Thursday, December 17, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431 H ~♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Berlalulah sudah 1430 H, kini tibalah tahun baru 1431 H. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.. Dikesempatan ini ana nak ucapkan Salam Ma'al hijrah 1431 H.. Semoga Thun ini lebih baik daripada yang sebelumnya.. Tetapkan azam baru, InsyaAllah... =)



Hijrah
Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com


Dingin malam
Menusuk tulang insan
Nan kesejukan dan ketakutan
Resah yang dibalut kegelisahan
Mengiringi suatu perjalanan
Meninggalkan kota penuh kegelapan
Menuju ke kota cahaya Kebenaran

Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai
Harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan
Dalam kehidupan

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Inilah sebuah hijrah yang agung

Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya...

Gua Thur menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Merpati menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Lelabah menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah

Thursday, December 10, 2009

Wanita Solehah ~♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang menghirup udara di dunia pinjaman sementara ini. Setelah agak lama tak update blog nie, dlm post ni ana nk kongsikan satu lirik lagu. Semoga ia dapat memberikan manfaat walau hanya sedikit. Dan semoga kita bersama-sama berlumba-lumba dalam menjadi salah seorang daripadanya.. InsyaAllah.. :)

Wanita solehah
Adalah sebaik2 keindahan
Menatapnya menyejukkan qalbu
Mendengarkan suaranya menghanyutkan batin
Ditinggalkan menambah keyakinan

Wanita solehah adalah bidadari syurga yg hadir di dunia,
Wanita solehah adalah ibu bagi anak2 yg mulia
Wanita solehah adalah isteri
Yang meneguhkan jihad suami
Wanita solehah mendapat rahmat bagi rumah tangga
Cahaya dunia dan akhirat




THE FIKR-WANITA SHALIHAH

Perhiasan yang paling indah
bagi seorang abdi Allah
Itulah ia wanita sholehah
Ia menghiasi dunia

Aurat ditutup demi kehormatan
Kitab Al Qur'an didaulahkan
Suami mereka ditaatinya
Walau berjualan di rumah saja

Karena iman dan juga Islam
Telah menjadi keyakinan
Jiwa raga mampu di korbankan
Harta kemewahan dileburkan

Di dalam kehidupan ini
dia menampakkan kemuliaan
Bagai sekutum mawar yang tegar
Ditengah gelombang kehidupan

Aurat ditutup demi kehormatan
Kitab al Qur'an didaulahkan
Suami mereka ditaatinya
Akhlak mulia yang ia hadirkan

Wanita sholehah....

Sunday, November 8, 2009

Betapa kerdilnya kita~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Alhamdulillah, tinggal minggu2 terakhir dalam exam final. Di kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. ini, ana nk kongsikan something yang ana baca di blog sahabat maya ana.. sumbernya ialah daripada blog Akh Ahmad Kamil. Suatu artikel yang membuatkan ana terfikir kembali, betapa kerdilnya diri kita ini, dan betapa Maha Agung dan Maha Berkuasa nya Allah s.w.t.

Untuk mendapatkan impak yang besar daripada artikel ini, sahabat2 perlu menggunakan sedikit imaginasi. Diharap artikel ini dapat membuka mata sahabat2 dan memikirkan kembali betapa lemahnya kita. Klu nak tahu ape laa yang nak dikongsikan sgt oleh ana, sila-silakanlah baca selanjutnya. Rugi klu x baca... :)

Gambar Mikroorganisma yang ada di muka bumi ini yang dilihat menggunakan mikroskop elektron.. Subhanallah..
Sebelum ana masuk kpd isi penting artikel ini, Ana nk kita sama2 tenung dan perhatikan gambar2 yang ada satu persatu.. Seperti yang ana katakan sbntar td, untuk effect yang lebih, shabat2 perlu menggunakan daya imaginasi shbat2.. (^^,)










































Assalamualaikum wrt.

Saudara-saudara yang dikasihi,

Lihatlah gambar-gambar di atas satu persatu. Kemudian sama-samalah kita renungkan. Kita ini tidak lain hanyalah makhluk Allah yang sangat kerdil. Sangat sangat kerdil. Tiada sebab untuk kita berasa angkuh, sombong, bongkak, meninggi diri dan apa sahaja sifat mazmumah yang seumpanya.

Bumi yang amat besar pada pandangan mata kasar kita, hakikatnya teramat kecil. Bandingkan pula nisbah besar jasad kita berbanding bumi.

Kita sering lihat semut yang kecil, namun begitu gagah membawa makanan yang berkali ganda lebih besar daripadanya. Tidak sedikitpun timbul rasa takut kepada sang semut yang gagah tadi. Kenapa? Kerana kita mempunyai jasad yang beribu kali ganda lebih besar berbanding semut. Tapi bila sang semut menggigit kita, habis sampai penyek semut tadi kita kerjakan. Begitu gah sekali. Seolah-olah kita mahu buktikan pada semut, bahawa kita jauh lebih kuat daripadanya.

Saudara-saudara yang dikasihi,

Cuba kita andaikan, ada sebuah kawasan lapang seluas Malaysia, dan kita pula berdiri seorang diri di mana-mana tempat daripadanya. Bandingkan nisbah kita kepada kawasan lapang itu. Ah, begitu kecil sekali. Jauh lebih kecil berbanding sebiji guli yang berada di atas sebuah padang bola.

Baru dibandingkan dengan kawasan lapang seluas Malaysia, ternyata kita memang teramat kecil. Belum lagi dibandingkan dengan Asia Tenggara, kemudian dengan benua Asia, dan seterusnya.

Paparan gambar di atas hanya sekadar perbandingan bumi dan beberapa bintang yang terdekat dengan bumi. Masih ada berjuta lagi bintang di langit sana yang tidak kita tahu bagaimana besarnya.

Saya bukanlah ahli astronomi yang mahir mengenai perbahasan tentang cakerawala. Saya adalah seorang hamba kepada Sang Pencipta seperti kalian semua, yang diseru oleh-Nya untuk sama-sama memikir dan merenung hakikat penciptaan.

Terjemahan firman Allah,

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang, benar-benar mempunyai tanda-tanda (kebesaran Allah) kepada orang-orang yang bijaksana" surah Ali Imran ayat 190.

Rasulullah s.a.w menangis tatkala ayat ini diturunkan kepada Baginda. Kemudian Baginda bersabda " Kecelakaanlah kepada siapa yang membacanya (ayat ini hingga akhir surah) namun tidak pula memikirkannya".

Saudara-saudaraku yang dikasihi,

Nah, Allah sendiri minta kita berfikir mengenai penciptaan alam ini. Tapi akal dan fikiran yang dikurniakan kepada kita, yang membezakan kita dengan makhluk lain ini, sering kita salah gunakan kepada perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah.

Allah Maha Penyayang. Tidak terhitung banyaknya kita menyalahgunakan nikmat akal fikiran yang Allah berikan, namun Allah masih sabar. Allah Maha Penyabar. Bukan seperti halnya kita dengan sang semut tadi. Baru sekali kena gigit, terus 'murka' dan memberi balasan berbentuk 'tunai'.

Marilah kita sama-sama renung dan fikirkan.

Mudah-mudahan video di bawah juga dapat membantu kita menghayati betapa hebat dan agungnya Sang Pencipta, dan seterusnya mendatangkan rasa insaf dalam diri kita. Amin.


Wallahua'lam...
Wassalam..

Monday, October 26, 2009

Salam Mujahadah :D

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Dlm kesibukan membuat persediaan untuk final yang datang menjengah buat kesekian kalinya, sempat juga mencuri masa utk post something dcni. Hari ini baru shj lepas satu paper utk sem ni, dan masih berbaki dalam 6 paper lagi. Alhamdulillah, walaupun study agak last minute, tp syukur kerana dah cuba buat yang terbaik. Kini segalanya diserahkan hanya kepada Allah iaitu konsep Tawakkal. Tapi, layakkah untuk tawakkal bila usaha x seberapa? hurm... Apa2 pun ana serahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya dia yang dapat menentukan segalanya. Yakin dgn Allah itu penting.. =D

Dikesempatan ini juga, ana nk cerita sket fenomena yang dh biasa dilihat di negara kita ini. Seperti yang kita ketahui pada zaman Rasulullah s.a.w, masjid merupakan satu pusat yang mempunyai pelbagai fungsi. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran.

Namun, satu fenomena yang dapat dilihat pada hari ini, masjid atau surau-surau tidak lagi digunakan untuk perkara-perkara tersebut. Seolah-olah masjid atau surau ni bermusim pulak. Ada masa2 tertentu penuh masjid sampai terkeluar jemaah-jemaah yang bersolat seperti pada solat jumaat, Solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha, dan sbgnya. Fenomena ini boleh dilihat dimana-mana shj termasuklah dikolej kediaman yang ana menginap sekarang.

Nak kaitkan surau dengan peperiksaan, bila tiba shj masa-masa peperiksaan, kehadiran jemaah disurau-surau adalah dua kali ganda daripada kebiasaannya. Alangkah indahnya kalau keadaan ini berterusan setiap hari, tidak kiralah waktu peperiksaan atau Bulan Ramadhan. Alangkah indahnya kalau ianya tidak bermusim. Apa salahnya klu hari-hari kita solat bersama-sama di surau. Teringat pada berita yang pernah dikeluarkan diakhbar berita harian mengenai fenomena sejadah solat di asrama salah sebuah sekolah rendah dinegara ini.

Sahabat ana ada bergurau, "mungkin sbb x de orang yang nk solat jemaah kat situ, tu yang sejadah solat tuh," Bila difikirkan balik amat mendalam sbnrnya maksud yang cuba disampaikan daripada ayat itu walaupun hanya satu gurauan dan dalam kita tidak sedar.

Oleh itu, ana menyeru diri ini dan sahabat-sahabat tersayang, Janganlah jadikan surau hanya satu TEMPAT PERSINGGAHAN YANG BERMUSIM. Sama-samalah kita solat berjemaah di surau. Solat BERJEMAAH kan LEBIH BESAR PAHALANYA, tak gitu? =D


Akhir kalam, ana nak ucapkan SALAM MUJAHADAH dan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester buat semua sahbat. Sama-sama kita cuba yang terbaik dan yakinlah dengan pertolongan Allah dgn sebenar-benar keyakinan. Semoga Allah memberikan pertolongan-Nya kepada kita.

"Ya Allah, Kau kurniakanlah ketenangan, kemudahan dan kefahaman kepada kami dalam menimba ilmu-ilmu-Mu Ya Allah.. Kau kurniakanlah juga ketenangan, kefahaman dan kemudahan kepada kami dalam menjawab peperiksaan akhir semester ini, Ya Allah.. Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami bermohon kerana Hanya Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Yang Maha Memberi Pertolongan. Amiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.."

Saturday, October 17, 2009

Ukhuwwah itu...

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

“Indahnya Ukhuwwah kerana Allah”.
“Itulah ungkapan yang selalu aku dengar dari mulut2 sahabat2 ku”.
“Benarkah apa yang diungkapkan itu? Benarkah indah ukhuwwah itu bila kerana Allah?” Farah bermonolog sendirian.
“Tapi kenapa kadangkala aku terasa pedih dan perit dengan ukhuwwah ini? Ukhuwwah yang padaku adalah semata hanya kerana Allah. Adakah ini ujian dari-Nya? Kenapa aku selalu terseksa kerana ukhuwwah ini? Sedangkan ungkapan tadi mengatakan sepatutnya ukhuwwah ku ini indah? Dimanakah silapnya??”

Kicauan unggas yang berterbangan riang dengan irama yang sungguh merdu mendamaikan hati Farah. Betapa bersyukurnya dia kepada Allah kerana diberikan satu lagi peluang untuknya menghirup udara segar dan merasai satu hari lagi nikmat dan kasih sayang dari Tuhan Yang Maha Esa. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah pada pagi hari, Farah bersarapan bersama Anisah di kafeteria kolejnya. Sekali lagi Farah melafazkan rasa kesyukuran dengan nikmat makanan yang dikurniakan Allah. Sekilas teringat dia kepada saudara-saudara semuslim yang tidak bernasib baik di tempat lain.

Sedang enak menikmati sarapan pagi, dari kejauhan kelihatan Maizah sedang berjalan menuju ke kafeteria. Sesampai sahaja di kafe, Farah menyapa Maizah dengan senyuman dan sapaan yang begitu mesra. Maizah hanya membalas dengan pandangan yang hambar. Sambutan yang ala kadar daripada Maizah membuatkan Farah sedikit terasa. Namun cuba disembunyikan perasaannya. Dua tiga hari kebelakangan ni ada sesuatu yang tidak kena pada sahabatnya, bisik hati Farah.

“Tak mengapalah. Mungkin Maizah ada masalah,” Farah cuba menenangkan hatinya dengan bersangka baik. Kecewa dihatinya cuba dipadamkan. Tidak mahu terlalu mengikut perasaan, Farah meneruskan sarapannya. Farah menjemput Maizah untuk makan bersama-sama mereka. Farah cuba mengalihkan perhatiannya dengan berborak bersama-sama Anisah. Maizah disebelah hanya mendiamkan diri. Mereka menghabiskan makanan masing-masing sebelum beredar ke pondok bas untuk mengejar bas untuk ke fakulti.

***********

Selesai kelas syariah, semua pelajar menantikan pensyarah untuk kelas yang seterusnya. Ada yang membaca semula nota kuliah sebentar tadi, ada juga yang tidur merehatkan minda. Tak kurang juga pelajar-pelajar yang bersembang sesama mereka. Farah hanya memerhatikan Maizah yang duduk dihadapannya. Dilihatnya Maizah sedang seronok bergurau senda bersama sahabat-sahabat yang lain termasuk Anisah. Fikirnya mungkin mood Maizah sudah kembali normal.

“Farah, tolong paskan kertas nih pada Maizah.” Pinta Ayu yang berada dibelakang Farah. Farah memanggil Maizah. Namun, reaksi yang Maizah berikan kepada Farah sama seperti semasa di kafe pagi tadi. Sekali lagi Farah terasa hati dengan sikap sahabatnya itu.

“Kenapa? Kenapa Maizah macam membenci aku? Aku ada buat salah ke pd dia?”

Pedih rasanya menanggung perasaan dan persoalan yang tak berjawapan. Pelbagai soalan bermain dimindanya. “Apa salah ku? Dengan sahabat-sahabat lain dia ok je. Tp kenapa dengan aku tidak?” farah hanya memendamkan perasaan. Dia bukanlah seorang yang suka mengadu pada sahabat-sahabat lain mengenai permasalahan yang dihadapinya. Dia lebih suka memendamkan perasaan dalam dirinya sahaja.

Farah masih lagi mencari-cari apakah puncanya. Kadangkala perasaan kecewa hadir dalam dirinya. Kenapa, kenapa dan kenapa? Bila dimuhasabahkan diri semula, mungkin dia sendiri yang silap. Mungkin ada perbuatannya yang tidak kena. Persoalan tersebut terus-terusan mengganggu pemikirannya hinggalah kelas pada hari itu tamat.

**************

Semakin difikirkan mengenainya, semakin tertekan jiwanya. Sebagai manusia biasa, kadangkala bisikan syaitan datang mengganggu. “Kenapalah kau ni baik sgt? Brape byk kali dah dia buat macam tu pada kau? Apa kata kau buat jugak mcm mne dia buat pada kau? Dia tarik muka, kau tariklah muka juga. Biar dia tahu kau bukan mudah mengalah.” Hampir sahaja Farah kalah dengan pujukan tersebut.

“Astaghfirullah,” bisikan tersebut keluar dari mulut Farah. “Kenapa pula aku perlu balas semula sebegitu? Mungkin aku pernah buat perkara yang sama pada sahabat-sahabat yang lain tanpaku sedar. Kini Allah mahu tunjukkan bagaimana rasanya diperlakukan sebegitu.” Farah bermonolog sendirian.

***************

“Ya Allah, Kau ampunilah segala dosaku Ya Allah. Dosa kedua ibu bapaku, guru-guruku, ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku. Ya Allah sesungguhnya hanya Engkau yang memahami perasaanku saat ini. Betapa pedihnya hatiku ini menanggung rasa hati ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku lemah Ya Allah tanpa bantuan dariMu. Maafkan aku Ya Allah, Aku sudah tidak mampu menahannya lagi. ”

Perasaan sedih sudah tidak tertahan lagi untuk ditanggung oleh Farah. Akhirnya air matanya tumpah di dalam sujud terakhir Zuhur itu. Dia meluahkan segala duka lara yang dirasainya kepada Allah Ta’ala. Dia yakin Allah pasti mendengar rintihannya. Selama ini hanya kepada Allah sahaja dia menumpahkan segala perasaan dan permasalahan yang dihadapinya. Kerana Farah tahu Allah lebih memahami dirinya berbanding sahabat-sahabatnya sendiri.

Farah merasakan lebih lega selepas meluahkan segalanya kepada Yang Maha Pengasih kerana dia yakin Allah mendengarnya dan memahami apa yang sedang dilaluinya pada waktu itu. Kini dia berserah segalanya kepada Allah.

*************

Setiap hari di dalam solatnya, Farah mendoakan semoga Allah perkukuhkan persahabatan antara dia dan sahabat-sahabatnya terutamanya dengan Maizah tanpa jemu. Hari demi hari berlalu, akhirnya Farah bersyukur kepada Allah kerana mengabulkan doanya. Maizah semakin hari semakin baik dengannya. Farah sangat bersyukur dengan perubahan itu.



**************

“Aku mencintai sahabatku sepenuh jiwaku. Dan aku tahu, setiap persahabatan itu pasti akan diuji. Dan aku yakin ujian itulah yang akan menguatkan lagi hatiku ini dan yang akan menguatkan lagi persahabatn ini. Mungkin kadangkala aku hampir tersungkur apabila ujian itu tiba, namun aku juga tahu aku perlu kuat. Semoga Allah meredhai persahabatn ini.”


Wednesday, September 23, 2009

Facebook: Antara Pro dan Kontra

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"




“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.

“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.

“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.

Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.

“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.

“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK

Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.

Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.

Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.

Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:



“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL

Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.

Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.

Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.

Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?

Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.

Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.

Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).

Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:



“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.



Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Dipetik daripada Saifulislam.com

Wednesday, September 16, 2009

Tribute untuk Kekasih hati~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk pulang bersama keluarga di kampung untuk menyambut sisa ramadhan yang tinggal dan juga menyambut Aidilfitri yang dinantikan.. insyaAllah..

Namun, dalam kesyukuran ana masih teringatkan mereka yang tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman bersama keluarga tercinta. Sebak di dada bila memikirkan ada sahabat ana yang tidak punya peluang ini...

Hanya satu sahaja yang ingin ana lakukan iaitu menggembirakan hatinya.. Kerana ana juga seolah-olah mengerti kesedihan yang bersarang di hatinya.. Berat sungguh ingin ana tanyakan kepadanya dimana beliau akan beraya.. Ada juga ana mengajaknya untuk sama-sama pulang ke kampung halaman ana, namun ana sedar kehadiran abang dan adik lelaki ana yang membataskan beliau untuk turut sama bersama-sama ana..

Semalam ana ditakdirkan untuk pulang ke kolej bersama-samanya.. Di dalam bas, ana mengambil kesempatan untuk bertanyakan ke mana beliau akan beraya walaupun sungguh berat hati ini untuk menuturkannya, kerana ana sangat2 bimbang ana akan menyentuh hatinya.. Namun ana cuba juga tanyakan, dalam nada yang bershaja.. Bimbang beliau akan sedih hati..

Ana tahu walaupun berat, namun beliau mengatakan yang beliau akan pulang ke rumah seorang lg sahabat kami, atas sebab2 tertentu yang mana beliau lebih selesa di sana.. Selesai berbicara, ana mendiamkan diri.. Ana hanya memerhatikan beliau, dan ana sedar ada manik2 jernih yang cuba ditahan, walaupun ana tidak memandang matanya.. Tapi ana dapat merasakan kesedihan dihatinya, terutamanya apabila beliau tidak dapat beraya bersama-sama dengan adiknya yang tercinta, satu2nya ahli keluarga beliau disini..

Mungkin beliau tidak perasan ana sedang memerhatikannya, dari lirik mata ana nampak beliau mengesatkan mata beliau.. Tersentuh hati ana.. Apakah ana sudah membuatkan beliau sedih? Perasaan bersalah bersarang dihati... Ana tidak mahu membuatkan insan2 yang ana sayang bersedih hati, kerana ia juga akan membuatkan ana bersedih...

Namun, yang hanya mampu ana lakukan ialah berdoa pada Allah s.w.t semoga beliau akan sentiasa berbahagia di Aidilfitri yang bakal menjelang.. Ana sanggup lakukan apa sahaja demi melihatnya gembira.. Dan ana yakin beliau seorang yang sgt tabah..

Semoga beliau sentiasa gembira dan berbahagia di hari yang mulia yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Ya Allah, tabahkanlah hatinya..

Buat kekasih hati,
Ana berdoa agar dirimu sentiasa tabah,
Dan dikurniakan kekuatan,
Allah akan sentiasa bersama-samamu...

Amiin, Ya Rabbal 'Aalamin..


*Dikesempatan ini juga ana nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua walaupun Ramadhan masih ada beberapa hari lg.. Semoga Kita akan dipertemukan semula dengan Ramadhan pada tahun hadapan.. Dalam beraya, janganlah kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik... Bersyukurlah kepada Allah s.w.t...

Wallahua'lam...
Wassalam...

Sunday, September 13, 2009

Kerinduanku~ ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Detik demi detik berlalu,
Serasa seakan-akan baru semalam kita bertemu,
Melepaskan rindu yang terpendam di Qalbu..

Hari demi hari,
Kita tempuhi bersama,
Tapi mengapa,
Mengapa begitu singkat masa untuk kita bersama,
Tidak puas lg hatiku melepaskan rindu di dada,
Kini kau bakal pergi meninggalkan diriku semula,
Keseorangan disini,
Membiarkan rindu kembali membuak-buak di dada..

Entah masih adakah pertemuan di antara kita semula,
Atau aku bakal meninggalkan dirimu buat selamanya..

Andai itu yang telah tersurat untukku,
Aku bermohon,
Izinkanlah aku untuk melepaskan segala rindu yang ada,
Kerna ku tak pasti,
Masih adakah lagi yg bernama esok buatku,
Masih adakah peluang untuk kita bersama semula..

Andainya aku dijemput pergi oleh Al-Khaliq,
Aku berharap,
Dan aku bermohon pada-Mu Ya Allah,
Jadikanlah pertemuan kami pada kali ini,
Pertemuan yang terindah,
Pertemuan yang terbaik dalam hidupku...

Ramadhan,
Andainya aku masih dipanjangkan umur,
Andainya aku masih dibenarkan untuk bernafas dibumi Tuhan ini,
Aku akan senantiasa menantikan kehadiranmu kembali,
Untuk melepaskan segala rindu yang terpendam..

Janganlah kau biarkan aku,
Terus tersiksa menahan rindu yg membeku di dada,
Aku pasti akan menantikan kehadiranmu,
Untuk kembali bersama-samaku,
Andainya dibenarkan oleh-Nya...
Amiin Ya Rabbal ‘Alamin...


Sedar x sedar, rupanya2 kita sudah melangkah ke malam 24 Ramadhan.. Tersentak dihati bila imam masjid memberitahu sudah 24 hari dalam bulan Ramadhan kita lalui.. Sedih? Itu tidak mampu lagi untuk diungkapkan.. Perasaan berbolak balik, segala2nya bercampur... Hanya Allah yang tahu perasaan ku pada waktu itu... kenapa terlalu cepat masa berlalu? Byk lg yg belum aku lakukan di Bulan Ramadhan kali ini... Rasa mcm terlalu leka hingga x sedar cepatnya masa berlalu..

Masih banyak benda yg nak aku lakukan dalam bulan mulia ini... Tapi sempatkah?

Rasa mcm byk sgt rugi, dalam sebulan tak byk yg sudah aku lakukan... sedar2 Ramadhan bakal meninggalkan kita... Semoga Allah memberikan kekuatan bg kita untuk terus-terusan beribadah dah meraih segala kelebihan dalam sisa2 waktu yang tinggal...

Kuatlah wahai hati...
Aku harus rebut segala yang masih tinggal..
Berilah kekuatan Ya Allah..

Izinkan aku untuk tergolong dalam mereka2 yang akan menangisi pemergianmu,
Ya Ramadhan...


Wednesday, September 2, 2009

Sup Tulang~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. sedikit perkongsian di sini.. Ingin ana kongsikan untuk sama2 kita jadikan nya iktibar.. Kisah ini ana petik dari satu email yang ana terima dari insan yang sgt ana hormati dan kasihi.. Semoga ianya boleh memberikan sedikit iktibar dan pengajaran buat kita di Bulan Ramadhan yang mulia ini...

Kisahnya bermula begini...

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun…


“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.

“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”

“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.

“Awak ada berapa orang adik-beradik?”
“Sepuluh.”

“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”

“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”

“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.



Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.

“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.



Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.



Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.



Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.



“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata ; “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”



Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”

“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.


Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sumber: email daripada M.cik Yati (sanglantera@yahoo.com)

Tuesday, September 1, 2009

FaceboOk??!! Bertindak segera!!

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Dalam post kali ini ana nak kongsikan sedikit info penting berkenaan facebook. Mungkin ada sahabat2 yang sudah tahu mengenai kisah disebalik facebook ini. Namun masih ramai lg diantara kita yang masih blum sedar hakikat sbnar facebook ini. Sahabat ana ada membeli Majalah Al-Islam bil. 429 bulan September/Ramadhan 1430H. Di dalamnya ada kisah yang ana cuba petik untuk dikongsikan bersama di sini.


Facebook? Sebut sahaja Facebook ana rasa semua shabat2 tahu mengenainya. Namun adakah kita tahu apakah sebenarnya kisah yang tersirat di sebalik “Facebook” ini? Siapakah sebenar pengasasFACEBOOK? Kemanakah wang yang dilaburkan untuk FACEBOOK di salurkan? Ketahuilah hakikatnya di sini.

Pengasas
: Mark Zuckerberg, seorang graduan Universiti Harvard.
: Anak pasangan yahudi,Edward dan Karen Zurkerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat.
: Seorang yang genius komputer sejak kecil lagi.

Apa kaitan Zuckerberg & FACEBOOK??

*Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang merupakan pertubuhan persaudaraan yahudi yang kuat di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
* Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel.
*Tujuan utama pembentukan : membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang.
*AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
*AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. (sumber)



Apa Yang kita TAK TAHU???

*Pendapatan FACEBOOK datang dari iklan2 yang dipaparkan.
*Terdapat pelbagai sistem pengiklanan yang berbeza-beza di dalamnya. Contohnya, kaedah CPC (cost per click), sekali klik RM 0.50 dalam satu hari. Bagaimana jika 1000 orang klik pada iklan tersebut, jadi total sehari = RM 500. Klu sebulan? RM 500 x 30 = RM 15,000!! Klu Setahun pulak???
*Tu baru satu iklan, Klu ade 10-20 iklan??? Sama2lah kite kire sendiri brape byk keuntungan yang FACEBOOK perolehi.

Kenape PENTING SGT BOIKOT FACEBOOK???

Jika kita sudah mengira brapa byk jumlah sbnr keuntungan yang diperolehi oleh FACEBOOK dalam sebulan atau setahun, ketahuilah saudara2 ku sekalian, sebahagian daripada keuntungan tersebut disalurkan untuk MEMBIAYAI PEPERANGAN DI GAZA!!

Lebih malang lagi, sebahagian daripada keuntungan tersebut disumbangkan oleh KITA!! Wahai saudara2ku sekalian. Dengan hanya klik pada facebook shj, kita sudah turut sama MEMBUNUH umat Islam Palestin di GAZA. Apalah ertinya kita memboikot barang2 Israel jika kita tetap melakukan PEMBUNUHAN kpd saudara2 kita dengan menggunakan FACEBOOK???

FACEBOOK juga di gunakan dalam MENAIKKAN SEMANGAT TENTERA2 YAHUDI untuk memerangi UMAT ISLAM DI GAZA!!! JUGA DIGUNAKAN UNTUK MEMBURUK2KAN UMAT ISLAM DI GAZA PADA MATA DUNIA LUAR, SEOLAH2 KITALAH PENGGANAS SEBENAR YANG MENYERANG MEREKA!!! SEDARLAH!! SEDARLAH!! DAN SEDARLAH!! SAUDARA2KU...

Sedarilah saudara2ku sekalian, sesungguhnya kita semua dikurniakan akal fikiran yang sihat oleh Allah s.w.t untuk berfikir mana yang haq dan mana yang batil. Oleh itu, sama2lah kita muhasabah semula apa yang PATUT kita lakukan. DELETE shj akaun FACEBOOK anda atau anda ingin tetap terus menjadi PEMBUNUH UMAT ISLAM di GAZA??? Tepuk dada tanyalah iman, jangan tanya aiman sbb aiman akan jawab aiman x kisah...

*Sedikit tambahan, mungkin ada diantara kita yang mengatakan, tak perlulah tekan iklan yang ada di facebook, kerana ia yang akan menjana pendapatan2 tersebut.. Tapi pernahkah kita terfikir, pengasasnya adalah YAHUDI, walaupun kita tidak menekan iklan2 yang ada, kita tidak tahu mgkin ada bnde lain yg turut kita sumbangkan untuk membunuh saudara2 kita di PALESTIN.. Lebih baik kita trus mencegahnya...Tak gitu?

Semoga perkongsian yg sedikit ini memberikan manfaat yang besar. Apa tunggu lg sahabat2?? Sebar2kan segera...Janganlah kita menjadi PEMBUNUH..

Wallahua’lam..
Wassalam..

Monday, August 24, 2009

Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah s.a.w

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga."

Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya. Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.



Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'

Demikian semoga dengan empat hal ini kita dapat menjadi aktivis Muslimah yang di cintai Rasulullah SAW. Amin.

Sumber : http://luqmankhairi.blogspot.com/

Sunday, August 16, 2009

Meraih ♥ Allah~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Salam.. disini ada sedikit komik yang ingin dikongsikan.. semoga bermanfaat.. =D
(P/s: Klu x nampak nak baca, klik pd gambar utk besarkan.. Selamat membaca.. =D)




Rintihan seorang hamba~

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"



Rintihan seorang hamba~

Tiap gerak geri,
Penuh dengan kehati-hatian,
Dengan sepenuh hati,
Cuba ku cari kekhusyukan di dalamnya,
Bimbang ada yg tertolak.

Ya Allah,
Hamba-Mu ini hamba yang lemah,
Serba kekurangan,
Sentiasa melakukan dosa,
Penuh dengan noda,
Apakah Kau akan menerimaku,
Di dalam rukuk ku berserah,
Di dalam sujudku penuh kesyukuran,
Pandanglah hamba-Mu ini,
Ya Allah.

Ku bimbang,
Seandainya Kau berpaling dariku,
Dan tidak menerimaku,
Apalah ertinya hidupku di dunia ini,
Tanpa-Mu wahai Tuhanku.

Dengan sifat Maha Pengampun-Mu,
Ampunilah dosa-dosaku ini,
Samada dalam sedar atau tidak,
Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba,
Hanya Engkaulah yg Maha Sempurna,
Tuan Empunya jasad dan roh ku ini.

Seandainya ada langkahku yang tersasar,
Kau bantulah aku Ya Allah,
Untuk kembali ke landasan yang sebenar,
Kerana aku sungguh tidak berdaya,
Untuk melakukannya seorang diri Ya Allah.

Bantulah aku Ya Allah,
Dalam membentuk diri ini,
Sebagai seorang hamba yang beriman,
Dan hamba-Mu yang sentiasa mengasihi-Mu,
Merindukan pertemuan dengan-Mu.

Aku rindu Ya Rabbi,
Untuk bertemu dengan-Mu,
Perasaan yang tidak dapat kugambarkan,
Dengan kata-kata dan tulisan,
Namun membuak-buak di dada,
Untuk diluahkan,
Rasa tak tertanggung lagi Ya Allah.
Moga rinduku ini,
Mendapat keredhaan-Mu Ya Allah..

Janganlah Kau hilangkan rasa rindu ini,
Biarlah ia kekal di hati ini,
Agar dapat aku rasakan,
Kemanisan iman,
dan manisnya kerinduan ini.

Terimalah pengabdianku kpd-Mu,
Hanya itu yang amat kuharapkan,
Dalam melayari detik-detik kehidupanku ini,
Kerana sesungguhnya,
Hanya penerimaan-Mu yang teramat kuharapkan,
Wahai Tuhanku, Ya Allah...




Wednesday, August 12, 2009

Terbalaskah Rasa Hati Ini? ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Pernahkah kita merasakan amat mencintai seseorang dan amat-amat mengharapkan dia membalas rasa cinta kita untuknya? Seolah-olah dia adalah segala-galanya dalam hidup kita. Dan kita tidak mampu untuk hidup tanpanya. Tanpa cintanya hidup rasa tak bermakna. Bagaimana pula dgn apabila orang yg sgt2 kita kasihi tidak membalas kembali cinta kita?

Apakah perasaan kita apabila orang yg kita cintai atau kasihi ada dihadapan kita, dan mengawasi setiap gerak geri kita? Mesti kita inginkan mereka melihat yg baik2 shja di mata mereka. Btul tak? Seperti ungkapan kebiasaan orang melayu, “pijak semut pun tak mati’. Huhu.. mesti pernah rasa kan? Klu tak pernah, tak pela.

Persoalan utamanya ialah Kalaulah kita boleh mengaplikasikan sebaiknya situasi yg sama seperti di atas di dalam hidup kita dalam mendambakan cinta Allah, sudah pasti kita akan cuba utk melakukan sehabis daya yang terbaik seperti mana kita lakukan dalam mendambakan cinta manusia. Sebenarnya dalam artikel kali ini, ana tidak berniat utk menyentuh mengenai cinta manusia, tetapi cinta yg UTAMA iaitu cinta kepada Allah dan balasan cinta dari-Nya.



Alhamdulillah, di sini ana nak kongsikan sedikit ilham yg dtgnya dari Allah yg mungkin bermanfaat buat diri ana dan sahabat2 sekalian. Semoga ianya bermanfaat. Dalam menyentuh mengenai “Cinta kepada Allah”, sebenarnya ia mempunyai sedikit perkaitan dgn situasi yg ana sentuh pada permulaan artikel ini. Bagaimana nak mewujudkan rasa khusyu’ di dalam diri kita ketika solat? Jika kita benar2 mencintai Allah dan mencari2 cinta-Nya serta sgt2 mendambakan cinta-Nya buat kita, tanamkanlah di dalam minda kita bahawa Dia yg amat kita kasihi dan sgt mendambakan cinta-Nya utk kita, sntiasa memerhatikan gerak geri kita seperti mana yg berlaku jika kita sentiasa diperhatikan oleh insan yg amat kita sayangi. Bimbang ada yg tidak sempurna atau cacat dalam tindak tanduk kita yg boleh menjauhkan cintanya kepada kita.

Jika kita sudah tanamkan perasaan itu di dalam diri kita, InsyaAllah setiap kali solat pasti kita ingin melakukan yg terbaik kerana Dia yg amat kita kasihi sedang memerhatikan kita. Setiap saat dan detik di dalam solat kita, pasti kita akan awasi setiap gerak geri dari bermulanya Takbiratul ihram sehinggalah memberi salam kerana bimbang ada perkara di dalam solat kita yang tidak sempurna. Bimbang akan menjadi penghalang daripada mendapat cinta-Nya. Kerana kita sangat2 mengharapkan cinta daripada-Nya kerna Dialah segala2nya dalam hidup kita. Kita tidak akan dapat hidup tanpa Kasih sayang-Nya.

Begitu juga dalam melakukan aktiviti-aktiviti kita seharian. Daripada mencelikkan mata sehinggalah kita memejamkan semula mata kita. Jika kita sudah menanamkan perasaan tersebut, semestinya kita tidak akan melanggar batas2 yg telah Dia tentukan. Bila rasa nak bukak aurat, terus tak jadi, sbb kita tahu Dia sedang memerhatikan setiap perbuatan kita. Dan kita sedar bila kita membuka aurat, Dia akan murka pada kita. Tentu kita tak nak kan? Bimbang sgt2 cinta-Nya tidak kita perolehi. Pasti kita juga tidak akan melakukan perkara2 yg maksiat. Segala2nya bergantung kepada betapa kuatnya perasaan CINTA kita kepada-Nya. Betapa dalamnya kita mendambakan kasih dan cinta dari-Nya.

Kalau kita benar-benar bersungguh-sungguh dalam merebut cinta-Nya, pasti kita akan cuba melakukan apa yg terbaik agar cinta-Nya kita perolehi dan Dia sentiasa menyayangi dan merahmati kita. Kerana pasti kita tidak mahukan orang atau mereka yg kita kasihi dan harap2kan tidak mengasihi kita dan berpaling dari kita.

Oleh itu sahabat2ku, ana menyeru diri ana dan shbat2 sekalian utk kita cuba praktikkan apa yg telah ana kongsikan ini semoga ianya ada manfaat walaupun hanya sebesar zarah. Semoga diri ini juga sentiasa ingat akan apa yg telah dikongsikan. Amiin..

Semoga CINTA-Nya yg amat2 kita dambakan akan kita perolehi, InsyaAllah... Kerana tanpanya, tidak bermaknalah hidup kita di dunia ini.