Sunday, October 24, 2010

Nur Malam....

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat



4 comments:

.:: نورحبيب ::. said...

saya suka lagu ni!!!

salam mujahadah..

moga amalan kita terus berganda walaupun exam sdang menjengah skrg..

Just_me said...

Salam..
.::::. >> ni sakinah kan?

suka lagu nih jugak..
byk memberi keinsafan..

Gud luck exam..=)
smg sntiasa ditetapkan hati dalam iman... serta diberikan kekuatan..

.:: نورحبيب ::. said...

ye saya..skrg ni blog dh x bernama..

nk boh nama sendiri, x sirr la pulak..hehe

tgh memikirkan nama di alam maya yg unik..

any suggestion??

Just_me said...

huhu..
setakat nih x de plak cdgn nk bg..
yg nmpak exam...exam..exam..
ke nk gune name tuh? bleyh juga..=)