Tuesday, December 30, 2008

Luqmanul Hakim

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Satu hari, Luqmanul Hakim berkata kepada anaknya.

"Wahai anakku, marilah kita bermusafir hari ini."

Tanpa banyak soal, anaknya menurut segala perintah ayahnya, Luqmanul Hakim. Maka mereka pun bermusafirlah pada hari itu bersama-sama dengan seekor keldai yg membawa barang2 mereka.

Didalam perjalanan, mereka melalui satu perkampungan. Lantas kedengaran suatu suara yg berkata, "Apa gunanya ada keldai, tapi tak ditunggangi?". Lalu Luqman bertanya kepada anaknya, "apakah kau mendengar apa yang telah diperkatakan oleh suara tadi?"."Ya ayahku," jawab anaknya Luqman. Lantas Luqman megarahkan anaknya untuk menunggangi keldai tersebut. Anaknya menurut sahaja perintah ayahnya itu.

Mereka meneruskan lagi perjalanan mereka hingga melalui satu kawasan. Di sana mereka terdengar suatu suara yg berkata, "Apalah, orang muda menunggang keldai, sedangkan orang yg tua dibiarkan berjalan." Lantas Luqman bertanya pada anaknya persoalan yg sama iaitu adakah anaknya mendengar apa yg telah diperkatakan oleh suara tersebut dan anaknya menjawab dengan jawapan yg sama.

Lalu Luqman mengarahkan anaknya supaya turun dari keldai itu, dan Luqman pula yang menunggangi keldai itu. Tiba di satu kawasan, terdengar pula satu suara yg berbunyi, "Yang tua bersenang menunggang keldai, sedangkan yg muda dibiarkan berjalan." Lantas soalan yang sama diajukan kepada anaknya.

Lalu, Luqman dan anaknya sama2 menunggangi keldai tersebut sehinggalah mereka melalui satu kawasan dan terdengar pula satu suara berbunyi, "Patutkah dua org naik satu keldai yang sudah sarat membawa muatan? Apa tidak kasihan kah mereka pada keldai itu?"

Lalu Luqman berkata kepada anaknya, "Lihatlah anakku, kita tidak dapat nak memuaskan hati semua orang. Janganlah kita terlalu mendengar kata2 orang lain. Sesungguhnya Kata-kata dari Allah dan Rasul-Nya lebih penting.

Wallahu'alam..

No comments: