Wednesday, December 31, 2008

Istimewa muslimah

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Puteriku Sayang
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica feat Munif
http://liriknasyid.com

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Sejak pertama kali lagu ini dinyanyikan oleh Kumpulan Nasyid Hijjaz, ia telah menjadi salah satu lagu yang paling ana gemari. Hinggalah ia dinyanyikan semula oleh Kumpulan Mestica. Jika dihayati dengan sebenar-benar pengertian, lagu ini membawa seribu satu makna yang mendalam bagi jiwa-jiwa yang menghayatinya.

Lagu yang juga mempunyai ruh yang tersendiri yang mampu menyentuh hati-hati kecil mereka yang begitu merindukan dan menginginkan hidup sebagai seorang muslimah yang sejati. Malah, lagu yang juga menjadi panduan buat muslimah-muslimah yang mengutamakan dan yakin dengan janji-janji Penciptanya.

Buat muslimah-muslimah diluar sana, hayatilah lagu ini. Sesungguhnya lagu ini adalah salah satu lagu yang menjadi pembakar semangat ana dalam menjadi seorang srikandi Islam yang boleh berdiri tegak tanpa goyah berbekalkan keyakinan sebagai seorang hamba kepada Penciptanya.


Semoga kita dapat menjadi seperti Srikandi-Srikandi Islam yang silam. Lihatlah betapa banyaknya jasa-jasa yang telah mereka taburkan dalam membantu mendaulatkan Islam yang tercinta? Tidakkah kita teringin menyumbang sesuatu seperti mereka? Wanita juga adalah elemen yang penting yang menyumbang kepada kejayaan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Lihat sahaja kesanggupan Saidatina Khadijah yang sanggup mengorbankan apa sahaja, segala harta demi membantu Nabi s.a.w dalam memperjuangkan Islam. Tidak lupa juga Srikandi-srikandi lainnya seperti Saidatina Aisyah dan ramai lagi dalam sejarah terdahulu.

Allah menjadikan wanita seorang yang lembut, tapi tak bermakna wanita itu lemah. Dua perkataan yang punya maksud yang berbeza. Sebagai seorang srikandi Islam, kita mestilah lembut tetapi cergas dan cerdas dalaman. Bukanlah dijadikan alasan wanita itu lembut maka wanita adalah lemah. Siapa kata wanita lemah? Ya, kita akan ladi lemah jika kita tidak sediakan diri kita. Jika kita tidak memenuhkan ilmu di dada. Jika kita tidak punya keimanan dan keyakinan yang mantap kepada Allah s.w.t.


Bina kekuatan dalaman kita agar kita tidak mudah terpedaya dengan tipu daya mereka yang hanya mahu merosakkan kita. Binalah benteng kekuatan diri dengan ilmu dan keimanan kepada Allah s.w.t dalam kita mengharungi kehidupan yang semakin mencabar sebagai seorang muslimah pada zaman yang serba moden ini.

Dengan kekuatan keimanan, InsyaAllah kita tidak akan mudah goyah dan terpengaruh dengan segala anasir-anasir luaran. Wanita diciptakan oleh Allah sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Maka jagalah diri kita agar keistimewaan kita itu tidak akan dirampas oleh sesiapa.

Sedarilah wanita-wanita sekalian. Ana sampaikan nukilan ini juga untuk diri ana dan sahabat-sahabat yang membaca. Semoga kita diberikan keteguhan dalam membina kekuatan dalaman diri kita. Dan semoga Allah membantu kita dalam mencari diri kita yang sebenar.

Jadikanlah lagu ini sebagai pembakar semangat kita untuk menjadi muslimah yang bisa tegak berdiri dengan teguh agar tidak mudah diperdayakan oleh mereka yang ingin melihat kita jatuh. Semoga Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua urusan kita.

Wallahu'alam..

Tuesday, December 30, 2008

UNTUKMU PALESTIN

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


http://untukmupalestin.blogspot.com/

Luqmanul Hakim

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Satu hari, Luqmanul Hakim berkata kepada anaknya.

"Wahai anakku, marilah kita bermusafir hari ini."

Tanpa banyak soal, anaknya menurut segala perintah ayahnya, Luqmanul Hakim. Maka mereka pun bermusafirlah pada hari itu bersama-sama dengan seekor keldai yg membawa barang2 mereka.

Didalam perjalanan, mereka melalui satu perkampungan. Lantas kedengaran suatu suara yg berkata, "Apa gunanya ada keldai, tapi tak ditunggangi?". Lalu Luqman bertanya kepada anaknya, "apakah kau mendengar apa yang telah diperkatakan oleh suara tadi?"."Ya ayahku," jawab anaknya Luqman. Lantas Luqman megarahkan anaknya untuk menunggangi keldai tersebut. Anaknya menurut sahaja perintah ayahnya itu.

Mereka meneruskan lagi perjalanan mereka hingga melalui satu kawasan. Di sana mereka terdengar suatu suara yg berkata, "Apalah, orang muda menunggang keldai, sedangkan orang yg tua dibiarkan berjalan." Lantas Luqman bertanya pada anaknya persoalan yg sama iaitu adakah anaknya mendengar apa yg telah diperkatakan oleh suara tersebut dan anaknya menjawab dengan jawapan yg sama.

Lalu Luqman mengarahkan anaknya supaya turun dari keldai itu, dan Luqman pula yang menunggangi keldai itu. Tiba di satu kawasan, terdengar pula satu suara yg berbunyi, "Yang tua bersenang menunggang keldai, sedangkan yg muda dibiarkan berjalan." Lantas soalan yang sama diajukan kepada anaknya.

Lalu, Luqman dan anaknya sama2 menunggangi keldai tersebut sehinggalah mereka melalui satu kawasan dan terdengar pula satu suara berbunyi, "Patutkah dua org naik satu keldai yang sudah sarat membawa muatan? Apa tidak kasihan kah mereka pada keldai itu?"

Lalu Luqman berkata kepada anaknya, "Lihatlah anakku, kita tidak dapat nak memuaskan hati semua orang. Janganlah kita terlalu mendengar kata2 orang lain. Sesungguhnya Kata-kata dari Allah dan Rasul-Nya lebih penting.

Wallahu'alam..

Wednesday, December 17, 2008

Dimana silapnya?

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Wajah Suci
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian

Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina


*Tong sampah? Surau2 atau masjid2? rumah kebajikan dan sebagainya..

*Masa muda hanya sekali.. kita enjoyla dulu..

*"Alamak, mcm mana ni. Keluarga aku tanggung malu besar. Aku mengandung anak luar nikah. apa aku nk buat ni?Aduhh..!!"

*"Ala, kau takut org taukan? kau gugurkan je anak tuh.. bukan ade org tau pun.. sempat lg nih.."

*"Aku x mampu nk jaga anak ni. Aku muda lagi. Aku x nak jadi ibu lagi."

*"buang je budak tu. Kat masjid ke, nti adela org jumpe amek.. x pun buang dlm longkang jer. Line clear ni.. X de sape nmpk..HEHEHE"


Saban hari kita mendgr kes2 gugur dan pembuangan anak. Antara tempat yg slalu menjadi sasaran utk membuang insan-insan yg tidak berdosa ini adalah seperti yg telah dinyatakan di atas. Kemanakan hilangnya rasa belas kasihan? sedangkan binatang pun tidak membuang anak2 mereka. Inikan pula manusia yg telah dikurniakan akal oleh Allah s.w.t.. Apakah kita mahu dilabelkan lebih teruk dr haiwan?

Kalau dikaji2 masalah ini, salah satu puncanya ialah drpd pergaulan yg tanpa batasan antara kaum adam dan hawa. Hubungan yg terlalu bebas tanpa mengikut aturan Allah s.w.t.. Begitu juga selalu duduk berdua2an berlainan jantina. Apabila kita duduk berdua2an berlainan jantina, yg ketiga adalah syaitan. Itulah batu api @ penghasut yg menghasut manusia hingga jauh terlanjur.

Dalam Islam, terdapat batasan pergaulan antara perempuan dan laki2. Apabila hukum Allah telah ditetapkan, sebenarnya ada baik buruknya. Tetapi manusia lebih suka mengikut hawa nafsu sehingga menyebabkan kes2 seperti ini terjadi. Na'uzubillah..

Inilah yg akan terjadi bila kita melanggar apa yg telah Allah gariskan. Bila sudah lakukan kesalahan, terlanjur, barulah perasaan malu menyelubungi diri. Tapi sebelum buat perkara2 yg dilarang, x pernah pula difikirkan rasa malu itu.

Manusia lebih malu kpd manusia daripada rasa malu kepada Allah s.w.t.. Tidakkah kita rasa malu dengan Allah s.w.t yg Maha Melihat, yg melihat kita setiap saat, setiap detik saat kita melakukan perbuatan yg dilarang?

Tidak pernahkah terlintas difikiran mereka, apa perasaan anak2 yg telah dibuang? Sanggup mereka membuang insan2 kerdil ini. Adakah tidak ada sedikit pun rasa belas melihat wajah insan2 kerdil yg bersih ini? Adakah mereka tidak berperasaan? Cubalah letakkan diri kita ditempat anak2 yg telah dibuang itu. Terutama bg anak2 yg telah dibuang ditempat2 yg x sepatutnya. Tempat yg kotor seperti tong sampah dan longkang2. Apakah begitu hina insan2 kecil yg sungguh tak berdosa itu??

Sedarlah wahai insan,
Sesungguhnya insan2 kecil ini sungguh mulia disisi Allah s.w.t, tiada sedikit pun dosa dan dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.

Namun, mereka yg telah membuang insan2 ini menanggung dosa yang amat besar, selagi mereka tidak bertaubat nasuha. Semoga kita tidak tergolong dlm golongan tersebut..
Na'uzubillah..

Berilah peluang insan2 kerdil ini untuk hidup di dunia ini. Untuk menghirup udara segar. Merasai nikmat Allah s.w.t di dunia ini. Kasihanilah mereka. Janganlah kita terlalu zalim. Tidak perlu malu, segeralah memohon ampun kpd Allah s.w.t dgn sebenar2 taubat. Allah Maha menerima taubat hamba2-Nya . Jika ada manusia tidak dapat menerima diri kita, InsyaAllah, Allah s.w.t menerima kita setelah bertaubat. Dan dgn izin-Nya pasti akan ada insan lain yg akan menerima diri kita. InsyaAllah.. Masih ada yg sayang.

Friday, December 12, 2008

Sedarilah Wanita..

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?
Na'uzubillah.

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Semoga kite tergolong dlm golongan mereka2 yg beriman dan solehah disisi-Nya..
Amiin..

Wallahu'alam..

Seorang muslimah itu ...

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Seorang muslimah itu ...

bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman pada Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
*******

Seorang muslimah itu ...

bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLAH memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.

***********

Seorang muslimah itu ...

perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

************
Seorang muslimah itu ...

melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

***********
Seorang muslimah itu ...

yang hidup di alaf ini, muslimah akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang muslimah itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang muslimah itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

***************
Seorang muslimah itu ...

tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dai'e & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

***************
Seorang muslimah itu...

Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

***************
Seorang muslimah itu ...

hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

**********
Seorang muslimah itu ...

teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

*****************
Seorang muslimah itu ...

moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang muslimah itu dalam kebahagiaan!
Moga ArRahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Thursday, December 4, 2008

Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah?

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau
yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.


Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga,
dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.

Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.




Anda ingin lebih cantik dan menarik

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Syarat2 nak buat maksiat

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan
kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?"
kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal
soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.