Wednesday, August 12, 2015

New chapter

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-rahman:77)




Almost 3 years no post dlm blog ini. Harini terdetik utk singgah, intai2 ape cerita dgn blog yg lama dah tidak bertuan. Kemudian tersinggah dekat post yg telah di post 2 tahun yang lepas berkenaan cuti2 di kampung sempena walimah sedara. Di akhir post ada terselit berkenaan soalan bila pula walimah sy akan berlangsung.

Disebabkan kesibukan yang melampau semasa bekerja di BP, mmg sgt jarang ada masa utk update blog yang dh bersawang ni. Dgn rutin keja shif siang dh malam silih berganti. OT setiap hari berjam2 maka terbengkalailah blog ini. Alhamdulillah sekarang bila dah bertukar kerja, Allah kurniakan ni'mat masa yang terluang yg boleh dimanfaatkan.

Berbalik kepada soalan yang pernah ditujukan kpd saya pada 2 tahun yg lepas semasa walimah sedara sy, Alhamdulillah kini dikurniakan 2 lg ni'mat pinjaman dr Allah, Suami & anak tersayang. Maka terjawablah sudah soalan yang tak berjawapan 2 tahun yang lepas.

Perkenalan yang singkat diantara diri dan suami pada awal tahun 2014 menyaksikan penyatuan kami pada 22 Ogos 2014. SEgalanya di atur oleh keluarga. Sblm menerima dia sbg suami, hati sgt berbelah bahagi dan tertanya2 adakah dia yg ditakdirkan utk saya. Setiap kali solat, doa dipanjatkan kepada Allah s.w.t agar dikurniakan seorang suami yang mendekatkan sy dgn-Nya. Istikharah sudah, ditambah dengan istisyarah. kdg2kala keyakinan goyah, kdgkala keyakinan yang kuat dtg.

Pernah sekali buntu tiada jawapan dan kepastian, trdengar seorang ustaz berkata, kita x kan tahu jodoh kita. Eventhough kita dah berkahwin dgnnya, belum tentu dia jodoh yg sebenar buat kita kerana dalam perkahwinan ada penceraian. Akhirnya sy bersetuju untuk bersuamikannya. Ada sahabat pernah bertanya, mcm mana sy boleh tergerak utk menerima dia sbg seorang suami. Dan jwpn saya adalah :


1. Istikharah kepada Allah. Tak semestinya istikharah kita terjawab. Ada seorang ustaz pernah berkata, Istikharah bukan kita buat sbb nak Allah buatkan pilihan untuk kita samada nak pilih si A atau si B. Tapi istikharah kita buat bila kita sudah ada satu pilihan dan kita bermohon agar Allah dekatkan kita dengannya sekiranya ia membawa kebaikan kepada kita dan jauhkan kita darinya sekiranya pilihan itu membawa keburukan kepada kita.
2. Istisyarah bersama keluarga. Dapatkan pendapat ibu dan ayah kita. Adakah mereka suka dgn pilihan kita. Atau ada perkara yang menghalang mereka dr menerimanya.
3. Berkenalan dengan ibu bapa dan ahli keluarganya terlebih dahulu sebelum kenal dgn suami.
4. Dapatkan pendapat dr shbat2 yg sudah berkahwin terutama dgn mereka yg sama kes mcm sy. Yang berkahwin tanpa kenal dgn calonnya.
5. Berdoa dgn sepenuh keyakinan kpd Allah supaya dikurniakan dia yang terbaik untuk kita.
6. Setelah berusaha, maka bertawakkal kpd Allah.


Itu antara perkara yang sy buat sebelum sy menerima dia sbg seorang suami. Ada org kata cinta lepas kahwin ni lagi syok dr sebelum kahwin. Tapi sbnrnya kahwin dgn org yg blum kita kenal juga ada cabarannya yang tersendiri. Masa tu nanti kita akan kenal betul dgn dia, dan kita kena prepare dr segi mental dan fizikal. Sedia untuk terima baik buruk dia. Saling lengkap melengkapi. Perlu sedia untuk terima dia sepenuhnya. Perlu saling mengalah. Don't put high expectation on him, konon2 nak lelaki yg baik luar dalam, romantik mcm dalam drama melayu, Mr Perfect 10 katanya.

Hidup berkeluarga ni perlu saling memberi dan menerima. Almost a year perkahwinan kami, byk sebenarnya cabaran dan dugaan hidup berumahtangga ni. Bukan sweet sntiasa. Ada up and down nya sendiri. Maka, hanya kepada Allah kita bertawakkal dan berserah diri. Sebab kita berkahwin bukan untuk setahun dua shja. Kalau boleh biar sama2 masuk syurga Allah. Kekal sampai disana. Sabar itu sgt penting dlm berumahtangga. Banyak benda lg yang kena belajar supaya rumahtangga sntiasa harmoni.




Skrg ni pula dh masuk fasa kedua dlm alam rumahtangga. Fasa Parenting. Alhamdulillah Allah kurniakan kami rezeki baby boy pada Mei 2015 yang lalu. Bila masuk fasa parenting ni, kesabaran mmg sgt diuji. Sebelum melahirkan, kita rasa seronok x sabar nak tunggu baby keluar. Tapi bila baby dah keluar, bermulalah fasa tak tido malam, kdg2 rasa kesabaran teruji. Bila ibu mula tertekan dgn baby yang menangis x henti2, peranan seorang ayah pula untuk take over anak sebentar. Beri peluang si ibu untuk release stress menguruskan anak. Kesefahaman sgt penting pada waktu2 begini. Jangan dibiarkan ibu seorang menguruskan si anak yang masih kecil.

Mungkin kerana tekanan sebegini yang menyebabkan org hilang pertimbangan. Banyaknya kes2 dera kanak2 berlaku. Kadangkala bila terasa nak marah pada anak yang masih kecil, mesti teringat video2 atau berita2 mengenai kes dera kanak2. Boleh menangis sorang2 sbb rasa kesian pada anak sndiri yang tak tahu apa tp kena marah. Seorang suami yang memahami juga penting untuk bantu hilangkan rasa marah dan penat sepanjang menguruskan anak kecil. Bila suami pujuk, hilang semua stress yang ada.

Perjalanan masih jauh. Perkahwinan satu madrasah atau sekolah buat kita semua. Kita tak tahu apa akan jadi esok hari. Semoga Allah sntiasa bersama2 kita dan memberkati perkahwinan yg terbina bersama2 pasangan kita.

p/s: Masa dulu2 time belum berkahwin, selalu pujuk diri bhawa Allah tak pertemukan lagi kita dgn jodoh kita mgkin kerana kita belum mampu @ bersedia untuk galas tanggungjawab sbg suami/ isteri. Sbb kahwin bukan sentiasa bahagia.

No comments: