Monday, June 25, 2012

Cuti-cuti~

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang" 

“dan bukankah Kami(Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?” (an-Naba’:8)

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

 ***********
Hujung minggu yg lepas sgt seronok kerana dpt pulang ke kampung halaman di Melaka untuk bersama-sama meraikan majlis walimah sepupu. Alhamdulillah dpt rehatkan minda dn badan dr keje yg sgt memenatkan.. Atas permintaan nenek, majlis dibuat di Melaka kerana rumah nenek dh lama sgt x meriah dgn majlis2 kenduri kahwin.. Seronok sbb dpt berkumpul dgn saudara-mara, bersembang sambil menyudahkan persiapan majlis yg bkal berlangsung pd hari ahad.

Jumaat:
Pagi2 lg dh bersiap2 nak bertolak pulang ke kampung halaman.. Tapi trpksa ditangguhkan jam 10 kerana perlu ke sekolah adik utk mengambil buku report. Bertolak jam 10 dr s.alam, dan sampai di Melaka jam 12 tghari. Smpai2 trus langsung ke rumah nenek sbb kunci rumah lupa nak bawa. dirumah nenek hanya ad nenek dan pembntu rumah. Jam 5 lebih misi membersih, merebus telur bermula.



Jumaat (mlm):

Selesai mkn mlm, misi membungkus telur utk para jemputan bermula. Seronok dpt buat kerja ramai2 sambil bersembang2 dan bergelak ketawa. Serba sedikit dpt laa gambaran macam mana majlis perkahwinan secara tradisional masa dahulu kala. Sbb mmg tema majlisnya tradisional. Sedar x sedar jam sudah menunjukkan jam 12 mlm, tp telur belum sudah dibungkus, kerana kerja trgendala dsbbkan oleh serangan "kelkatu2" yg menyebabkan kami trpksa bergelap utk beberapa ketika. Makanya terpaksalah kerja2 disambung pd keesokan harinya..





Sabtu:

Selesai kerja membungkus telur yg tergendala pd mlm jumaat, trus ke section yg seterusnya iaitu meracik bahan2 utk masak asam pedas tradisional melaka dn gulai kawah daging. Malamnya pula ad malam majlis berinai.. Selepas selesai marhaban, pengantin diarak masuk ke dlm rumah, diiringi persembahan kompang dan persembahan bunga api yg disponsor khas oleh nenek trsyg.. ^_^

Ahad :

Majlis yg ditunggu2 berlangsung.. Sgt terharu bila melihat kedua pengantin disatukan dgn ikatan yg suci (walaupun akadnya telah berlaku seminggu yg lalu).. Alhamdulillah.. Selesai majlis yg meletihkan tp sgt seronok..





**********

Dlm seronok2 membuat persiapan dan berlangsungnya majlis, antara perkara yg paling x best ialah pertanyaan bila pula giliran diri ini.. Ohhh~ Soalan yg tiada jwpwn yg pasti..

M.andak: angah, nti buatla kat umah nenek jugak.. boleh m.andak sponsor sket2..
P.andak: Angah bila plak? buatlaa kat melaka jugak.. Senang sket..
M.cu : Angah n along bila lagi?

Ayah : Lepas ni dh x de org lain dh.. awk dgn along turn yg paling dekat.. yg lain belaja lg... (Almaklum cucu perempuan pertama nenek~)
Me : Wallahua'lam.. Masalahnya calon pn x de.. Tempat kerja plak cina sesaje..Ayah carikan la sorg utk angah..
Ayah : Kwn2 kat universiti dulu x de ke?
Me : Angah mmg x rpt dgn lelaki kat U.. Mmg x dela jawabnya.. huhu~
Yg paling x thn, boleh plak adik calonkan Cikgu PJ sekolah dia..
Adik : ANgah amik cikgu PJ adikla nak? dia x kawin lg...~
Me : Tak nakla.. Nti hari2 angah kena exercise.. Buat latihan Jasmani.. hehe~
Mmg lucu.. huhu~

Apa2 pn, diri ini redha dgn ketentuan Allah. Jodoh adalah rahsia Allah.. Lmbat atau cepat bukan perkara penting. Yang penting Allah lebih tahu bila diri ini mampu menggalas amanah dan tanggungjawab yg besar ini.. Andai sudah tiba waktunya, moga Allah pertemukan dgn insan yg Terbaik.. InsyaAllah~ Buat masa ini hanya doa yg sntiasa dipanjatkan kepada-Nya agar diberikan yg terbaik utk hamba-Nya...

Wallahua'lam...

Thursday, December 15, 2011

Aku Redha Ya Allah!!

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"



Apabila Si Kaya jatuh Miskin. “Aku redha Ya Allah”

Apabila mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan. “Aku redha Ya Allah”

Apabila melihat orang lain mendpt sesuatu yg lebih baik dr apa yg kita perolehi. “Aku redha Ya Allah”

Apabila melihat orang lain mendpt apa yang kita inginkan. “Aku redha Ya Allah”

Apabila ni’mat yang diberikan oleh Allah ditarik semula. “Aku redha Ya Allah”


**********

“Aku redha Ya Allah”. Mudah utk dituturkan. Namun adakah ianya benar2 selari dengan apa yang dirasai & tersembunyi di dlm hati seorang hamba. Kadangkala bibir menuturkan redha, namun hakikat sebenarnya masih ada terselit perasaan kecewa di hati. Adakah kita benar2 redha? Atau kita masih mempersoalkan Qadha’ & Qadar Allah? Mengapa perkara tersebut berlaku?



Memang lumrah seorang hamba utk merasa kecewa. Ia bukanlah satu perkara yg salah. Namun kita mesti bijak merawat kekecewaan yang dirasai dengan sebaik yg mungkin agar kita tidak jatuh sehingga mempersoalkan takdir Allah. Pujuklah hati bahawa apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kita itu adalah yg terbaik utk kita. Kerana hanya Dia yg mengetahui yg terbaik buat hamba-Nya, kerana Dia yang menciptakan kita. Sepertinya seorang engineer kereta. Dialah orang yg lebih tahu tentang kereta yg diciptanya. Seperti Firman Allah yang biasa kita dengar yang bermaksud:

“….Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..(al-Baqarah: 216)”

Kuatkan keyakinan yang ada di dalam hati kita. Namun bukan mudah untuk memujuk hati yang kecewa. Melainkan dengan keimanan. Sama2 kita tingkatkan keimanan kita agar kita menjadi hamba yang sentiasa redha. Elemen paling penting dlm hidup seorang hamba yg beriman ialah doa. Mohonlah pd Allah agar hati kita redha dgn apa jua ketentuan yang telah Allah tentukan utk kita.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku (Allah), maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku kabulkan permohonan mereka yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran.” (al-Baqarah : ayat 186)”

Sememangnya berkata2 itu lebih mudah dari perbuatan. Saya juga manusia, tak pernah lari dr melakukan kesilapan. Namun, Sbg hamba yg inginkan keredhaan dari Tuhannya, sama2lah kita bermujahadah agar hati kita sentiasa redha. Bila dilanda kekecewaan, bermohonlah pd-Nya, Rabb yang memegang hati2 kita. Pujuklah hati kita dgn janji-janji Allah. Cuba singkap hikmah yg terselindung disebalik kekecewaan yang berlaku. Pasti ad sesuatu yg berharga disebaliknya. Contohnya, jika kita tidak gagal, kita tidak mungkin akan berusaha sedaya habis utk berjaya. Dgn asbab kegagalan itulah kita berjaya.

Apa yang tidak diberikan Allah kpd kita mgkin akan membawa keburukan pd kita. Cthnya, mgkin dengan asbab kaya itu menjadikan kita makin jauh dgn Allah, menjadikan kita hamba yang sombong dan bongkak, maka lebih baik kita tidak kaya. Mgkin juga sesuatu yang kita pohon pd Allah itu tidak dimakbulkan kerana ia akan menyebabkan kita terjerumus pd jurang kemaksiatan. Maka adalah lebih baik kita dijauhkan darinya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memimpin hidup kita dgn memberikan apa yg terbaik buat kita, dan tidak mengurniakan sesuatu yang boleh membawa kecelakaan kpd kita. Adakah kita lebih suka Allah biarkan saja kita hidup didunia ini, biar kita yg menentukan sendiri takdir kita, terumbang-ambing, sedangkan kita sendiri tidak kenal dengan sebenarnya siapa kita, apa yg terbaik buat kita. Yakinlah dengan Allah! Itu yang paling penting.

Smga Allah lembutkan hati kita dalam setiap kesukaran @ kekurangan yg ad pd diri kita. Dan Semoga Allah mmbantu kita utk lebih redha dgn setiap yang telah tertulis dalam lembaran takdir hidup kita sbg hamba-Nya. Amiin Yaa Rabbal ‘Aalamiin,,,


Aku redha Ya Allah!!