Wednesday, August 19, 2015

Daniel sayang....

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


"Wherever we're standing
I won't take you for granted
'cause we'll never know when
When we'll run out of time
So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you"




Harini nak cerita berkenaan my life as a new mother. Memang sgt mencabar walaupun baru 3 bulan usia Daniel. Sejak dr lahir lg n dlm pantang, my baby Daniel selalu tak tidur malam. Menangis2 minta dipegang dan diangkat. As a normal human being, rasa stress dan marah tetap ada bilamana tidur x ckup. Dgn letih, mengantuk ditambah dgn sakit c-sect.

Kadang2 bila dtg marah tu, mmg rasa sgt stress. Kesian Daniel, anak kecil yang tak tahu apa2. Bila kewarasan tu dtg semula, rasa bersalah sgt dgn si kecil. Walaupun mama kadang2 termarah Daniel, mama tetap syg sgt2 pada Daniel. Anak yang mama kandung 9 bulan. Bawa kemana saja mama pergi. Ibu mana yang tak syg anak.

Syukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami. Bila saya rasa marah n stress, dia yang memujuk. Dia yang selalu nasihatkan sy. Selalu memang mengalirlaa air mata bila dipujuk. Hilang semua penat dan rasa nak marah td. Sekarang Daniel bila nak beralih bulan mmg mcm2 ragam dia. Selalunya malam berjaga, siang dia akan tidur. Dgn dua2nya bekerja. Agak menguji kesabaran.

Disini kena saling support each other. Bila satu stress, psgn perlu support. Berikan kata2 semangat dan nasihat. Kalau tak rasanya mmg agak tertekan hidup dibuatnya. Terima kasih buat suami trsyg. Tak pernah gagal memberi nasihat dan support buat sy. Bila rasa nak marah @ stress dia akan ingatkan yang Daniel x tau apa2. Dia boleh nangis je. Kalau dimarah sikecil tu, bukan dia faham pn. Kalau nak marah, marah pada org yang waras dan fhm. Marah pd dia.

Ada satu hari trbaca satu artikel di FB. Itu pun dikongsi oleh husband guna akaun FB sy, demi nak bg support pada isterinya. Kdg2 bila difikir2 balik mmg btul apa yg ditulis oleh penulis tersebut. Bila kita rasa nak marah atau stress pada anak kita, fikirkan semula. Dia anugerah Allah, pinjaman dr Allah. Bila2 masa Allah boleh ambil semula dr kita.

Andai esok dia sudah tiada bersama kita, agak2 ape yang kita akan rasa? Sbb dia bukan hak kita selamanya. Bila rasa nak marah, mesti akan fikirkan balik kata2 ini. Ini menambahkan lg rasa syg pada Daniel. Buat anak mama tersyg, membesarlah menjadi anak yang beriman dan bertaqwa. Jadi anak yang baik akhlak dan berguna buat semua. Mama syg Daniel yg teramat sgt.

Esok belum pasti. Segalanya bukan hak milik kekal kita. Suami, Isteri, Anak2, Family, Org yang kita sayang. Sayangi mereka smentara masih diberi peluang.



"Like I'm Gonna Lose You"
Meghan Trainor feat. John Legend


I found myself dreaming
In silver and gold
Like a scene from a movie
That every broken heart knows
We were walking on moonlight
And you pulled me close
Split second and you disappeared and then I was all alone

I woke up in tears
With you by my side
A breath of relief
And I realized
No, we're not promised tomorrow

So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time
So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

In the blink of an eye
Just a whisper of smoke
You could lose everything
The truth is you never know

So I'll kiss you longer baby
Any chance that I get
I'll make the most of the minutes and love with no regrets

Let's take our time
To say what we want
Use what we got
Before it's all gone
'Cause no, we're not promised tomorrow

Wednesday, August 12, 2015

New chapter

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-rahman:77)




Almost 3 years no post dlm blog ini. Harini terdetik utk singgah, intai2 ape cerita dgn blog yg lama dah tidak bertuan. Kemudian tersinggah dekat post yg telah di post 2 tahun yang lepas berkenaan cuti2 di kampung sempena walimah sedara. Di akhir post ada terselit berkenaan soalan bila pula walimah sy akan berlangsung.

Disebabkan kesibukan yang melampau semasa bekerja di BP, mmg sgt jarang ada masa utk update blog yang dh bersawang ni. Dgn rutin keja shif siang dh malam silih berganti. OT setiap hari berjam2 maka terbengkalailah blog ini. Alhamdulillah sekarang bila dah bertukar kerja, Allah kurniakan ni'mat masa yang terluang yg boleh dimanfaatkan.

Berbalik kepada soalan yang pernah ditujukan kpd saya pada 2 tahun yg lepas semasa walimah sedara sy, Alhamdulillah kini dikurniakan 2 lg ni'mat pinjaman dr Allah, Suami & anak tersayang. Maka terjawablah sudah soalan yang tak berjawapan 2 tahun yang lepas.

Perkenalan yang singkat diantara diri dan suami pada awal tahun 2014 menyaksikan penyatuan kami pada 22 Ogos 2014. SEgalanya di atur oleh keluarga. Sblm menerima dia sbg suami, hati sgt berbelah bahagi dan tertanya2 adakah dia yg ditakdirkan utk saya. Setiap kali solat, doa dipanjatkan kepada Allah s.w.t agar dikurniakan seorang suami yang mendekatkan sy dgn-Nya. Istikharah sudah, ditambah dengan istisyarah. kdg2kala keyakinan goyah, kdgkala keyakinan yang kuat dtg.

Pernah sekali buntu tiada jawapan dan kepastian, trdengar seorang ustaz berkata, kita x kan tahu jodoh kita. Eventhough kita dah berkahwin dgnnya, belum tentu dia jodoh yg sebenar buat kita kerana dalam perkahwinan ada penceraian. Akhirnya sy bersetuju untuk bersuamikannya. Ada sahabat pernah bertanya, mcm mana sy boleh tergerak utk menerima dia sbg seorang suami. Dan jwpn saya adalah :


1. Istikharah kepada Allah. Tak semestinya istikharah kita terjawab. Ada seorang ustaz pernah berkata, Istikharah bukan kita buat sbb nak Allah buatkan pilihan untuk kita samada nak pilih si A atau si B. Tapi istikharah kita buat bila kita sudah ada satu pilihan dan kita bermohon agar Allah dekatkan kita dengannya sekiranya ia membawa kebaikan kepada kita dan jauhkan kita darinya sekiranya pilihan itu membawa keburukan kepada kita.
2. Istisyarah bersama keluarga. Dapatkan pendapat ibu dan ayah kita. Adakah mereka suka dgn pilihan kita. Atau ada perkara yang menghalang mereka dr menerimanya.
3. Berkenalan dengan ibu bapa dan ahli keluarganya terlebih dahulu sebelum kenal dgn suami.
4. Dapatkan pendapat dr shbat2 yg sudah berkahwin terutama dgn mereka yg sama kes mcm sy. Yang berkahwin tanpa kenal dgn calonnya.
5. Berdoa dgn sepenuh keyakinan kpd Allah supaya dikurniakan dia yang terbaik untuk kita.
6. Setelah berusaha, maka bertawakkal kpd Allah.


Itu antara perkara yang sy buat sebelum sy menerima dia sbg seorang suami. Ada org kata cinta lepas kahwin ni lagi syok dr sebelum kahwin. Tapi sbnrnya kahwin dgn org yg blum kita kenal juga ada cabarannya yang tersendiri. Masa tu nanti kita akan kenal betul dgn dia, dan kita kena prepare dr segi mental dan fizikal. Sedia untuk terima baik buruk dia. Saling lengkap melengkapi. Perlu sedia untuk terima dia sepenuhnya. Perlu saling mengalah. Don't put high expectation on him, konon2 nak lelaki yg baik luar dalam, romantik mcm dalam drama melayu, Mr Perfect 10 katanya.

Hidup berkeluarga ni perlu saling memberi dan menerima. Almost a year perkahwinan kami, byk sebenarnya cabaran dan dugaan hidup berumahtangga ni. Bukan sweet sntiasa. Ada up and down nya sendiri. Maka, hanya kepada Allah kita bertawakkal dan berserah diri. Sebab kita berkahwin bukan untuk setahun dua shja. Kalau boleh biar sama2 masuk syurga Allah. Kekal sampai disana. Sabar itu sgt penting dlm berumahtangga. Banyak benda lg yang kena belajar supaya rumahtangga sntiasa harmoni.




Skrg ni pula dh masuk fasa kedua dlm alam rumahtangga. Fasa Parenting. Alhamdulillah Allah kurniakan kami rezeki baby boy pada Mei 2015 yang lalu. Bila masuk fasa parenting ni, kesabaran mmg sgt diuji. Sebelum melahirkan, kita rasa seronok x sabar nak tunggu baby keluar. Tapi bila baby dah keluar, bermulalah fasa tak tido malam, kdg2 rasa kesabaran teruji. Bila ibu mula tertekan dgn baby yang menangis x henti2, peranan seorang ayah pula untuk take over anak sebentar. Beri peluang si ibu untuk release stress menguruskan anak. Kesefahaman sgt penting pada waktu2 begini. Jangan dibiarkan ibu seorang menguruskan si anak yang masih kecil.

Mungkin kerana tekanan sebegini yang menyebabkan org hilang pertimbangan. Banyaknya kes2 dera kanak2 berlaku. Kadangkala bila terasa nak marah pada anak yang masih kecil, mesti teringat video2 atau berita2 mengenai kes dera kanak2. Boleh menangis sorang2 sbb rasa kesian pada anak sndiri yang tak tahu apa tp kena marah. Seorang suami yang memahami juga penting untuk bantu hilangkan rasa marah dan penat sepanjang menguruskan anak kecil. Bila suami pujuk, hilang semua stress yang ada.

Perjalanan masih jauh. Perkahwinan satu madrasah atau sekolah buat kita semua. Kita tak tahu apa akan jadi esok hari. Semoga Allah sntiasa bersama2 kita dan memberkati perkahwinan yg terbina bersama2 pasangan kita.

p/s: Masa dulu2 time belum berkahwin, selalu pujuk diri bhawa Allah tak pertemukan lagi kita dgn jodoh kita mgkin kerana kita belum mampu @ bersedia untuk galas tanggungjawab sbg suami/ isteri. Sbb kahwin bukan sentiasa bahagia.