Thursday, September 23, 2010

Nikmat... Maksiat...~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim:7)

“Walaupun sudah terlalu banyak dosa2 yang telah ku lakukan, namun Allah swt tidak putus2 memberikan ni’matnya kepadaku. Adakah aku dikira hamba yang tidak tahu rasa bersyukur??”

5 syarat melakukan Maksiat~

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.


Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Kalau nak dihitung ni’mat Allah swt kpd kita didunia ini, tak terhitung dek akal kita rasanya. Ini kerana ni’mat kurniaan-Nya tidak terhitung banyaknya , apa yang telah diberikan kpd kita selama kita bernafas dibumi Allah ini. Namun kita serig terlupa akan ni’mat2 yang telah Allah berikan kpd kita, malah kita sering melakukan dosa-dosa kepada Allah swt tanpa rasa segan silu.

Cuba kita fikirkan dr saat pertama kita dilahirkan hingga ke saat ini. Yang manakah bukannya ni’mat dan tanda kasih syg dr Allah swt?? Terutamanya kita yg dilahirkan dalam Islam, itulah ni’mat yang paling tidak ternilai harganya, Ni’mat Iman & juga Islam. Sedangkan ramai lagi yang bukan beragama Islam diluar sana yang belum dikurniakan ni’mat seperti ini. Namun apa yang dapat dilihat, apabila yang bukan beragama Islam telah menerima cahya Islam dan keimanan, mereka akan menjaga ni’mat tersebut dgn sebaiknya. Kerana bukanlah mudah untuk mendapat ni’mat ini. Tapi kita yang beragama Islam, tidak pernah nak menghargainya.

Kemudiannya kita membesar dan membesar. Ni’mat keamanan yang diberikan oleh Allah swt membolehkan kita untuk hidup dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Allah kurniakan ni’mat rezeki, makan, minum, pakaian, kita boleh belajar, ni’mat mempunyai keluarga, mempunyai orang-orang yang syg akan kita.

Teringat satu peristiwa yang berlaku bulan lalu semasa pulang dari majlis penutup Tilawah Al-Quran di PWTC, bas UKM yang mengambil dan menghantar boleh dikatakan agak nazak, macam ala2 nak tercabut dah skru2 nya, dengan tidak ber“air-cond”. Kemudian terdengar suara dari dalam bas, “Panasnya bas nih, x de air-cond ke?”. Sy sendiri juga pernah terfikirkan benda yang sama, kenapelah UKM x tukar bas tingkap nih? Bangi Bas semua lawa2, air-cond. Ni bas cam dah nazak dah bagi kat UKM KL. Lihat betapa tidak bersyukurnya diri.

Setelah mendengar kata-kata tersebut, tiba-tiba terdetik dalam hati. Ya Allah, betapa tak bersyukurnya aku. Dah ada kenderaan pun masih nak bersungut, sedangkan bas tersebut masih boleh digunakan, masih boleh bergerak. Orang lain yang tak berkenderaan pun ada, tapi kita yang ada kenderaan pulak byk bersungut.



Kemudian, ni’mat udara yang kita hirup hari2. Betapa bongkaknya manusia, berjalan atas muka bumi Allah dengan megah. Merosakkan keindahan alam, rakus mencari harta dunia, mengumpul harta yang tidak boleh dibawa ke kubur, hingga melupakan Allah. Hingga tidak sempat untuk beribadah kpd Allah swt..

Pernahkah kita terfikir mungkin dalam sesaat, apa yang akan terjadi sekiranya tiba2 Allah menarik oksigen yang kita guna?? Macam mana agaknya keadaan kita pada saat itu, dalam kesesakan nafas kerana tiada udara. Na’uzubillah… Kadangkala diri sendiri juga banyak melakukan dosa2 samada secara sedar atau tidak sedar. Astaghfirullah.. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberi petunjuk kpd kita semua.. Ni’mat Allah terlalu banyak dan terlalu agung. Walaupun kita hamba berdosa, Allah swt tetap memberikn ni’mat-Nya kpd kita. Itulah bukti Allah swt itu Maha Pengasih & Maha Penyayang. Cuma kita shj yg sering terlupa..

“Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Ar-Rahman: 54-55)



Wallahua’lam…
Wassalam..

5 comments:

Anonymous said...

terima kasih dr insan yang byk melakukan maksiat...

Just_me said...

alhamdulillah, anggaplah apa jua nasihat yg kita dgr & terima sbg satu nasihat dr Allah yg diberikan melalui ilham kpd hamba-Nya.. Pasti kita akan merasakan nikmat kasih syg Allah seolah2 Allah yg sdg berbicara dgn kita.. Kerana Allah Maha penyayang... Allah tak nak kita jadi hamba yg kufur & melakukan dosa..

Anonymous said...

salam....
nak mintak share nasihat nie....
sungguh menyentuh sanubari....
teringat betapa x bersyukur dan bongkaknya diri ini bejln dibumi Allah tp still byk melakukn maksiat...
InsyaAllah dlm proses utk merubah diri menjd lebih baik....

Anonymous said...

salam....
nak mintak share nasihat nie....
sungguh menyentuh sanubari....
teringat betapa x bersyukur dan bongkaknya diri ini bejln dibumi Allah tp still byk melakukn maksiat...
InsyaAllah dlm proses utk merubah diri menjd lebih baik....

Just_me said...

salam anon,
silakan seandainya ia dpt memberikan manfaat pd semua..