Saturday, April 4, 2009

Mohonlah pertolongan dr Allah

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Rabu yang lalu, ana mengikuti satu usrah bersama sahabat2 ana. Di dalam usrah itu, kami ada membincangkan mengenai tafsir ayat Al-Baqarah. Dalam ayat2 yang dibincangkan, ada satu ayat yg bermaksud:

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." (Al-Baqarah:45-46)

Sesungguhnya dalam mengharungi hidup seharian sebagai hamba Allah, kita tidak lari dari menghadapi apa jua bentuk ujian dari Allah s.w.t.. Dan dalam apa jua urusan, kita hendaklah memohon pertolongan dari Allah semata2. Bukan daripada selain-Nya.

Seperti yang termaktub di dalam ayat di atas, dalam memohon pertolongan kepada Allah, kita hendaklah memohon dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Sekiranya ditakdirkan, Allah tidak memakbulkan permohonan kita, hendaklah kita sabar. Kerana sesungguhnya Allah telah menyusun apa yang terbaik buat diri kita. Dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Justeru, buat sahabat2 ana sama2lah kita berdoa dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t agar dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat kelak dilandasan perjuangan ini.

Bagi peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang, sama2lah kita berusaha dan bertawakkal kepada-Nya. Bermohonlah kepadanya agar kita dikurniakan kemudahan dalam menjawab peperiksaan dan dikurniakan keputusan yang cemerlang. Namun, sekiranya ditakdirkan kita tidak mendapat apa yang kita hajati, Bersangka baiklah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita kerana Dialah yang menciptakan kita. Dialah Tuhan kita yang Satu. =)

Wallahua'alam...

Wassalam..

Thursday, April 2, 2009

Hak Seorang Muslim

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Hak seorang Muslim keatas seorang Muslim yang lain ada 6 perkara,
1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya,
3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
4) Apabila ia bersin dan bertahmid, maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit,
5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi, dan
6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya"

(Hadith Riwayat Muslim)


Seorang sahabat ana telah menyebutkan hadith ini di dalam usrah yang telah diadakan pada rabu yang lalu. Hadith ini membuatkan kita melihat kembali dalam diri kita, adakah kita telah penuhi segala hak2 Muslim yang lain. Namun pada hakikatnya, pada masa kini, amat payah untuk kita memenuhi segala hak2 bagi seorang Muslim yang lain.

Terutamanya hak yang pertama iaitu apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam. Ana tidak tujukan perkara ini pada sesiapa tapi ana tujukan terutamanya pada diri yang serba kekurangan ini. Bila direnungkan kembali, kenapa begitu payah untuk mengucapkan salam ketika bertemu dengan sesama Muslim.

Kadangkala kita cuma mengucapkan salam kepada mereka2 yang kita kenali sahaja. Padahal semua Muslim mempunyai hak yang sama. Mungkinkah kerana rasa malu? Atau risau orang lain akan membuat anggapan yang bukan2 mengenai diri kita? Sedangkan ianya bukanlah satu perkara yang amat berat dan sukar untuk dilakukan. Seperti ada emas di dalam mulut ini. Semoga kita dapat sama2 koreksi semula diri kita dan mencari punca sebenar mengapa begitu sukar untuk kita memenuhi hak2 saudara seIslam kita yang lain. Tidak dilupakan juga kepada hak2 yang lainnya iaitu hak yang kedua hingga ke enam. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk melakukannya. Bantulah kami Ya Allah.. Amiin..

Wallahua'lam..