Wednesday, January 13, 2010

Kerinduan ini makin membuak-buak~♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Alhamdulillah, setelah beberapa lame blog ni tak diupdate, malam nih nk jugakla kongsikan sedikit pengalaman yang ana perolehi beberapa hari lalu. Untuk beberapa hari yang lalu, ana bleyh dikatakan x lekat langsung dibilik sebab banyak ronda-ronda KL. Mencari secangkir kasih Illahi. Ahad lalu shbat ana mengajak ana utk ke satu majlis ilmu. Pada mulanya agak keberatan kerana assignment yang sangat banyak.

Namun ana bersyukur sgt2 kepada Allah s.w.t kerana menggerakkan hati ini untuk turut sama pergi ke majlis ilmu tersebut. Dan Alhamdulillah kerana-Nya jua ana diberi peluang untuk bertemu dengan ahlul bait, keturunan Nabi Muhammad s.a.w, al-Hafiz al-Musnid Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz. Pertemuan yang sungguh bermakna.



Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar???

- Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w. Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib RA. (sumber)

Majlis diadakan di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor pada 10 januari 2010 / 23 Muharram 1431 H. Pertemuan yang menyaksikan begitu rmai umat Islam yang hadir pada hari kejadian, tidak kira bangsa, rupa dan warna kulit. Semuanya dihubungkan dengan dasar aqidah yang sama.



Bila melihat beliau yang berada dihadapan mata, rasa kerinduan kepada Nabi Muhammad s.a.w semakin membuak2 di dada seolah-olah baginda terasa begitu dekat di sisi pada saat itu. Kerinduan yang terasa begitu indah di dalam diri ini. Bila beliau berbicara, terasa seolah-olah Bagind ayang berbicara di hadapan. Alangkah indahnya jika dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Agar dapat ku bakar kembali semangat perjuangan dalam diri ini hingga tidak bisa dipadamkan oleh apa jua rintangan yang datang.

Peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t ini bukan mudah untuk datang kembali. Mungkin ana akan dijemput dahulu sebelum sempat bertemu kembali dengan beliau. Peluang yang diberikan ini di manfaatkan sebaik-baiknya. Setiap butir-butir kata yang dikeluarkan oleh beliau di kutip untuk dijadikan peneman di dalam hidup sbg hamba Allah di muka bumi ini.

Walaupun tidak dapat mengikuti majlis hingga ke akhirnya kerana terpaksa bergegas pulang ke kolej kerana keesokan harinya ada kelas, namun terasa bersyukur sgt dapat mendengar amanat dari beliau dan diberi peluang bertemu dengannya oleh Allah s.w.t., Alhamdulillah.

Semoga kerinduan kepada Rasulullah s.a.w, menaikkan semnagat untuk sentiasa istiqamah dalam mempertahankan agama Islam suci ini. Sahabat-sahabat sekalian, sama-samalah kita teruskan perjuangan ini. Jangan sia-siakan usaha dan penat lelah Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w dengan menjadi faktor yang menjatuhkan agama Islam. Andainya Baginda masih hidup sekarang, pasti baginda begitu sedih melihat segala usaha dan penat lelah baginda hingga mengalir titisan darah disia-siakan begitu shj seolah-olah tiada nilainya sedangkan pada akhir hayat baginda, baginda masih menyebut "Ummati, Ummati, Ummati".

Wallahua'lam...
Wassalam..
_____________________________________________________________________________________

Rasulullah
Album : Cahya Ilahi
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

No comments: