Saturday, January 23, 2010

Sungai dalam Air~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

"Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu. Diantara keduanya ada batas yang yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman:19-21)


Salam.. Sebelum ana memulakan bicara, ana nk sahabat-sahabat perhatikan gambar di atas. Apa yang shbat2 lihat? Subhanallah, Allahu Akbar.. Sesungguhnya setinggi-tinggi pujian adalah milik-Nya semata. Pertama kali ana melihat gambar ini di blog shbat ana tempoh hari. Sungguh menakjubkan.. Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Meremang sekejap bulu roma bila mengingatkan kekuasaan Allah s.w.t yg dapat kita lihat dalam gambar di atas.. Benarlah seperti yg difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam tafsiran surah Ar-Rahman:19-21 yang telah ana sertakan pada awal post ini.

Sungai di dalam sungai... Itulah tajuk post shbat ana yang telah menarik perhatian ana utk membacanya.. Memang menakjubkan.. Keajaiban.. Bagi shbat2 yang masih belum perasan, sbnrnya jika perhatikan dengan teliti, gambar ini diambil di dalam air, dan yang mana di dalam air ini terdapat satu lagi sungai di dalamnya... Subhanallah.. Boleh juga dilihat daun-daun yang berguguran..



Kat mana agaknya keajaiban ini? Sebenarnya ia terletak di satu tempat di Cenote Angelita , Mexico. Di sana terdapat gua yang di dalamnya terdapat sungai air tawar jika kita menyelam sedalam 30 meter. Namun begitu jika kita menyelam sedalam 60 meter maka kita akan dapati satu sungai yang terdapat di bawah sungai berkenaan yang berair masin. Ianya benar-benar meyerupai sebuah anak sungai yang mengalir di bawahnya. Rupa bentuk pokok-pokok jelas dari batang dan ranting pokok dari atas dataran yang tenggelam di dasarnya.



Yang anehnya air masin berkenaan seolah-olah tidak bercampur dengan air tawar sungai berkenaan. Ianya mengalir seperti sungai-sungai biasa dipermukaan membentuk dan mengalir seperti biasa.

*Penyelam dah masuk ke satu lg sungai dalam tu..*

Para pengkaji mengatakan bahawa ianya bukan sungai tetapi ianya adalah lapisan hidrogen sulfida. Namun di sisi kita ianya sebahagian dari tanda-tanda kehebatan ciptaan tuhan yang juga bersabit dari firman Nya..

Semoga ianya dapat dijadikan iktibar kpd kita manusia ttg Kekuasaan Allah s.w.t.. Renungilah keindahan ciptaan Allah, insyaAllah beroleh pahala dari-Nya.. =)

Wallahua'lam...
Wassalam..

3 comments:

picairin said...

subhanAllah... nice sharing....

Ahmad Kamil bin Muallah said...

subhanallah

Maha Hebat Allah Pencipta Segalanya

zulaikha said...

SUBAHANALLAH..cantiknya