Saturday, January 3, 2009

Insan yang Dikasihi

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Untukmu yang bergelar Wanita Solehah.

Insan yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada.
Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

Insan yang Dikasihi,
Peliharalah solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu.
Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah.
Moga-moga dirimu disambut penuh penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

Insan yang Dikasihi,
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya.
Pasti engkau yang bahagia.
Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu.

Insan yg Dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelahan kaca.
Ikuti perintah agama, jauhi larangan-Nya.
Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

Insan yang Dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada.
Renunglah masa depanmu, tetapkan iman didada.
Moga ia menjadi perisai buat dirimu.
Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

Muslimah Sejati

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
Tidak terletak pd keayuan wajahnya.

Kemanisan wanita solehah itu,
Tidak terletak pada kemanjaannya.

Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya,
Yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah itu,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yg indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita,
Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana suatu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman.
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Illahi.

Wahai wanita,
Jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yg bijaksana itu tidak akan terpaut,
Pada wanita hanya kerana kecantikannya.

Bersyukurlah atas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan Agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita Solehah..

Wallahu'alam..