dan permasalahan yang dihadapinya. Kerana Farah tahu Allah lebih memahami dirinya berbanding sahabat-sahabatnya sendiri.

Farah merasakan lebih lega selepas meluahkan segalanya kepada Yang Maha Pengasih kerana dia yakin Allah mendengarnya dan memahami apa yang sedang dilaluinya pada waktu itu. Kini dia berserah segalanya kepada Allah.

*************

Setiap hari di dalam solatnya, Farah mendoakan semoga Allah perkukuhkan persahabatan antara dia dan sahabat-sahabatnya terutamanya dengan Maizah tanpa jemu. Hari demi hari berlalu, akhirnya Farah bersyukur kepada Allah kerana mengabulkan doanya. Maizah semakin hari semakin baik dengannya. Farah sangat bersyukur dengan perubahan itu.



**************

“Aku mencintai sahabatku sepenuh jiwaku. Dan aku tahu, setiap persahabatan itu pasti akan diuji. Dan aku yakin ujian itulah yang akan menguatkan lagi hatiku ini dan yang akan menguatkan lagi persahabatn ini. Mungkin kadangkala aku hampir tersungkur apabila ujian itu tiba, namun aku juga tahu aku perlu kuat. Semoga Allah meredhai persahabatn ini.”


5 comments:

~najihahfaizahazaman~ said...

ukhuwah itu indah. bertemu dan berpisah kerana-Nya. =)
smg mendapat lindungan drpd-Nya.
salam ukhuwah.

pst: cerpen sdn bhd? tahniah! keep it up! (^_~)

picairin said...

muhasabah dri then u wil knw da answer.. np maizah bkelakuan sdemikian... ^,^

munawwarah88 said...

kadang-kadang kita xpernah mengerti perasaan seseorang yang bergelar sahabat padahal kita beras diri kita terlalu kenal padanya...ukhwah itu memang indah..tapi x selalunya indah kerana kita hanyalah manusia biasa...apa yang berlaku sebenarnya adalah refleksi kepada diri kita sendiri...menitis air mata tatkala mengenangkan sahabat yg xpernah rasa betapa diri ini amat mengambil berat terhadap dirinya...

Anonymous said...

ukhwah itu memang indah..tapi takkan selamanya indah..kadang-kadang kita x sedar betapa indahnya ukhwah itu, apabila Allah uji ukhwah itu~pada manusia ukhwah itu indah apabila kita selalu bergelak tawa dgn sahabt.selalu bergembira tanpa rasa duka..tapi tidak indah pabila timbulnya sedikit persengketaan, tangisan, ketidakpeduliaan....hakikatnya itu senualah yg makin menjadikan ukhwah itu lebih indah..ingatlah bahawa ukhwah dan persahabatn bukan milik manusia..tapi semuanya itu adalah milik pencipta...

Siti Khadijah said...

salam.. syukran pada shbat2 yg komen dcnie..

bila dfikir2kan balik, baru ana sedar.. ini menunjukkan betapa dhoifnya diri ini.. segalanya yang berlaku ada hikmahnya..

kdgkala, kite x sedar kita sndiri sbnrnya yang salah dan melukai shbat2 kita sendiri.. kerana diri ini bukanlah insan yang sesempurna para Nabi dan Para malaikat...

semoga ianya menjadi iktibar buat diri ini, dn buat shbat2 sekalian dlm menempuhi hari yang bakal mendtg.. Bantulah aku shbat2.. =)