Wednesday, September 16, 2009

Tribute untuk Kekasih hati~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk pulang bersama keluarga di kampung untuk menyambut sisa ramadhan yang tinggal dan juga menyambut Aidilfitri yang dinantikan.. insyaAllah..

Namun, dalam kesyukuran ana masih teringatkan mereka yang tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman bersama keluarga tercinta. Sebak di dada bila memikirkan ada sahabat ana yang tidak punya peluang ini...

Hanya satu sahaja yang ingin ana lakukan iaitu menggembirakan hatinya.. Kerana ana juga seolah-olah mengerti kesedihan yang bersarang di hatinya.. Berat sungguh ingin ana tanyakan kepadanya dimana beliau akan beraya.. Ada juga ana mengajaknya untuk sama-sama pulang ke kampung halaman ana, namun ana sedar kehadiran abang dan adik lelaki ana yang membataskan beliau untuk turut sama bersama-sama ana..

Semalam ana ditakdirkan untuk pulang ke kolej bersama-samanya.. Di dalam bas, ana mengambil kesempatan untuk bertanyakan ke mana beliau akan beraya walaupun sungguh berat hati ini untuk menuturkannya, kerana ana sangat2 bimbang ana akan menyentuh hatinya.. Namun ana cuba juga tanyakan, dalam nada yang bershaja.. Bimbang beliau akan sedih hati..

Ana tahu walaupun berat, namun beliau mengatakan yang beliau akan pulang ke rumah seorang lg sahabat kami, atas sebab2 tertentu yang mana beliau lebih selesa di sana.. Selesai berbicara, ana mendiamkan diri.. Ana hanya memerhatikan beliau, dan ana sedar ada manik2 jernih yang cuba ditahan, walaupun ana tidak memandang matanya.. Tapi ana dapat merasakan kesedihan dihatinya, terutamanya apabila beliau tidak dapat beraya bersama-sama dengan adiknya yang tercinta, satu2nya ahli keluarga beliau disini..

Mungkin beliau tidak perasan ana sedang memerhatikannya, dari lirik mata ana nampak beliau mengesatkan mata beliau.. Tersentuh hati ana.. Apakah ana sudah membuatkan beliau sedih? Perasaan bersalah bersarang dihati... Ana tidak mahu membuatkan insan2 yang ana sayang bersedih hati, kerana ia juga akan membuatkan ana bersedih...

Namun, yang hanya mampu ana lakukan ialah berdoa pada Allah s.w.t semoga beliau akan sentiasa berbahagia di Aidilfitri yang bakal menjelang.. Ana sanggup lakukan apa sahaja demi melihatnya gembira.. Dan ana yakin beliau seorang yang sgt tabah..

Semoga beliau sentiasa gembira dan berbahagia di hari yang mulia yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Ya Allah, tabahkanlah hatinya..

Buat kekasih hati,
Ana berdoa agar dirimu sentiasa tabah,
Dan dikurniakan kekuatan,
Allah akan sentiasa bersama-samamu...

Amiin, Ya Rabbal 'Aalamin..


*Dikesempatan ini juga ana nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua walaupun Ramadhan masih ada beberapa hari lg.. Semoga Kita akan dipertemukan semula dengan Ramadhan pada tahun hadapan.. Dalam beraya, janganlah kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik... Bersyukurlah kepada Allah s.w.t...

Wallahua'lam...
Wassalam...

4 comments:

kembara mukmin said...

assalamu'alaikum...
semoga kita juga tak melupakan orang2 yang tidak berkemampuan diluar sana.masuh ramai lagi yang beraya dlm kesedihan di pagi satu syawal.
sebagai seorang sahabat sememangnye kite juga akan mersakan kesusahn sahabat kerana"ibarat mencubit peha kiri, peha kanan akan terasa juga".dalam berhari raye. jgn sesekali kita melupakn sahabat yg dimaksudkan..selalu bertanya khabar ttg dirinya..jgn sesekali biarkan dirinya berasa sendirian..almaklumlah beraya disini tanpa keluarga tidak akn sama dgn beraya bersam keluarge di tempatnye..suasana di tempatnye terlalu berbeza dgn suasana disini..semoga sahabat tersebut sentiasa sabar kerna diberi ujain sebegini rupa..sesungguhnye Allah itu Maha Adil

Just_me said...

Wa'alaikumsalam detektif... =)

InsyaAllah... Allah s.w.t tahu beliau mampu untuk menghadapi ujian ini.. Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Ana yakin beliau mampu menghadapainya.. bersama-sama dgn kita yg menjadi penguat dan tulang blkg untuknya dan sentiasa menyokong beliau... =) semoga berbahagialah hendaknya... Amiin Ya Rabbal 'Alamin...

Unknown said...

salam...sedihnye baca post kali ni ye..semoge sahabat kita itu tabah dan sabar...xpe2 lpas rye kte wt jamuan rye ngan dia ye...=)

Just_me said...

InsyaAllah nurjihad... =)

moga kita dberi kesempatan...